DUSSELDORF, Jerman, 17 Nov. 2021 /PRNewswire/ -- EDAN Instruments, Inc. (300206.SZ), syarikat pembekal peralatan perubatan terkemuka dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi, ECG Diagnostik, Pemantauan Pesakit, Pengimejan Ultrasound dan Diagnostik In-Vitro, memberi penekanan atas keberkesanan produk pada MEDICA 2021 yang lebih berpaksikan generasi akan datang. Lima produk baharu diperkenalkan seiring usaha EDAN untuk menambahbaik cara penjagaan pesakit dan sumber yang lebih mudah capai.
Tiga produk sedia untuk dilancarkan memberikan kejutan kepada hadirin, EDAN's Next-Gen Penganalisa gas darah dan Penganalisa kimia EDAN i20,Generasi Ketiga Mesin Pesakit Siri iX serta sistem biomaklum balas dan rangsangan versi mudah alih bersepadu PA4 Pro yang juga penampilan pertama mereka pada MEDICA 2021, Ketiga-tiganya direka berdasarkan tabiat pengguna, sekaligus memudahkan penggunaan produk ke fasa seterusnya.
"Produk yang diperkenalkan kali ini akan menjanjikan kelainan." Pengarah Kanan Pemasaran Global dan Operasi Strategik EDAN, Alex You mengulas. "Dalam penjagaan kesihatan, keberkesanan bertutur melalui teknologi akan memberi kesan positif pada aliran kerja paramedik, dan seterusnya menjimatkan masa untuk interaksi pesakit dan banyak lagi." Mesin ECG tablet tanpa kertas EDAN iSE dan penganalisis hematologi auto 5 bahagian H60s disesuaikan untuk isu ini. Kedua-dua produk ini telah diletakkan di dalam pasaran pada tahun ini, dan sudah mendapat maklum balas klinikal yang positif, terutamanya iSE.
"Pada iSE, anda boleh melihat pelan kami dalam IoMT. Penjagaan kesihatan pintar dan peranti berdaya IoT telah menjadi fokus kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kami percaya teknologi perubatan boleh meningkatkan penjagaan pesakit, dan IoT dapat membawa usaha ini selangkah ke hadapan" tambah Alex.
"EDAN kekal komited untuk meningkatkan kehidupan orang ramai dengan menyediakan produk yang lebih sesuai dan mesra pengguna. Keperluan sentiasa berkembang dan berterusan. Adalah tugas kami untuk menyesuaikan diri dengan bagi seiring dengan setiap keperluan dan terus mengoptimumkan produk kami dipasaran." Kata Hao Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif EDAN. "Misi kami adalah untuk mesra penjaga supaya mereka boleh melakukan lebih banyak lagi untuk pesakit. Dan produk-produk kali ini direka untuk mencapai tujuan tersebut."
Perkongsian secara terus produk EDAN disediakan pada gerai EDAN – 9B48 & 3B95 – di MEDICA 2021 dari 15-18 November, di Dusseldorf. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pr.intl@edan.com.
Mengenai EDAN Instruments, Inc.
EDAN komited untuk memperbaiki keadaan manusia di seluruh dunia dengan menyampaikan produk dan perkhidmatan perubatan yang efektif, inovatif dan berkualiti tinggi. Selama lebih 25 tahun, EDAN telah merintis barisan penyelesaian perubatan komprehensif yang menangani pelbagai amalan penjagaan kesihatan. Ikuti EDAN di LinkedIn, Facebook dan Instagram.