omniture

Persatuan industri LNG antarabangsa mengeluarkan rangka kerja untuk pelaporan pelepasan sifar dan pengisytiharan keneutralan yang telus

International Group of Liquefied Natural Gas Importers
2021-11-17 08:01

Rangka kerja ini akan menggariskan kriteria pelaporan dan pengimbangan pelepasan sifar yang tidak dapat dikurangkan

Bermatlamat untuk menambah baik pelaporan pelepasan gas rumah hijau

Merangkumi takrifan keneutralan Gas Rumah Hijau (GHG) yang konsisten

Pelaporan pelepasan metana yang lengkap akan turut disertakan

PARIS, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, International Group of Liquefied Natural Gas Importers (GIIGNL) mengumumkan pelancaran rangka kerja yang komprehensif bagi suatu pendekatan industri yang konsisten dalam mengisytiharkan kargo LNG neutral gas rumah hijau, pada ketika amalan pengisytiharan kargo LNG 'neutral karbon' ini didapati semakin meningkat.

Pemantauan, Pelaporan dan Pengesahan (MRV) Rangka Kerja Neutral GHG (Gas Rumah Hijau) merupakan sebahagian daripada langkah industri secara kolektif bagi memenuhi tanggungjawab ke atas GHG yang berkaitan dengan LNG, suatu sumber tenaga yang semakin penting di seluruh dunia, serta mengurangkan pelepasannya. Entiti di setiap peringkat kitaran hayat LNG boleh menggunakan rangka kerja ini untuk menilai jejak GHG kargo LNG mereka.

Rangka Kerja ini menggalakkan kuantiti pelepasan GHG yang disahkan dan konsisten di seluruh rantaian nilai, dari pengekstrakan gas asli, pencairan, penghantaran, penukaran semula kepada bentuk gas hingga penggunaan akhir. Yang jelasnya, ia mewujudkan suatu amalan yang telus dalam mengisytiharkan kargo neutral GHG melalui Pernyataan Kargo yang disahkan secara bebas yang memberi maklumat tentang pelepasan dan pengimbangan.

GIIGNL menekankan agar pelepasan dielakkan dan dikurangkan sebaik mungkin dan jika kaedah pengimbangan digunakan, ia boleh menimbal balik pelepasan sisa yang tidak boleh dikurangkan mahupun dielakkan.

"Untuk memenuhi peranan industri LNG yang kritikal dan unik dalam menyokong ekonomi global agar beralih kepada pelepasan sifar karbon, adalah penting bagi sektor kami mengambil kira pelepasan merentasi keseluruhan rantaian nilai secara konsisten dan kolaboratif," kata Presiden GIIGNL, Jean Abiteboul.

"Di samping mengurangkan dan mengimbangi pelepasan secara keseluruhan, kami berharap agar rangka kerja ini dapat membantu industri menunjukkan ketelusan dengan lebih baik."

Steve Hill, Naib Presiden Eksekutif Shell Energy merangkap Naib Presiden Serantau GIIGNL Amerika, menambah: "Rangka Kerja ini menyediakan organisasi di seluruh industri dengan pendekatan amalan terbaik yang direka cipta khusus untuk meningkatkan ketelusan dan ketepatan dalam mengukur, melaporkan dan mengimbangi pelepasan berkaitan kargo LNG.  Kami teruja untuk memulakan kerja-kerja awal dalam mengaplikasi rangka kerja ini bagi menyampaikan ujian kargo LNG yang 'GHG neutral' seperti yang ditakrifkan oleh Rangka Kerja tersebut."

Michiaki Hirose, Pengerusi Tokyo Gas dan Naib Presiden Serantau GIIGNL Asia menyatakan bahawa, "Walaupun strategi korporat untuk mencapai keneutralan GHG mungkin berbeza-beza dari satu syarikat ke satu syarikat, industri ini berharap untuk mencapai pengurangan GHG di sepanjang rantaian nilai LNG."

Dan Brouillette, Presiden Sempra Infrastructure yang juga ahli Jawatankuasa Eksekutif GIIGNL menjelaskan: "Kaedah dan hala tuju yang disediakan dalam rangka kerja ini akan membantu organisasi LNG menyediakan pelaporan pelepasan GHG yang jelas dan boleh dipercayai yang boleh disahkan secara bebas dan membantu mereka untuk menunaikan komitmen iklim mereka dengan baik."

"Kami menggalakkan industri untuk mula menggunakan rangka kerja ini mulai sekarang, namun kami juga memahami bahawa penyelarasan ini akan mengambil masa kerana peserta industri perlu membina sumber dan keupayaan yang diperlukan. Kami berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan agar komuniti global mempunyai peluang terbaik untuk mencapai matlamat iklim sifar karbon," rumus Presiden Abiteboul.

GIIGNL mengiktiraf betapa pentingnya mengurangkan pelepasan metane dan Rangka Kerja ini memerlukan ia supaya dilaporkan secara berasingan dalam Pernyataan Kargo, selaras dengan ketujuh-tujuh Protokol GHG Kyoto.  

Penggunaan istilah 'GHG Neutral' mewakili jejak kitaran hayat sepenuhnya di seluruh rantaian nilai kargo, berdasarkan pada data primer yang sebanyak mungkin, yang disokong oleh komitmen penyahkarbonan jangka panjang, pelan pengurangan pelepasan yang dipenuhi dan disaring sepenuhnya dengan pengimbangan yang berkualiti tinggi. 

Rangka kerja ini tidak bertujuan untuk menggantikan mana-mana piawaian dan metodologi yang telah sedia mantap untuk mengira pelepasan, menentukan jejak dan mengimbangi GHG. Ia menyepadukan standard dan metodologi yang dipersetujui di peringkat antarabangsa dan menyediakan kriteria tambahan untuk penilaian dan pelaporan pelepasan GHG yang berkaitan dengan kes kargo LNG tertentu.

Tentang GIIGNL:

GIIGNL ialah 'Kumpulan Pengimport LNG Antarabangsa'. Dengan 86 buah syarikat yang menganggotainya dan beribu pejabat di 27 buah negara, ahli GIIGNL mengendalikan lebih 90% import LNG di seluruh dunia. Sejak 50 tahun yang lalu, persatuan ini telah memainkan peranan yang unik dalam pembangunan industri LNG dan membentuk suatu forum untuk pertukaran maklumat dan pengalaman antara ahli-ahlinya.

Source: International Group of Liquefied Natural Gas Importers
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Gas Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation Utilities Environmental Issues Environmental Policy New products/services