omniture

Lantunan Semula Pembinaan Berisiko Meningkatkan Kehilangan Masa dan Wang Tunai

HKA
2021-11-29 16:00 30

PHILADELPHIA, 29 November 2021 /PRNewswire/ -- Skala besar bagi wang tunai dan masa yang dihabiskan dalam projek pembinaan dan kejuruteraan di seluruh dunia telah didedahkan dalam satu analisis baharu bagi tuntutan dan pertikaian daripada HKA, sebuah perunding global terkemuka dalam pengurangan risiko dan penyelesaian pertikaian dengan lebih 1,000 orang pakar, perunding dan penasihat di seluruh 40 buah pejabatnya di 15 buah negara. 

CRUX Insight 2021 menyaring kecerdasan dunia sebenar dengan lebih 1,400 buah projek di seluruh 94 buah negara untuk mengenal pasti punca utama lebihan penggunaan yang menghampiri separuh daripada nilai modal projek dan tiga perempat daripada program berjadual mereka.

Laporan tahunan CRUX yang keempat menggabungkan analisis serantau bagi bank pengetahuan unik ini dengan pemahaman yang boleh dilaksanakan daripada perunding terkemuka dalam industri.

Fakta dan dapatan CRUX 2021 

Statistik utama termasuk:

  • 1,401 buah projek telah dianalisis
  • $2 trilion – perbelanjaan modal terhimpun
  • $73 bilion – jumlah nilai tuntutan
  • $100 juta – purata kos yang dipertikaikan bagi setiap projek
  • 46.3% – nilai tuntutan dalam perkadaran kos yang dirancang
  • 17 bulan – purata lanjutan masa yang dituntut
  • 71.4% – pelanjutan biasa bagi program
  • 750 tahun – lebihan kumulatif yang dihadapi oleh semua projek

Pemacu dominan tuntutan dan pertikaian adalah: perubahan dalam skop, tafsiran kontrak yang bercanggah, kegagalan reka bentuk dan tersalah pengurusan oleh subkontraktor.

COVID-19 telah menyebabkan gangguan tambahan, mengehadkan akses ke tapak dan buruh, menyekat aliran tunai dan mendedahkan had peruntukan kontrak terhadap force majeure dan perubahan dalam undang-undang.

Selain daripada Covid, CRUX Insight melaporkan bahawa kekurangan kemahiran, gangguan rantaian bekalan, inflasi kos, peningkatan ketidaktentuan pasaran dan krisis iklim meningkatkan potensi konflik dalam projek:

  • Kemahiran: Lebih satu pertiga daripada projek (35.6%) telah terhalang oleh jurang kemahiran dan pengalaman serta kekurangan mutu tenaga kerja yang berkaitan
  • Bekalan: Penghantaran bahan dan peralatan yang lewat memberi kesan kepada satu daripada sembilan projek (11.3%) (walaupun sebelum pemotongan laporan bulan Ogos 2021 dan kekurangan bahan global yang berterusan)
  • Iklim: Satu persepuluh daripada projek (10.3%) terjejas oleh cuaca yang sangat buruk. Seperti ketidakpastian global yang lain, keadaan kecemasan iklim ini memerlukan penentukuran semula risiko penyampaian projek modal.

"Projek modal membelanjakan berbilion dolar setiap tahun untuk tuntutan dan pertikaian yang berulang, boleh diramal dan kebiasaannya boleh dielakkan," kata Renny Borhan, Ketua Pegawai Eksekutif HKA."CRUX Insight 2021 bukan sahaja mendiagnosis kegagalan ini dan mengukur kesannya, tetapi juga mengenal pasti tindakan pembetulan untuk membendung kerugian ini. Pihak berkepentingan projek dan industri boleh belajar daripada CRUX untuk beroperasi dengan lebih berkesan di tengah-tengah ketidakpastian yang memuncak ini."

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1572488/hka_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: HKA
Keywords: Construction/Building Mining/Metals Outsourcing Businesses Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research