omniture

Pakar-pakar memberikan amaran bahawa letargi kebersihan pasca COVID boleh membahayakan berjuta-juta orang dengan jangkitan maut akibat ketahanan antimikrob

Global Hygiene Council
2021-11-19 15:01 25

Majlis Kebersihan Global (GHC) menyeru kita untuk mengamalkan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan bagi mencegah penyebaran penyakit berjangkit dan mengurangkan kesan ketahanan antimikrob (AMR). 

LONDON, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- Dengan lebih 5 juta kematian di seluruh dunia, COVID-19 telah menyebabkan beban yang signifikan kepada masyarakat dan sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Ketika kita terus menangani kesan COVID-19, terdapat ancaman kesihatan awam yang lebih besar yang mesti ditangani iaitu AMR. Kepentingan peranan kebersihan dalam memecahkan rantaian jangkitan telah ditunjukkan semasa pandemik COVID-19, namun pakar GHC bimbang bahawa kita sedang menyaksikan letargi kebersihan ketika kita beralih ke dunia pasca COVID yang memburukkan ancaman AMR.

Pada bulan lepas, WHO melancarkan laporannya tentang keadaan kebersihan tangan di dunia, menggariskan kepentingan kebersihan tangan dalam mencegah jangkitan dan mengurangkan beban AMR melalui pemanjangan hayat antimikrob (cth. antibiotik). GHC mengalu-alukan peningkatan tumpuan terhadap kebersihan tangan dan menyokong WAAW pada tahun ini dengan memberikan tumpuan kepada aktivitinya terhadap pengurangan keperluan antibiotik melalui kebersihan tangan yang lebih baik bagi mencegah penyebaran jangkitan.

Jurucakap GHC, Sabiha Essack, Profesor dari Sekolah Sains Farmaseutikal, University of KwaZulu-Natal, Afrika Selatan mengulas, "Tanggungjawab kebersihan seperti mencuci tangan merupakan intervensi yang berkesan untuk mencegah jangkitan yang membantu menghapuskan keperluan terhadap antimikrob (cth. antibiotik). Tingkah laku seperti mencuci tangan berpotensi untuk mengurangkan penjalaran penyakit seperti yang dialami dengan COVID-19 dan perlu digalakkan selepas pandemik".

Penggunaan antibiotik yang tidak diperlukan telah mempercepatkan kemunculan dan penyebaran ketahanan bakteria. Jangkitan biasa yang tidak berjaya dirawat disebabkan oleh bakteria ketahanan antimikrob dikaitkan dengan lebih 700,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia dan diunjurkan akan mempunyai kaitan dengan kematian 10 juta orang setiap tahun menjelang 2050. Menerapkan amalan kebersihan harian boleh mengurangkan risiko jangkitan biasa sehingga 50% dan menawarkan rangka kerja untuk mengurangkan preskripsi antibiotik, meminimumkan peluang untuk pembentukan bakteria ketahanan antibiotik.

Dengan kejadian wabak penyakit berjangkit yang lebih berkemungkinan berlaku pada 2030, kita mesti mengamalkan tingkah laku kebersihan yang berkekalan untuk melindungi diri kita dan orang tersayang terhadap ancaman penyakit berjangkit yang baru muncul, mengurangkan beban antimikrob AMR dan yang kekal di masa hadapan seperti antibiotik, untuk tahun-tahun akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Gabriel.Jarvis@emotiveagency.com, +44 1444 811099

 

Source: Global Hygiene Council
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Survey, Polls & Research