omniture

Dokumentari Rencana Baharu Daripada Johnnie Walker Menghayati Semangat 'Keep Walking' dengan Menampilkan Tokoh Kreatif yang Mencetuskan Kemajuan Kesatuan Kolektif di Seluruh Afrika

Johnnie Walker
2021-11-30 02:42 57
  • DOKUMENTARI BAHARU BERTAJUK THE ONES WHO KEEP WALKING, DIARAHKAN OLEH PENERBIT FILEM FORBES 30 UNDER 30, AMARACHI NWOSU
  • BAKAT YANG DITAMPILKAN TERMASUK CKAY, SENSASI MUZIK GLOBAL, SAMPA, PENYANYI RAP & PENCIPTA LAGU, BOSE OGULU (AKA MAMA BURNA), PENGURUS ARTIS DAN AHLI PERNIAGAAN SERTA LOZA MALÉOMBHO, PEREKA FESYEN YANG MEMENANGI ANUGERAH 

AMSTERDAM, 29 November 2021 /PRNewswire/ --  Wiski Scotch nombor satu di dunia[1], Johnnie Walker dan penerbit filem Forbes 30 under 30, Amarachi Nwosu mengadakan tayangan perdana dokumentari rencana baharu mereka - The Ones Who Keep Walking - yang mempamerkan kisah yang memberi inspirasi tentang pencipta dan kesatuan kolektif yang telah menarik perhatian dunia kepada Afrika.

The Ones Who features more than 20 defiantly optimistic voices from across Africa, including one of the biggest African artists of the moment and social media sensation, CKay
The Ones Who features more than 20 defiantly optimistic voices from across Africa, including one of the biggest African artists of the moment and social media sensation, CKay

Selama lebih dua abad, Johnnie Walker komited terhadap semangat untuk maju dan mara ke hadapan. Melalui dokumentari rencana baharu ini – sebahagian daripada pelancaran global yang sedang berlangsung dalam fasa seterusnya Kempen 'Keep Walking' (Terus Berjalan) ikonik mereka dan susulan pelancaran The Man Who Walked Around the World pada bulan November 2020Johnnie Walker bersedia untuk meneroka makna semangat 'Keep Walking' kepada ahli kreatif dan pembuat perubahan masa kini.

Dokumentari ini menampilkan lebih 20 suara optimis yang berani dari seluruh Afrika termasuk salah seorang artis Afrika terkemuka pada masa ini dan sensasi media sosial, CKay (Nigeria), penyanyi rap dan penggubah lagu, Sampa the Great (Zambia), penari dan artis, Kamo Mphela (Afrika Selatan), Penerbit dan DJ, Nandele (Mozambique), jurugambar legenda, James Barnor (Ghana), pereka fesyen, Loza Maléombho (Ivory Coast), kesatuan kolektif ahli kreatif, Urban Pitchaz (Kenya) dan Bose Ogulu AKA Mama Burna (Nigeria) pengurus yang juga ibu kepada superstar global serta rakan kongsi Johnnie Walker, Burna Boy.

Melalui kisah-kisah yang belum pernah didengari dan perbincangan yang mendalam, kita mendapat pemahaman tentang cara tenaga kreatif baharu, keazaman tinggi dan semangat perintis membawa ekspresi Afrika yang asli ke seluruh dunia. Menerusi pelbagai budaya, minat dan cabaran, Pengarah Amarachi Nwosu menunjukkan sebuah benua bersatu dalam memperjuangkan kemajuan bagi semua orang.

Nwosu mengulas, "Menerbitkan The Ones Who Keep Walking dengan Johnnie Walker merupakan satu peluang untuk menceritakan sebuah kisah yang memperbaharui cara kita melihat Afrika dan kebangkitan bidang kreatif yang sedang berlaku. Menceritakan kisah-kisah hebat dari lensa futuris Afrika merupakan perkara yang memberi inspirasi kepada saya, oleh itu peluang untuk menampilkan orang-orang yang hebat ini dan perjalanan mereka yang luar biasa, kesemuanya sambil mempamerkan semangat dan kecantikan yang merangkumi Afrika, merupakan impian yang menjadi kenyataan. Saya tidak sabar untuk melihat semua orang menontonnya."

Pengarah Pemasaran Global Johnnie Walker, Johanna Dalley menambah: "Di Johnnie Walker, kami sentiasa ingin meraikan kisah mereka yang mengambil langkah-langkah berani untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna.  Kisah-kisah tersebut yang sering menunjukkan semangat optimis berani yang hebat merupakan lambang sempurna falsafah 'Keep Walking' kami – suatu idea yang benar-benar amat relevan di dunia pada masa ini. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Amarachi Nwosu untuk berkongsi kisah-kisah luar biasa ini melalui The Ones Who Keep Walking. Amarachi ialah seorang yang bersemangat dalam keterangkuman, kesaksamaan dan perwakilan sosial yang benar-benar serupa dengan kami dan kami berharap orang ramai akan mendapat inspirasi untuk terus mengambil langkah-langkah berani selepas menontonnya."

Diterbitkan oleh Something™ Originals dan sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 200 orang tokoh kreatif dan bakat dari seluruh Afrika, The Ones Who Keep Walking merupakan sambungan daripada ayat provokasi penutup bagi The Man Who Walked Around the World - 'apakah seterusnya?' - untuk menampilkan mereka yang menghayati semangat 'Keep Walking' dan membentuk hala tuju baharu yang berani untuk negara, budaya dan Dunia dengan cara mereka sendiri.

Anda boleh menonton The Ones Who Keep Walking di sini: www.theoneswho.film  

Filem penuh ini juga disiarkan melalui kerjasama di seluruh Afrika dengan saluran DSTV: Africa Magic Family, Maisha Magic East, Zambezi Magic, Mzansi Magic, Mzansi Wethu, Channel O dan Canal+ milik TV5 Monde.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: johnniewalker@smarts.agency

Tanda Pagar Rasmi: #JohnnieWalker #KeepWalking #TheOnesWho

Nota kepada Editor:

Tentang Johnnie Walker: 

Johnnie Walker ialah jenama wiski Scotch nombor satu di dunia1 (IWSR), yang dinikmati oleh orang ramai di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Sejak dari zaman pengasasnya, John Walker, para pengadun wiskinya telah mengutamakan untuk memperoleh rasa dan kualiti melebihi segala-galanya.

Pada hari ini, rangkaian wiski yang memenangi anugerah merangkumi Johnnie Walker Red Label, Black Label, Double Black, Green Label, Gold Label Reserve, Aged 18 Years dan Blue Label. Ia menghasilkan lebih 14 juta kotak terjual setiap tahun (IWSR, 2020) dan menjadikan Johnnie Walker sebagai jenama Wiski Scotch yang paling popular di dunia.

Tentang Diageo 

Diageo ialah peneraju global dalam minuman beralkohol dengan koleksi jenama yang terkemuka termasuk Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, wiski Buchanan dan Windsor, vodka Smirnoff dan Cîroc, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.

Diageo disenaraikan di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO) serta produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, para pekerja, jenama dan prestasi kami, sila layari kami di www.diageo.com. Sila layari sumber minuman global Diageo yang bertanggungjawab, www.DRINKiQ.com untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan setiap hari, di mana-mana sahaja.

Tentang Something™ Originals 

Something Originals ialah sebuah syarikat penerbitan yang mengkhusus dalam kandungan asal dan penceritaan berpandukan manusia tanpa skrip untuk penyiaran & SVOD.

[1] IWSR 2020

Johnnie Walker, and Forbes 30 under 30 film maker, Amarachi Nwosu premiere their new feature documentary - The Ones Who Keep Walking
Johnnie Walker, and Forbes 30 under 30 film maker, Amarachi Nwosu premiere their new feature documentary - The Ones Who Keep Walking

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1697003/Johnnie_Walker_CKay.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1697002/Johnnie_Walker_TOWKW.jpg?p=medium600

 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture Music Retail MultiVu Audio New products/services