omniture

Jian Xia Qing Yuan R: Kembalinya Legenda

VNGGames akan mengedarkan "Jian Xia Qing Yuan R" MMORPG seni mempertahankan diri asli di Singapura dan Malaysia, bermula dengan aktiviti prapendaftaran.
VNGGames
2021-11-22 12:26 65

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- 18 tahun yang lalu, Jian Xia Qing Yuan Online merupakan salah satu permainan komputer peribadi (PC) dalam talian yang paling popular di serata dunia. Kini pada tahun 2021, versi mudah alih legenda ini telah mengesahkan penampilan sulungnya di Singapura dan Malaysia menerusi aktiviti prapendaftaran di https://jxqy.vnggames.com/pre.

Jian Xia Qing Yuan R membuat penghasilan semula sepenuhnya permainan dalam talian yang popular Jian Xia Qing Yuan Online bermula daripada visual permainan & sudut atas 2D, corak permainan & pekerjaan klasik, plot, runut bunyi dan butiran lain. Ia turut mengekalkan beberapa mekanisme yang paling digemari sepanjang zaman: PF percuma, unsur Wuxing dan terutamanya sistem perdagangan percuma yang juga merupakan ciri yang paling terkenal bagi siri JX dan sangat sukar dijumpai dalam pasaran MMORPG pada masa kini.

Jian Xia Qing Yuan R akan dilancarkan di Singapura dan Malaysia dalam masa terdekat.
Jian Xia Qing Yuan R akan dilancarkan di Singapura dan Malaysia dalam masa terdekat.

Jian Xia Qing Yuan (JX1) asli merupakan salah satu perintis yang paling berjaya bagi genre MMORPG PC di Asia Tenggara, terutamanya di Singapura dan Malaysia, sejak tahun 2000-an. Meneruskan legenda tersebut, Jian Xia Qing Yuan R mengekalkan kesemua ciri yang menarik dan digemari sambil mengimbangi pengalaman pengguna pada platform mudah alih.

Pada bulan April ini, Jian Xia Qing Yuan R mula diperkenalkan di Viet Nam dan memberi kesan yang besar ke atas pemain Vietnam. Kemudian pada bulan Oktober, permainan ini dibawa ke China dan melangkaui jangkaan salah satu pasaran permainan yang terbesar dan paling mendesak ini. Telahpun disahkan bahawa Jian Xia Qing Yuan R akan berada di Taiwan dan seterusnya di Singapura dan Malaysia pada musim perayaan ini.

Ketika ini, pemain boleh mendaftar terlebih dahulu di laman sesawang rasmi https://jxqy.vnggames.com/pre mahupun gedung aplikasi. Dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan, pemain boleh mendapatkan tunggangan terkenal ''Red Dragon Horse' berserta banyak item dalam-permainan yang lain apabila permainan ini dilancarkan. Mereka juga akan mendapat lebih banyak hadiah dengan menyukai/mengikuti halaman peminat Facebook rasmi https://www.facebook.com/jxqysgmy. Semakin banyak jumlah prapendaftaran, sebanyak banyak item yang boleh didapati oleh pemain, maka jangan lupa untuk mengajak rakan-rakan anda untuk mengimbau kenangan anda bersama-sama.

 

Source: VNGGames
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Future Events