omniture

Eaton bantu perniagaan Asia lindungi infrastruktur misi kritikal mereka dengan pelancaran Perkhidmatan Keselamatan Siber di Asia Pasifik

Eaton
2021-11-18 10:00 114

SINGAPURA, 18 November 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan kuasa bertaraf global Eaton memperkenalkan perkhidmatan pengurusan kitaran hayat keselamatan sibernya untuk teknologi operasi (OT) dan sistem kawalan industri (ICS) di Asia Pasifik. Berdasarkan kepada Rangka Kerja Keselamatan Siber NIST serta piawaian industri IEC dan UL yang ditetapkan, perkhidmatan keselamatan siber Eaton direka bentuk untuk membantu organisasi-organisasi mewujudkan persekitaran industri yang selamat di tengah-tengah kemunculan Internet Pelbagai Benda.


"Ketika peralatan infrastruktur menjadi semakin pintar dan lebih saling terhubung, adanya program keselamatan siber yang lengkap menjadi semakin penting terutamanya untuk rantau seperti Asia yang mengalami pendigitan yang pesat," kata Jimmy Yam, Naib Presiden, Sektor Elektrik, Eaton East Asia. "Tawaran keselamatan siber Eaton menyediakan pengurusan kitaran hayat penuh kepada perniagaan yang direka bentuk untuk melindungi kerentanan dalam rangkaian OT yang semakin terhubung."

"Dengan perluasan perkhidmatan keselamatan siber kami ke Asia Pasifik, kami menyasarkan untuk bekerjasama dengan perniagaan-perniagaan di rantau ini bagi mengadakan dan memantapkan program keselamatan siber mereka dan akhirnya memastikan operasi dan kakitangan mereka selamat daripada ancaman siber yang semakin berkembang sepanjang masa," tambah beliau.

Perkhidmatan perundingan, pengurusan dan latihan untuk memastikan rangkaian OT selamat 

Satu kajian Ponemon Institute mendapati bahawa kos purata untuk sebuah syarikat daripada mengalami serangan perisian hasad adalah melebihi US$2.5 juta, sementara satu lagi laporan mendapati bahawa enam bulan lamanya diperlukan untuk mengesan pencerobohan keselamatan siber.

Perniagaan-perniagaan perlu peka dengan perubahan dalam rangkaian OT mereka dan sentiasa mengemas kini proses mereka untuk mengelakkan kelemahan operasi. Direka bentuk untuk memenuhi keperluan organisasi-organisasi pada peringkat kesediaan keselamatan siber ICS dan OT yang berbeza, perkhidmatan keselamatan siber Eaton dapat membantu syarikat-syarikat memastikan agar tiada jurang yang wujud dalam program keselamatan siber mereka dari masa ke masa.

Audit Awal: Perniagaan-perniagaan yang masih baharu dengan keselamatan siber OT boleh mula dengan menilai kakitangan, proses dan teknologi mereka melalui audit awal Eaton. Ini disertakan dengan skor kecergasan keseluruhan Eaton dan laporan berdasarkan kepada standard industri dan amalan terbaik serta membolehkan pelanggan mendapat pemahaman yang lebih jelas mengenai kekuatan, kelemahan dan aspek penambahbaikan mereka.

Analisis Komprehensif: Eaton turut menawarkan analisis mendalam mengenai seni bina keselamatan siber, ancaman dan kerentanan sesebuah syarikat bagi menentukan tahap pendedahan keseluruhan mereka, menggunakan teknik-teknik pengumpulan data pasif bagi meminimumkan gangguan operasi. Pelanggan juga mendapat senarai penemuan keutamaan dengan cadangan mengenai cara untuk menangani setiap isu.

Pengurusan Kitaran-Hayat: Pendekatan pengurusan kitaran hayat Eaton menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memastikan program keselamatan siber sesebuah syarikat kekal komprehensif dan terkini mengikut piawaian industri. Melalui penilaian yang berulang, Eaton dapat memastikan pelanggan terus mengikuti landskap ancaman yang semakin berkembang. Rangkaian perkhidmatan yang disertakan dalam pengurusan kitaran hayat Eaton ialah:

  • Perkhidmatan reka bentuk dan penugasan yang selamat
  • Latihan kakitangan
  • Perkhidmatan Penampungan dan Pengerasan
  • Pelaksanaan kawalan keselamatan
  • Perkhidmatan perundingan
  • Pertahanan rangkaian industri

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan keselamatan siber Eaton, kunjungi eaton.sg/cybersecurity.

Latar Belakang Sektor Elektrik Eaton

Perniagaan elektrik Eaton merupakan peneraju global dengan kepakaran aplikasi serantau yang mendalam dalam pengagihan kuasa serta perlindungan litar; kualiti kuasa, kuasa sandaran dan simpanan tenaga; kawalan dan automasi; keselamatan dan sekuriti hayat; penyelesaian struktur; serta penyelesaian persekitaran yang sukar dan berbahaya. Melalui perkhidmatan hujung-ke-hujung, saluran dan platform & tinjauan digital bersepadu, Eaton memperkasa apa yang penting dalam seluruh industri dan serata dunia serta membantu pelanggan mengatasi cabaran pengurusan kuasa elektrik mereka yang paling kritikal.

Misi Eaton adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan juga persekitaran melalui penggunaan teknologi dan perkhidmatan pengurusan kuasa. Eaton menyediakan penyelesaian mampan yang dapat membantu pelanggannya mengurus kuasa elektrik, hidraulik dan mekanikal secara berkesan – dengan lebih selamat, lebih cekap dan lebih andal. Pendapatan tahun 2020 Eaton mencecah $17.9 bilion dan syarikat ini menjual produk kepada pelanggan di lebih daripada 175 negara. Eaton memiliki kira-kira 85,000 pekerja. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Eaton.com.

 

 

Source: Eaton
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services