omniture

Ekspo Import Antarabangsa China ke-4 (CIIE) Memberi Permulaan kepada Kecemerlangan untuk Tahun Depan

CIIE
2021-11-17 01:08 31

SHANGHAI, China, 16 November 2021 /PRNewswire/ -- Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak tentu, pembukaan, peluang pembangunan serta globalisasi ekonomi merupakan tiga isyarat yang dikeluarkan oleh Ekspo Import Antarabangsa China ke-4. Ekspo Import Antarabangsa China (ClIE) Keempat telah berjaya dianjurkan di Shanghai bermula 5 hingga 10 November.Ekspo ini mempamerkan 422 produk baru, teknologi baru serta perkhidmatan baru pada keseluruhannya yang telah mencatat rekod baru.

 

Dalam ekspo ini, jumlah transaksi yang disengajakan mencatat USD70.72 bilion.

Ekspo yang dianjurkan pada tahun ini bukan sahaja mempamerkan berbagai-bagai barang, tetapi juga membawa fikiran penggunaan dan fikiran inovasi yang moden. Kepentingan ClIE terus meningkat dan menjadi tumpuan perhatian ekonomi bagi pelbagai negara dan pempamer.

Sebanyak 281 firma yang tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat peneraju industri menyertai ekspo kali ini. Antaranya syarikat yang buat kali pertama menyertai CIIE sebanyak kira-kira 40 buah dan syarikat yang telah menyertai CIIE empat kali secara berturut-turut melebihi 120 buah.

Ruang pameran barang pengguna yang menjadi ruang pameran terbesar dalam   ekspo ini telah melebihi 90 ribu meter persegi. Ruang pameran barang makanan dan pertanian menyaksikan jumlah negara peserta terbanyak. Lebih 1,200 firma meliputi sektor makanan daripada 102 negara yang menghadiri ekspo edisi ini. Ruang pameran kereta menghimpunkan 10 kumpulan kereta terkemuka di dunia.

Pameran Negara buat kali pertama dilancarkan secara dalam talian untuk memberi ruang pameran digital bagi 58 negara dan 3 pertubuhan antarabangsa. Pelbagai peserta pameran menunjukkan kandungan gemilang seperti kejayaan pembangunan, industri unggul, pelancongan kebudayaan, firma representatif dan sebagainya dengan sepenuhnya. Pameran Negara Secara Dalam Talian menarik minat dan interaksi daripada banyak warganet dalam dan luar negara. Paparan halaman mencecah lebih 58 juta kali pada keseluruhannya. Pemimpin-pemimpin memberikan pujian yang sangat tinggi menerusi Pameran Negara Secara Dalam Talian terhadap CIIE yang berfungsi sebagai platform penting untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan pembukaan antarabangsa.

 Topik-topik Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao ke-4 meliputi pembangunan mesra alam, ekonomi digital, arah aliran penggunaan dan sebagainya.Dalam Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao ke-4, "Laporan Pembukaan Dunia 2021" dan "Indeks Pembukaan Dunia"yang menganalisis tahap pembukaan 129 entiti ekonomi di seluruh dunia sejak tahun 2008 telah dikeluarkan.

Sempena CIIE ke-4, sejumlah 95 acara sokongan di lokasi yang tergolong dalam 6 kategori telah dilakukan, termasuknya tafsiran dasar, penandatanganan perjanjian dan promosi pelaburan yang memainkan peranan positif dengan sepenuhnya untuk mempromosikan transaksi pameran, pelaburan dua hala dan kerjasama industri.

Setelah menikmati kelebihan ClIE dengan sepenuhnya, firma-firma yang merupakan peserta pameran ini berkata bahawa ClIE adalah pesta untuk menemui kumpulan pengguna besar China dan meneroka peluang perniagaan yang luar biasa.

Kerja penerimaan firma untuk CIIE ke-5 telah dimulakan. Setakat ini, ruang pameran yang ditempah oleh firma-firma berkenaan telah melebihi 150 ribu meter persegi. Kelajuannya lebih tinggi berbanding dengan CIIE edisi tahun lalu.

Hubungi: Nie Qingxin

Telefon:  0086-21-67008870/67008988
YouTube Link: https://youtu.be/ANr4DGFoTC0

Video - https://www.youtube.com/watch?v=ANr4DGFoTC0  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1077995/CIIE_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: CIIE
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news