omniture

Bandar Suwon Bersedia untuk Festival Ekomobiliti Pertama Dunia

EcoMobility World Festival Suwon 2013 Organizing Committee
2013-08-23 16:30 135

SUWON, Korea Selatan, 23 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Dengan kiraan detik untuk festival ekomobiliti pertama dunia semakin menghampiri sifar, bandar Korea Selatan Suwon sedang melakukan persiapan pada saat-saat terakhir bagi mengalu-alukan pengunjung tempatan dan luar negara, kata pegawai pada hari Khamis.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/22/20130822151821199032.html

Bandar itu, yang terletak 30 kilometer dari selatan Seoul, akan menganjurkan Festival Dunia EkoMobiliti 2013 mulai 1-30 September, yang akan membawa bersama kenderaan dan teknologi mudah alih mesra alam terbaharu dari seluruh dunia.

Ia telah melabur 13 bilion won (US$11.5 juta) bagi memperbaiki jalan lama, bangunan dan kemudahan awam di kawasan pusat bandar bagi memenuhi tema festival itu "bandar hijau masa hadapan", menurut para pegawai.

Jalan di sana telah dirapikan dengan wayar hidro yang dipasang semula dan pokok tepi jalan bagi mencipta suasana yang lebih mesra alam, terutamanya di kawasan yang dikhususkan untuk ujian pemanduan kenderaan ekomobil oleh pengunjung dan penduduk tempatan semasa acara itu, kata mereka.

Perniagaan tempatan juga mengambil pelbagai inisiatif. Mereka menganjurkan pelbagai acara seperti pasar tradisional, bengkel kraftangan dan pertandingan nyanyian agar pengunjung boleh menikmati aktiviti sampingan festival itu.

Kedai mencetak dan kraf, yang menjadikan wilayah itu dikenali ramai, sedang menghasilkan barangan dan cenderamata baharu bagi memenuhi permintaan pelancong yang dijangka akan meningkat.

Suasana meriah festival itu ialah berita gembira bagi ekonomi tempatan, yang telah menjadi lembap sejak tahun-tahun lepas kerana larangan kerajaan yang dilaksanakan ke atasnya, kerana kawasan itu terletak di dalam Kubu Hwaseong, satu tapak Warisan Dunia UNESCO.

Bandar Suwon berharap dapat mempromosikannya sebagai peneraju pembangunan mampan melalui acara ini, kata para penganjur festival itu. Ia telah menetapkan sasaran penurunan sebanyak 40 peratus untuk pembebasan karbon menjelang 2030.

"Dengan festival ini, kami akan bekerjasama bagi menunjukkan bagaimana rupa sebuah bandar ekomobil dan menyampaikan mesej bahawa gaya hidup urban baharu ini mampu dicapai," kata Datuk Bandar Suwon Yeom Tae-young dalam sebuah kenyataan. 

SUMBER Jawatankuasa Penganjur Festival Ekomobiliti Dunia Suwon 2013

Source: EcoMobility World Festival Suwon 2013 Organizing Committee
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Transportation Environmental Issues Trade show news