omniture

Moldova Menetapkan Pandangannya tentang Kepimpinan Inovasi Global, dengan Sokongan Peringkat Tertinggi daripada Presiden dan Perdana Menteri serta Pengguna Inovasi Sempadan AS dan Sweden

Moldova Future Technologies Activity funded by USAID and Sweden
2021-11-29 16:29 28

CHISINAU, Moldova, 29 November 2021 /PRNewswire/ -- Presiden Maia Sandu telah mencabar rakyat Moldova untuk "Memulakan Inovasi" bagi meneroka masa depan yang baharu dan lebih baik. Moldova menghadapi cabaran serius daripada penghijrahan dan tahap pemikiran terhadap rasuah, jurang ekonomi dan kadar upah yang rendah; tetapi pemimpinnya melihat detik pendigitalan global yang pesat ini sebagai peluang unik untuk memanfaatkan inovasi dan teknologi bagi mewujudkan ekonomi dan demokrasi yang sedia menghadapi cabaran di masa hadapan. "Moldova mungkin tidak dilimpahi dengan gas asli, minyak atau sumber-sumber lain. Sebaliknya, Moldova dianugerahkan dengan individu yang berbakat dan berdaya cipta. Terima kasih kepada mereka, kami mempunyai potensi yang besar untuk pembangunan yang kita mesti memanfaatkan. Revolusi teknologi telah mengubah cara kita tinggal, bekerja dan belajar. Masa depan tidak boleh diramalkan, tetapi ia boleh dicipta. Melalui pembangunan pendidikan, penyelidikan dan teknologi, kami boleh mengubah Moldova menjadi sebuah negara yang inovatif. Mari kita menjadi sebahagian daripada perubahan dalam dunia yang sentiasa berubah," kata Presiden Sandu, memulakan pelancaran kempen inovasi di seluruh negara. Presiden telah menekankan peranan utama teknologi dalam inovasi, "Pendigitalan boleh mengurangkan kos transaksi, meningkatkan ketelusan dan mengurangkan rasuah. Tetapi ia adalah inovasi yang boleh memanfaatkan teknologi tersebut untuk melakukan lebih banyak lagi."

 

Industri teknologi yang berkembang maju di Moldova berpotensi untuk mendorong inovasi dan pertumbuhan seluruh ekonomi. Dengan IT, eksport Moldova telah meningkat sebanyak 100 kali ganda dalam tempoh 15 tahun yang lalu kepada $258 juta pada tahun 2020, IT merupakan sektor yang paling pesat berkembang di negara ini. Sektor IT juga melibatkan kos sebanyak empat kali ganda berbanding gaji purata negara. Dasar Taman IT maya inovatif Kerajaan dengan cukai tunggal sebanyak 7% ke atas teknologi, kejuruteraan, R&D dan perniagaan teknologi pembuatan telah membuahkan hasil, menarik 900 firma pemastautin dari 35 buah negara dan menggalakkan penubuhan firma teknologi dan usahawan kecil. Moldova merancang untuk menggunakan sektor IT dan keupayaan teknologinya yang berkembang secara digital untuk mengubah kaedah pemprosesan wain, pertanian, pelancongan, pembuatan hijau dan media. Perdana Menteri Moldova, Natalia Gavriliţa, berpendidikan di Harvard, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Global Innovation Fund, telah menetapkan inovasi sebagai keutamaan utama dan melantik Timbalan Perdana Menteri bagi Pendigitalan buat kali pertama untuk menerajui transformasi digital kerajaan. Perdana Menteri Gavriliţa menyatakan, "Bagi Republik Moldova, teknologi mewakili peluang ekonomi yang berharga dengan impak yang ketara terhadap kualiti kehidupan." Kerajaan Moldova bekerjasama dengan universiti terbesar di negara ini untuk meningkatkan graduan IT dan kejuruteraan dan mewujudkan kepakaran berasaskan teknologi dalam media baharu, teknologi kreatif dan fesyen digital, mendidik pelajar untuk pekerjaan pada masa depan.

Dalam perjalanan inovasi, Moldova akan disokong oleh para inovator global terkemuka – Amerika Syarikat dan Sweden - untuk membangunkan ekonomi digital, kreatif dan lestari serta melonjak Moldova ke puncak Indeks Inovasi Global. Sebagai sokongan terhadap visi Moldova, pentadbir USAID Samantha Power mengunjungi Republik Moldova dan melancarkan Aktiviti Teknologi Masa Depan (Future Technologies Activity) – projek pembangunan teknologi terluas dan terbesar Moldova – dengan dana bernilai $32.8 juta – yang dibiayai oleh USAID dan Sweden.

"Anak-anak muda Moldova memang berbakat, kreatif dan bertenaga. Tetapi jika industri masa depan berkembang di luar sempadan Moldova, maka golongan muda akan terpengaruh untuk membawa bakat mereka di luar negara dan bukannya membangunkan kerjaya mereka dalam negara. Aktiviti Teknologi Masa Depan akan membantu mewujudkan laluan kepada belia Moldova. Ia akan membolehkan syarikat-syarikat Moldova mengakses pasaran Eropah dan global. Ia akan melengkapkan golongan muda Moldova dengan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk memanfaatkan ekonomi digital yang semakin berkembang. Dan ia akan membantu dengan kata-kata, 'Buatan Moldova' yang boleh dibanggakan di dalam negara dan tanda kualiti di seluruh dunia," kata Samantha Power, Pentadbir USAID.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=LBcGtUajjuA
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1697210/Future_Technologies_Launch_Event.jpg?p=medium600

Future Technologies Launch Event, protocol picture of high-level attendees and speakers, including Prime Minister Natalia Gavrilita and USAID Administrator Samantha Power
Future Technologies Launch Event, protocol picture of high-level attendees and speakers, including Prime Minister Natalia Gavrilita and USAID Administrator Samantha Power

 

 

Source: Moldova Future Technologies Activity funded by USAID and Sweden
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Fashion Mining/Metals Multimedia/Online/Internet Economic news, trends, analysis European Government Joint ventures STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)