omniture

HotForex memberi ganjaran kepada pelanggan dengan pendapatan harian daripada hadiah terkumpul1 juta

HotForex
2021-11-16 20:00 34

PORT LOUIS, Mauritius, 16 November 2021 /PRNewswire/ -- Broker pelbagai aset HotForex terus menawarkan pelanggannya pengalaman dagangan yang bermanfaat dengan memberikan hadiah wang tunai $1,000,000 melalui promosi ROFM (Pulangan Atas Margin Percuma). Pedagang dengan broker pemenang plebagai anugerah yang memilih untuk menyertai ROFM boleh memperoleh pulangan atas margin percuma mereka yang dibiayai terus ke akaun mereka setiap bulan.

ROFM: Peroleh pulangan daripada hadiah terkumpul $1,000,000!
ROFM: Peroleh pulangan daripada hadiah terkumpul $1,000,000!

Jurucakap HotForex berkata: "Kami sentiasa mengekalkan pelanggan kami sebagai teras dalam segala yang kami lakukan dan promosi Pulangan Atas Margin Percuma adalah bahagian menarik dalam usaha berterusan kami untuk menyediakan mereka pengalaman dagangan yang optimum. Kami berharap setiap pelanggan kami yang dihargai, serta pelanggan baharu, akan menikmati peluang untuk memperoleh bahagian mereka daripada $1,000,000 yang tersedia!"

Cara ROFM berfungsi

Promosi Pulangan Atas Margin Percuma memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima pulangan harian atas pelaburan mereka. Semua pelanggan baharu dan sedia ada boleh menyertai dan menerima pendapatan harian daripada kumpulan hadiah besar bernilai $1 juta.

Pendapatan dikira berdasarkan margin percuma harian pedagang dan volum dagangan terkumpul bulan semasa. Jumlah pulangan dikreditkan ke dompet peniaga setiap bulan dan peniaga boleh memilih untuk berdagang atau keluarkan wang tersebut.

Ketahui lebih lanjut tentang ROFM (Return on Free Margin).

Mengenai HotForex

HotForex ialah broker pelbagai aset yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pilihan kepada lebih 2.5 juta akaun langsung di seluruh dunia yang telah memperoleh lebih 45 anugerah industri yang diiktiraf dalam sejarah sepuluh tahunnya. Syarikat itu menawarkan pelbagai jenis akaun, produk inovatif, platform, alatan dan sumber pendidikan selain perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keadaan dagangan yang tiada tandingan.

Amaran Risiko

Berdagang Produk Leveraj seperti Forex dan Derivatif mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia membawa risiko yang tinggi kepada modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat, dengan mengambil kira objektif pelaburan anda dan tahap pengalaman, sebelum berdagang, dan jika perlu, dapatkan nasihat bebas.

HF Markets Ltd, marketing@hotforex.com

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1684683/1_million_pr_banner_MY.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/830182/HotForex_Logo.jpg?p=medium600 

 


 

Source: HotForex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology