omniture

Coway Disenaraikan Di Dow Jones Sustainability World Index untuk Tahun Ke-6 Berturut-turut

- 2021 merupakan tahun ke-6 berturut-turut Coway di DJSI World Index, tahun ke-9 berturut-turut di DJSI Asia/Pacific Index dan tahun ke-4 berturut-turut di DJSI Korea Index
Coway Co., Ltd.
2021-11-18 13:03 123

SEOUL, Korea Selatan, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company", mengumumkan bahawa ia telah dimasukkan ke dalam '2021 Dow Jones Sustainability World Index ("DJSI World")' untuk tahun keenam berturut-turut. Sebagai satu-satunya syarikat Korea yang ditampilkan dalam industri Barang Tahan Lama Isi Rumah, pencapaian ini menjadikannya lebih bermakna.

Dilancarkan pada tahun 1999, Dow Jones Sustainability Indices (DJSI) digunakan untuk menilai prestasi tadbir urus, ekonomi, alam sekitar dan sosial syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia. Dengan menampilkan syarikat-syarikat yang paling lestari merentas 61 industri, ia membantu pelabur membuat keputusan yang lebih mampan.

Tahun 2021 merupakan tahun keenam berturut-turut Coway disenaraikan dalam Dow Jones Sustainability World Index, tahun kesembilan dalam Dow Jones Sustainability Asia/Pacific Index dan tahun keempat dalam Dow Jones Sustainability Korea Index. Antara semua syarikat yang dimasukkan ke dalam industri Barang Tahan Lama Isi Rumah DJSI World, hanya Coway berasal dari Korea.

Tahun ini, sebanyak 322 syarikat dimasukkan ke dalam DJSI World, 12.7% teratas daripada 2,544 syarikat yang layak. Antara kesemua syarikat ini, hanya 21 syarikat berasal dari Korea Selatan.

Coway mendapat penilaian yang cemerlang untuk Pengurusan Hubungan Pelanggan, Kualiti Produk & Pengurusan Perolehan Kembali, Dasar Alam Sekitar & Sistem Pengurusan, Pelaporan Alam Sekitar dan Pelaporan Sosial.

Memandangkan Coway berbangga dapat mereka bentuk produk dan perkhidmatan dari perspektif pengguna, ia mendapat kepuasan dan kepercayaan pelanggan yang luar biasa. Sepanjang proses pengeluaran, Coway menggunakan teknologi digital yang paling inovatif dan sistem kawalan kualiti dengan ketat untuk sentiasa menawarkan pengalaman yang terbaik dalam kelas. Selaras dengan tanggungjawab kelestariannya, syarikat ini turut mengisytiharkan matlamat keneutralan karbon penuh menjelang tahun 2050.

Seorang pegawai daripada Coway berkata: "Kami berbesar hati kerana inisiatif ESG kami diiktiraf di DJSI World untuk tahun keenam berturut-turut. Sesuai dengan nama kami sebagai syarikat 'The Best Life Solution', kami akan terus meningkatkan sistem pengurusan kelestarian kami."

Selain daripada DSJI, usaha kelestarian Coway telah diiktiraf menerusi "AA" MSCI ESG Rating. Di peringkat domestik, Coway menerima 'A' ESG Rating daripada Korea Corporate Governance Service (KCGS) selama tiga tahun berturut-turut pada tahun 2021.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah berdasarkan kepada kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Corporate Social Responsibility