omniture

ASTM International Mengambil Alih Peneraju Perisikan Pembuatan Bahan Tambahan Global, Wohlers Associates

ASTM International
2021-11-17 12:21 34

W. CONSHOHOCKEN, Pennsylvania, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, organisasi piawaian global ASTM International mengumumkan pemerolehan Wohlers Associates, sebuah peneraju perisikan global dalam industri pembuatan bahan tambahan (AM) dan pencetakan 3D. Pengumuman itu bertepatan dengan Forum Piawaian di Formnext 2021, yang berfungsi sebagai pameran perdagangan terkemuka bagi AM dan penyelesaian pembuatan pintar generasi seterusnya.

ASTM International and Wohlers Associates
ASTM International and Wohlers Associates

Sebagai sebahagian daripada pemerolehan tersebut, ASTM International mengambil alih Wohlers Report, iaitu penerbitan utama untuk industri AM, bersama-sama dengan taklimat perisikan, laporan khusus, latihan reka bentuk untuk AM dan perkhidmatan perundingan.

"Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Wohlers Associates ke dalam keluarga ASTM," kata Katharine Morgan, Presiden ASTM International. "Wohlers telah menjadi sumber perisikan dan analisis yang dipercayai oleh komuniti AM selama lebih 30 tahun dan saya teruja untuk melihat apa yang boleh dicapai oleh kedua-dua jenama kami yang boleh dipercayai lagi berwibawa dalam industri ini."

Morgan teruja untuk menggabungkan Wohlers Report dan portfolio penuh bagi produk dan perkhidmatan Wohlers Associates, dengan hasil kerja ahli-ahli ASTM dan Pusat Kecemerlangan (CoE) AM. Penjajaran ini akan menghasilkan kemungkinan baharu untuk perisikan, nasihat dan sumber perniagaan dalam komuniti AM global.

Pada masa hadapan, syarikatnya di Fort Collins, Colorado akan menjalankan perniagaan sebagai Wohlers Associates, yang dikuasakan oleh ASTM International. Terry Wohlers, perunding utama merangkap Presiden organisasi tersebut, akan menyertai ASTM International dan menjadi ketua perisikan pasaran bagi pembuatan bahan tambahan. Selain itu, Noah Mostow daripada Wohlers Associates akan menjadi pengurus baharu ASTM bagi perisikan dan analisis pasaran AM. Kedua-duanya akan berkhidmat di bawah AM CoE, ASTM.

"Saya begitu teruja untuk menyertai pasukan bertaraf dunia di ASTM International," kata Wohlers. "Melalui ASTM, kami kini berupaya menerima lebih banyak projek berbanding sebelum ini dan pasukan khidmat nasihat kami kini lebih besar daripada sebelumnya. Kami gembira kerana ASTM telah memberikan komitmen untuk menerbitkan laporan tersebut untuk tahun-tahun akan datang."

Wohlers menambah bahawa beliau yakin ASTM International akan mengekalkan kualiti, keneutralan dan nilai yang diharapkan pelanggan daripada Wohlers Report, yang telah menjadi sebuah penerbitan berkaitan AM yang tiada tandingan dan terkemuka dalam industri selama 26 tahun.

Pemerolehan tersebut menyokong visi pertumbuhan dan pelaburan ASTM untuk mengembangkan jejaknya dalam industri AM melalui program, perkhidmatan dan tawaran produk yang kukuh. Kini, tawaran ini merangkumi perkhidmatan perisikan pasaran serta khidmat nasihat teknikal dan strategik tentang perkembangan dan trend terkini dalam AM. Mereka melengkapkan program dan perkhidmatan ASTM sedia ada untuk menyokong perindustrian bagi teknologi AM. Edisi akan datang Wohlers Report dijangka akan disepadukan ke dalam produk utama ASTM iaitu Compass, sebuah platform langganan dalam talian.

ASTM akan memanfaatkan jenama Wohlers yang sedia ada dan memperluas pengaruhnya dalam pasaran serta aksesnya kepada pembuat keputusan industri AM yang terkemuka di seluruh dunia. Pemerolehan tersebut dijangka akan memberikan nilai baharu kepada kebanyakan industri, sekali gus membolehkan penggunaan produk dan perkhidmatan AM yang lebih meluas.

Persidangan akhbar secara bersemuka tentang pemerolehan tersebut akan diadakan semasa Formnext pada hari Selasa, 16 November 2021, dari jam 11:15 hingga 11:45 mengikut zon waktu CET di Portalhaus, di dalam bilik Prisma, Aras C.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan daripada Wohlers Associates yang dikuasakan oleh ASTM International, sila layari wohlersassociates.com.

Ditubuhkan pada tahun 2018, AM CoE ialah suatu perkongsian kolaboratif antara ASTM International dengan wakil-wakil daripada industri, kerajaan dan ahli akademik yang menjalankan R&D strategik untuk meningkatkan piawaian pada semua aspek teknologi AM. Pusat ini bertujuan untuk mempercepat pembangunan dan penerimagunaan teknologi yang kukuh dan membawa perubahan dengan memanfaatkan program latihan, penyeragaman dan tawaran berkaitan pensijilan.

Untuk maklumat lanjut tentang kerja-kerja AM CoE, termasuk maklumat tambahan tentang pemerolehan ini, sila layari www.amcoe.org.

Tentang ASTM International
Komited untuk memenuhi keperluan masyarakat global, ASTM International memberikan kesan positif kepada kesihatan dan keselamatan awam, keyakinan pengguna dan kualiti hidup secara keseluruhan. Kami menyepadukan piawaian konsensus – yang dibangunkan dengan keahlian pakar teknikal sukarelawan antarabangsa kami – dan menginovasi perkhidmatan bagi menambah baik kehidupan… Membantu dunia kita berfungsi dengan lebih baik.

Pertanyaan Media: Dan Bergels, telefon +1.610.832.9602; dbergels@astm.org

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1688629/astm_wohlers.jpg?p=medium600

 

Source: ASTM International
Related Links:
Keywords: Mining/Metals Paper/Forest Products/Containers Workforce Management/Human Resources Acquisitions, mergers, takeovers Not for profit