omniture

Coca-Cola Europacific Partners dimasukkan ke dalam Indeks Kelestarian Dow Jones 2021 (DJSI) untuk tahun keenam berturut-turut

Coca-Cola Europacific Partners
2021-11-17 12:26 36

LONDON, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa Coca-Cola Europacific Partners (CCEP) telah disenaraikan dalam Indeks Kelestarian Dow Jones (DJSI) – penanda aras kelestarian perniagaan terkemuka di dunia – untuk tahun keenam berturut-turut.

Secara keseluruhan, lebih 5,000 syarikat telah dinilai untuk disenaraikan. CCEP akan disenaraikan dalam Indeks DJSI World dan DJSI Europe dan menerima skor maksimum dalam bidang termasuk Pembungkusan, Dasar Alam Sekitar & Pelaporan Alam Sekitar, Pelaporan Sosial, Pengaruh Dasar dan Pengurusan Inovasi.

Kelestarian terus kekal menjadi keutamaan utama untuk perniagaan kami. Penyenaraian berterusan kami di DJSI dan matlamat sifar karbon 2040 merupakan bukti kepada CCEP yang menjadikan impak terhadap alam sekitar sebagai teras dalam membuat keputusannya.

Damian Gammell, Ketua Pegawai Eksekutif CCEP berkata: "Mengambil tindakan berani terhadap kelestarian adalah penting dan mendesak -- untuk masyarakat dan perniagaan. Kami mengambil perkara ini secara serius di CCEP dan DJSI membantu kami untuk bertanggungjawab dalam membuat kemajuan yang ketara. Dunia memerlukan industri untuk pergi lebih jauh dan lebih pantas, dan kami akan terus mendorong diri kami untuk mempercepatkan proses tersebut setakat yang kami mampu membuat perubahan."

Melalui pelan tindakan kelestarian ini, kami mengambil tindakan terhadap enam bidang sosial dan alam sekitar utama – minuman,pembungkusan ,masyarakat,air,iklim dan rantaian bekalan. Sila baca lebih lanjut di sini.

DJSI, termasuk Indeks Kelestarian Dow Jones World (DJSI World), telah dilancarkan pada tahun 1999 sebagai siri perintis penanda aras kelestarian global yang tersedia di pasaran. Keluarga indeks ini terdiri daripada penanda aras global, serantau dan negara.

DJSI World menggunakan proses pemilihan konstituen berasaskan peraturan yang telus berdasarkan skor ESG Global S&P yang dihasilkan daripada Penilaian Kelestarian Korporat Global S&P (CSA) tahunan. CSA terdiri daripada soal selidik ketat yang menilai data awam dan bukan awam yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Pada tahun ini, lebih 10,000 syarikat yang didagangkan secara terbuka telah dijemput untuk menyertai S&P Global CSA.

SILA HUBUNGI:
Hannah Rizo
+44 (0)7583 050 655
hrizo@ccep.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1683824/Coca_Cola_Europacific_Partners_Logo.jpg?p=medium600

Source: Coca-Cola Europacific Partners
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Non-Alcoholic Beverages Corporate Social Responsibility Environmental Issues