omniture

Jenama Bir Terkemuka, Corona, Mengumumkan Rancangan Untuk Sebuah Destinasi Pulau Semula Jadi yang Meraikan 100% Bahan-Bahan Semula Jadinya

Corona
2021-12-01 15:29 23

Dijangka dibuka pada tahun 2022, Pulau Corona Menampilkan Janji 100% Dunia Semula Jadi Jenamanya dan Menggalakkan Orang Ramai Melindungi Syurga Dunia Melalui Kerjasamanya dengan Oceanic Global

LONDON, 1 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Corona mengumumkan Pulau Corona, sebuah destinasi yang unik bagi para pengunjung untuk memutuskan hubungan dengan aktiviti harian dan berhubung semula dengan dunia semula jadi. Dijadualkan untuk dibuka pada akhir musim bunga 2022 di tengah-tengah Laut Caribbean, Pulau Corona akan menjadi destinasi ajaib yang berpusat pada kemampanan dan berusaha untuk menjadi "Blue Verified" oleh Oceanic Global sebagai sebahagian daripada program Blue Standard yang ketat oleh NGO antarabangsa. Langkah-langkah pengesahan dan penilaiannya termasuk: penghapusan plastik sekali guna dan pelaksanaan infrastruktur pengurusan sisa yang bertanggungjawab. Penilaian tersebut kini sedang dijalankan dengan Pulau Corona yang ditetapkan untuk menjadi Pulau Blue Verified sepenuhnya yang pertama dengan pelancarannya pada musim bunga tahun hadapan. 

Only a beer like this, could create a place like this
Only a beer like this, could create a place like this

"Pulau Corona tidak seperti apa yang pernah kami lakukan sebelum ini. Sebagai sebuah jenama yang sangat berkait rapat dengan alam semula jadi, kami ingin memberi penghormatan dan meraikan persekitaran semula jadi yang membekalkan 100% bahan semula jadi kami," kata Felipe Ambra, Naib Presiden Global Corona. "Kini, orang ramai mempunyai keperluan untuk berhubung semula dengan dunia luar secara selamat lebih daripada sebelumnya. Kami menjemput orang ramai dari seluruh dunia untuk bersama-sama berkumpul dan menggabungkan pendidikan dengan pelancongan yang bertanggungjawab. Harapan kami ialah apabila para tetamu pulang ke rumah, mereka akan jatuh cinta dengan alam semula jadi dan akan kembali bertenaga untuk menjadi warga global yang lebih baik dalam komuniti mereka. Apabila kita mencintai seseorang atau sesuatu, kita sentiasa melakukan yang terbaik untuk melindunginya - itulah objektif kami pada Pulau Corona."

Sebagai bir yang dilahirkan di pantai tersebut, Corona dihasilkan dengan 100% bahan semula jadi: air, barli, jagung atau beras dan hop. Persekitaran semula jadi dan pengalaman tetamu Pulau Corona adalah lanjutan langsung daripada jenama tersebut. Kebanyakan orang menghabiskan masa mereka di dalam rumah dan pengalaman ini membawa para pelawat keluar daripada kebosanan aktiviti harian mereka, membantu mereka hidup bersama-sama dalam keindahan alam semula jadi. Memutuskan hubungan untuk berhubung semula adalah hasrat di sebalik pengalaman holistik ini. 

Sebaik tiba di pulau tersebut, para tetamu berpeluang untuk memutuskan hubungan dengan tekanan harian dan mengutamakan penginapan mereka yang mengambil masa sepanjang minggu dan merangkumi semua jenis perkhidmatan dengan titik sentuh pendidikan mengasyikkan yang memberi tumpuan kepada penggunaan secara sedar dan kehidupan yang lestari. Contoh aktivitinya mungkin merangkumi bengkel tentang kehidupan bebas plastik hinggalah kepada meditasi berpandu yang ditetapkan dengan bunyi pulau semula jadi diikuti dengan lawatan ke ladang di lokasi yang membekalkan bahan-bahan sumber tempatan pulau tersebut. Para tetamu juga akan dapat bersantai secara harmoni dengan alam semula jadi melalui reka bentuk yang mesra alam dan program kulinari yang diilhamkan oleh persekitaran organik di lokasi. Pulau tersebut mempunyai bahagian hadapan pantai yang menenangkan, kawasan botani yang subur dan perairan biru kristal untuk pengunjung menikmatinya dan jatuh cinta dengan alam semula jadi.

Bilangan tetamu akan dihadkan dengan ketat sebagai sebahagian daripada usaha Corona untuk memastikan pulau tersebut beroperasi dengan jejak persekitaran yang minimum. Akses ke Pulau Corona akan disediakan dengan cara berikut:

  • Penduduk negara-negara berikut* berpeluang untuk memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya ke Pulau Corona pada tahun 2022. Setiap negara akan mempunyai mekanisme sertai-untuk-menangnya sendiri sama ada dengan memperoleh batuan perjalanan melalui pembelian produk, mengumpul setem atau mencari tiket emas.
  • This Giving Tuesday, sebuah lelongan global yang dihoskan oleh CharityBuzz akan menawarkan seorang pemenang dan sembilan orang tetamu dengan satu pengalaman pulau peribadi yang eksklusif. Hadiah Utamanya termasuk penginapan yang ditanggung sepenuhnya selama seminggu di Pulau Corona pada tahun 2022. Hasil lelongan akan memberi manfaat kepada Oceanic Global dan akan dibuka kepada penduduk bukan dari A.S. sahaja.

Selain mengesahkan pencapaian kemampanan Pulau Corona, Oceanic Global juga akan memberikan nasihat yang berharga dalam mewujudkan aktiviti pendidikan yang menarik perhatian terhadap pencemaran plastik, perlindungan ekosistem dan pemuliharaan lautan secara keseluruhan. Pasukan hospitaliti pulau tersebut dan para tetamu juga akan menjalani latihan Oceanic Global tentang kemampanan dan amalan terbaik operasi mengikut kriteria yang digariskan dalam Blue Standard. 

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Corona Global dalam meningkatkan komitmen jenama yang berterusan terhadap kemampanan melalui usahanya dengan Pulau Corona," kata Lea d'Auriol, Pengasas Oceanic Global. "Dengan melaksanakan Blue Standard ini, Pulau Corona menunjukkan potensi perniagaan untuk mewujudkan impak yang ketara dan beroperasi secara seimbang dengan dunia semula jadi. Kami teruja untuk mengesahkan dan meraikan pencapaian kelestarian Corona di Pulau Corona serta melatih para tetamu dan kakitangan tentang amalan dan tingkah laku bertanggungjawab yang mereka boleh bawa bersama-sama selepas penginapan mereka."

Pulau Corona merupakan kesinambungan komitmen berterusan Corona terhadap kelestarian dan pemuliharaan lautan. Corona mempunyai sejarah terkenal dalam membantu melindungi syurga dunia, bekerjasama dengan lebih 68,000 orang sukarelawan untuk menyelesaikan lebih 1,400 projek pembersihan, membersihkan lebih 44 juta meter persegi pantai dalam proses tersebut. Mereka telah menjangkaui komitmen tahun 2017 mereka untuk melindungi 100 buah pulau menjelang tahun 2020 dan telah melindungi hampir 250 buah pulau setakat ini. Pada awal tahun ini, jenama tersebut telah mencapai satu pencapaian yang signifikan dengan memulihkan lebih banyak plastik daripada yang dikeluarkan: jejak plastik sifar karbon di seluruh dunia. Pada tahun 2021, Corona mengumumkan satu projek perintis di Colombia bagi bir enam pek yang menampilkan lebihan jerami barli sebagai alternatif kepada pembungkusan plastik dan terus memberi tumpuan kepada reka bentuk produk untuk mengurangkan plastik daripada rantaian bekalan mereka.

*Negara-negara yang layak termasuk: Argentina, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Republik Dominika, Ecuador, Guatemala, Paraguay, Peru dan Afrika Selatan. 

Tentang Corona 
Diasaskan di Mexico, Corona merupakan jenama bir terkemuka di negara ini iaitu bir Mexico yang paling popular di seluruh dunia dan dieksport ke lebih 180 buah negara. Corona merupakan perintis dalam industri bir sebagai syarikat pertama yang menggunakan botol lut sinar, memaparkan ketulenan dan kualitinya yang tinggi ke seluruh dunia. Karya seni yang terdapat pada botol ini dicat untuk menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti pembungkusan serta warisan Mexico kami. Corona tidak lengkap tanpa adanya limau. Menambahkan ciri semula jadi, perisa dan kesegaran, limau merupakan ritual yang penting dalam menyampaikan pengalaman yang benar-benar unik bagi Corona. Jenama ini bersinonim dengan pantai dan menghargai detik-detik berada di luar rumah. Ia mengalu-alukan orang ramai untuk berhenti sejenak, berehat dan menikmati keseronokan hidup yang sederhana. Corona mempunyai komitmen yang berterusan terhadap mengurangkan penggunaan plastik. Ia telah menjangkau misinya untuk melindungi 100 buah pulau sebelum tahun 2020 dan terus melaksanakan usaha pembersihan global yang konsisten.

Tentang Oceanic Global 
Ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Lea d'Auriol, Oceanic Global (OG) memberikan kita inspirasi untuk mengambil berat secara mendalam terhadap lautan dan menyediakan penyelesaian untuk melindunginya. Organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa ini memberi penerangan tentang hubungan penting kemanusiaan terhadap lautan dan memperkasakan individu, komuniti dan industri untuk mewujudkan perubahan yang positif. Oceanic Global mencipta pengalaman pendidikan, berunding tentang operasi yang mampan dan melibatkan komuniti tempatan untuk menjana impak yang boleh diukur untuk kesejahteraan kolektif kita. Pada 2020, Oceanic Global melancarkan Blue Standard (Blue), satu piawaian silang industri pertama seumpamanya yang mewujudkan akauntabiliti sejagat untuk kepimpinan perniagaan yang mampan serta memperkasakan industri dan perniagaan dalam semua jenis saiz untuk mencapai impak yang boleh diukur yang melindungi planet kita yang indah. Oceanic Global berpangkalan di Brooklyn, New York dengan pangkalan hab dan sukarelawan antarabangsa di New York, London, Los Angeles, Barcelona, Tulum dan Hong Kong. Mencerminkan jangkauan globalnya, organisasi tersebut juga telah menjadi rakan kongsi bukan berasaskan keuntungan dan pengeluar rasmi kepada Hari Lautan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 2019. #CareDeeply | www.oceanic.global

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1696223/Corona_Island.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1696221/Corona_Island_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Corona
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Travel New products/services