omniture

Myra Impian Kembangkan Komuniti di Nilai

Myra
2021-11-17 09:00 1857

KUALA LUMPUR, Malaysia, November 17, 2021 /PRNewswire/ -- Pembangunan bercampur Myra Impian berkeluasan 20.217 ekar yang dibina khas untuk keluarga dan komuniti bakal dilancarkan pada suku keempat 2021. Perbandaran baharu di Nilai ini menawarkan rumah pegangan bebas untuk individu yang mempunyai keperluan berbeza selain dilengkapi dengan komponen komersial bagi menyediakan kemudahan terbaik untuk keselesaan penduduk.

Myra Impian, pembanguan bercampur berkeluasan 20.217 ekar di Nilai oleh Myra
Myra Impian, pembanguan bercampur berkeluasan 20.217 ekar di Nilai oleh Myra

Ara Serviced Residence @ Myra Impian yang berkeluasan 3.459 ekar dan GDV sebanyak RM203,751,400, terdiri daripada 546 unit kediaman dengan 8 susun atur berbeza yang mempunyai fleksibiliti dan praktikal. Bagi unit Jenis A (1055 kaki persegi, 198 unit) dioptimumkan untuk ruang yang sesuai untuk keluarga muda yang mempunyai sehingga lima ahli keluarga. Jenis B (158 unit) pula sesuai untuk keluarga yang semakin bertambah namun masih menekankan privasi, yang boleh menarik minat penghuni yang lebih tua dengan 3 pilihan reka bentuk yang berkeluasan antara 872 - 915 kaki persegi. Reka bentuk berbeza ini memberikan lebih fleksibiliti kepada penghuni memilih untuk memanfaatkan ruang mereka.

Bagi golongan profesional yang mengutamakan kesederhanaan dan praktikal dalam menyesuaikan ruang bekerja, Jenis C adalah pilihan terbaik untuk mereka (893 kaki persegi, 64 unit). Bagi separa pelabur yang lebih suka tinggal sendiri dan menyewa, Jenis D (753 kaki persegi, 96 unit) adalah lebih sesuai kerana memiliki pembahagian ruang yang jelas untuk menetapkan sempadan. Dengan pelan lantai yang luas seperti kediaman atas tanah, unit Jenis E (1884 kaki persegi, 26 unit) dapat memenuhi keperluan keluarga berbilang generasi dan warga tua, manakala Jenis F (1044 kaki persegi, 4 unit) dibina dengan mengetengahkan ciri-ciri untuk memenuhi keperluan orang kurang upaya. Semua unit direka dengan mengambil kira keperluan gaya hidup berbeza pembeli rumah bermula dari RM279,720 hingga RM585,900.

Bagi memupuk hubungan kekeluargaan dalam kalangan keluarga muda, Myra Impian akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam, taman permainan kanak-kanak, bilik permainan, kawasan barbeku (BBQ), kolam renang, perpustakaan dan dewan serbaguna.

Selain daripada memenuhi pelbagai keperluan individu yang membeli kediaman yang tertumpu kepada pelabur, Myra Impian yang terletak di lokasi sangat strategik kerana dapat memanfaatkan kemudahan sedia ada dan akan datang termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), di mana Nilai akan menjadi perhentian kedua. Selain itu, kedudukannya yang berhampiran dengan Lebuh Raya Utara Selatan, ELITE dan LEKAS menjadikan Myra Impian sebagai lokasi tumpuan untuk pembeli dan pelabur.

Source: Myra
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Residential Real Estate