omniture

Urban Fu$e menampilkan nyanyian Leonardo Da Vinci dan Beethoven dijana AI dalam video muzik didik hibur

Dream Music Productions
2021-11-20 03:40 392

https://bit.ly/3FudLiu 

Dikuasakan oleh D-ID, (peneraju dunia dalam media kreatif yang dipacu AI yang terkenal dengan karya seperti Reminiscence Warner Bros, Deep Nostalgia MyHeritage), video itu kini meletakkan Urban Fu$e, sebuah usaha sama antarabangsa, di tempat yang paling tidak dijangka: Vietnam

JACKSONVILLE, Florida, 20 November 2021 /PRNewswire/ -- Dream Music Productions (DMP) mempersembahkan projek terbaharu dan paling berani Urban Fu$e (UF) dengan pelancaran Video Muzik "TikTok Rollie" mereka dalam bahasa Vietnam yang memperkenalkan AI dan pembelajaran mendalam melalui Video Muzik (MV) mereka.

DREAM MUSIC PRODUCTIONS AND URBAN FU$E PRESENT TIKTOK ROLLIE, A MUSIC VIDEO FEATURING AI GENERATED SINGING LEONARDO DA VINCI AND BEETHOVEN
DREAM MUSIC PRODUCTIONS AND URBAN FU$E PRESENT TIKTOK ROLLIE, A MUSIC VIDEO FEATURING AI GENERATED SINGING LEONARDO DA VINCI AND BEETHOVEN

Pada awal bulan Jun tahun ini, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DMP, Suzanna Lam, mendekati D-ID dan mencadangkan idea untuk menjadikan dua orang ikon genius ini menyanyikan sebahagian kecil lagu TikTok Rolllie, yang sesuai dengan mereka kerana video muzik ini adalah tentang perbezaan dan percanggahan dalam kehidupan. Menampilkan dua foto/imej pegun dengan animasi dan tingkah laku seperti dua manusia sebenar adalah sesuatu yang kreatif dan inovatif dari sudut teknikal dan kesesuaiannya.  Hasil karya seperti ini adalah menakjubkan kerana buat kali pertama, khalayak dapat menyaksikan bagaimana Da Vinci dan Beethoven menyanyi seolah-olah mereka masih hidup pada hari ini.  Untuk menghasilkan video klip ini, D-ID menggunakan  teknologi Creative Reality™ terbaharunya: Group Stitchback yang berupaya mencantum semula pelbagai wajah yang telah dianimasi secara automatik menjadi imej yang hidup. 

TikTok Rollie ialah permainan kata yang mempunyai pelbagai makna.  Pertama, ia mungkin bermakna penampilan Rollie pada TikTok, sebuah aplikasi sosial. Ia juga mungkin bermaksud Rollie yang dibuat-buat kerana Rollie sebenar bergulung dan tidak mengeluarkan bunyi tik tok.  Ketiga, ia boleh membawa maksud dari dalam/luar kerana bunyi tik tok datangnya dari bahagian dalam jam tangan, manakala Rollie pula terkenal dengan nama jenama mewahnya.  Keempat, ia boleh bermakna sesuatu yang baharu/lama.  Walaupun watak utama dalam MV ini didedahkan pada penghujung klip, adakah kita sebagai penonton, akan berupaya untuk menonton watak kita sendiri apabila detik menakjubkan kita tiba?

Tentang Dream Music Productions DMP dan Urban Fu$e®

DMP ialah label rekod muzik bebas yang berasal dari Jacksonville, Florida yang khusus dalam menghasilkan didik hibur muzik hip hop/rap, pop elektro, muzik EDM dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Vietnam melalui satu jenama tunggal Urban Fu$e®.  Ditubuhkan pada akhir tahun 2018, DMP merupakan peneraju dalam muzik kontemporari SPEMF yang mementingkan kesihatan (Rohani, Fizikal, Emosi, Mental, Kewangan) dan mengubah cara pengguna melaburkan masa mereka untuk memaksimumkan potensi kehidupan mereka sepenuhnya. Muzik mereka membantu pengguna kekal fokus pada apa yang penting dalam kehidupan seharian tanpa menjejaskan citarasa muzik kontemporari yang dihasilkan.  Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.dreammusicproductions.com

Tentang D-ID

D-ID ialah syarikat pemula Creative Reality™ yang berpangkalan di Tel Aviv yang khusus dalam teknologi lakonan semula video yang dipatenkan menggunakan AI dan pembelajaran mendalam. Ditubuhkan pada tahun 2017, D-ID mencipta penyelesaian nyahcam imej wajah pertama untuk melindungi imej dan video daripada perisian pengecaman wajah. Produk D-ID terdiri dari kerja-kerja memproses animasi foto pegun hingga memudahkan pengeluaran video berkualiti tinggi dan mencipta pengalaman pengguna yang tular seperti Deep Nostalgia, yang telah menghasilkan hampir 100 juta animasi sejak dilancarkan pada akhir bulan Februari 2021. Dengan pembiayaan sebanyak $23 juta daripada Y Combinator, Pitango, AXA, Foundation VC, Maverick Ventures, AI Alliance dan lain-lain, D-ID menyasarkan untuk mengubah industri media dan hiburan dengan penciptaan media menggunakan AI dalam saluran tradisional serta Mayaloka. Dengan pelanggan antarabangsa dalam pasaran media sintetik yang berkembang pesat, kecekapan teras D-ID dalam penggunaan wajah manusia dan pembelajaran mendalam membolehkan rakan kongsinya mencipta kandungan yang menarik dan menghiburkan yang tidak dapat dibayangkan sehingga kini. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.d-id.com.

Hubungan Media

Nama Syarikat: Dream Music Productions

Pegawai Untuk Dihubungi: Suzanna Lam

E-mel: info@dreammusicproductions.com

Telefon: 408-674-2219

Alamat: 9526 Argyle Forest Blvd Ste. B2 364, Jacksonville, FL  32222

Negara: Amerika Syarikat

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1692407/Dream_Music_Productions.jpg?p=medium600 

Source: Dream Music Productions
Keywords: Entertainment Music New products/services