omniture

Sidang Kemuncak Mineral Masa Depan Arab Saudi kali pertama bakal mendedahkan kepada dunia tentang potensi pelaburan perlombongan di seluruh negara Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika

The Future Minerals Summit
2021-12-02 00:52 47
  • Praacara Sidang Meja Bulat Menteri-menteri akan menghimpunkan para pemimpin dari 25 buah negara untuk membentuk era baharu perlombongan di wilayah yang dinamik ini 
  • Menteri dan penceramah dalam kalangan pakar perlombongan terkemuka di dunia daripada sektor awam, industri swasta, para pelabur dan organisasi multilateral telah mengesahkan kehadiran 

RIYADH, Kerajaan Arab Saudi, 1 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral hari ini mengeluarkan butiran lanjut tentang Sidang Kemuncak Mineral Masa Depan (FMS) yang dijadualkan berlangsung pada 11-13 Januari 2022 di Riyadh. Ini termasuk kemas kini tentang penceramah dan butiran persidangan Meja Bulat Menteri-menteri peringkat tinggi.

Beberapa orang Menteri dan lebih 50 orang penceramah bertaraf dunia telah mengesahkan diri untuk menghadiri Sidang Kemuncak ini, termasuk daripada sektor perlombongan, pelaburan, teknologi, pembuatan dan pemimpin pemikiran lestari, Mark Bristow, Presiden Barrick Gold; Robert Friedland, Pengasas dan Pengerusi Bersama Ivanhoe Mines; Eric Cantor, Pengarah Urusan Moelis & Company; Andrew Forrest, Pengerusi Fortescue Metals Group; Andrew Liveris, Pengerusi Lucid Motors; Roy Harvey, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Alcoa; Jeremy Weir, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trafigura; Marco Lambertini, Setiausaha Agung  WWF; Thomas Kaplan, Pengerusi Novagold; Jeffrey Dawes, Ketua Pegawai Eksekutif Komatsu Mining Corp; Rohitesh Dhawan, Ketua Pegawai Eksekutif International Council on Mining and Metals; dan Peter Leon, Rakan Kongsi di Herbert Smith Freehills yang juga merupakan salah seorang peguam perlombongan yang terkenal di dunia.

Tuan Yang Terutama Khalid Al-Mudaifer, Timbalan Menteri Hal Ehwal Perlombongan, berkata: "Penceramah berkaliber yang telah menyatakan komitmen untuk ke Sidang Kemuncak Mineral Masa Depan menunjukkan minat yang luar biasa terhadap rantau perlombongan baharu yang merangkumi Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika. Kawasan-kawasan ini akan memainkan peranan penting dalam memenuhi pertumbuhan permintaan terhadap mineral penting yang terus meningkat di seluruh dunia yang diperlukan dalam masyarakat rendah karbon. Sidang Kemuncak ini menawarkan 'kedai sehenti' yang membolehkan negara-negara belajar daripada pakar bertaraf dunia tentang cara membina industri yang lestari dan bagaimana para pelabur dan pelombong boleh mendapatkan pengetahuan yang mendalam tentang potensi geologi yang luar biasa di rantau ini."

Praacara Sidang Meja Bulat Menteri-menteri akan menetapkan agenda serantau yang hebat untuk sektor perlombongan 

Kerajaan Arab Saudi juga mengadakan acara Sidang Meja Bulat Menteri-menteri di Riyadh, sehari sebelum sesi Sidang Kemuncak ini, dengan matlamatnya untuk menentukan masa depan perlombongan di seluruh Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika. Wakil-wakil Menteri daripada 25 buah kerajaan akan bertemu untuk membincangkan persoalan utama dan menyorot peluang-peluang hebat di seluruh rantau ini.

"Hasrat kami adalah untuk membentuk masa depan perlombongan dan mencari penyelesaian bagi menangani cabaran industri seperti menjamin bekalan mineral yang penting pada masa hadapan," kata Tuan Yang Terutama Al-Mudaifer. "Dengan menyatukan kerajaan, sektor swasta, organisasi multilateral dan NGO, kami berhasrat untuk mewujudkan sektor perlombongan yang menjalankan operasi dengan cara yang betul, lestari dan saksama."

Penceramah terkenal di dunia akan berkongsi maklumat dan kepakaran mereka 

Selain berpuluh-puluh orang penceramah industri perlombongan yang telah mengesahkan kehadiran mereka, pemimpin organisasi multilateral seperti Bank Dunia, International Council on Mining and Metals (ICMM) dan World Gold Council akan turut berkongsi pengetahuan dan pandangan mereka dengan para hadirin dalam Sidang Kemuncak ini.

"Adalah penting bagi kami sebagai sebuah industri, bergabung dengan kerajaan dan pihak berkepentingan lain untuk membina asas pengeluaran mineral dan logam yang selamat, adil dan lestari yang diperlukan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari PBB. Penyelidikan kami menunjukkan dengan jelas bahawa dalam persekitaran yang tepat, sektor perlombongan boleh menjadi kuasa yang hebat untuk memacu pembangunan kebangsaan dan serantau dan saya mengalu-alukan acara yang penting ini pada saat-saat yang kritikal bagi industri dan rantau ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif ICMM, Rohitesh Dhawan.

Tema Sidang Kemuncak ini adalah selaras dengan agenda kelestarian global

Memandangkan berlakunya peningkatan permintaan terhadap teknologi seperti kenderaan elektrik, panel solar dan turbin angin, yang kesemuanya memerlukan sejumlah besar mineral, tema Sidang Kemuncak ini telah dicipta berdasarkan tema kelestarian.

  • Sumbangan Perlombongan kepada Masyarakat– Menyorot peranan penting mineral dan perlombongan dalam mendayakan masa depan karbon rendah
  • Perlombongan Baharu – Memberi tumpuan terhadap teknologi dan inovasi yang akan mewujudkan kaedah perlombongan baharu dan lebih lestari 
  • Peluang yang Luas – Menggariskan peluang pelaburan dan perkongsian di sepanjang rantaian nilai mineral dan logam daripada penerokaan hingga pembuatan

Untuk mengikuti perkembangan terkini atau mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.futuremineralssummit.com.

Melalui peranannya sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Perlombongan di Kementerian Industri dan Sumber Mineral, Tuan Yang Terutama Al-Mudaifer akan mewakili Arab Saudi di persidangan Perlombongan dan Kewangan yang akan datang di London (1-2 Disember 2021). Beliau akan menyampaikan sesi pleno dan akan mengambil bahagian dalam 'perbincangan tidak rasmi' serta berkongsi pemahaman yang diperoleh selama beberapa dekad dalam industri perlombongan tentang industri global ini dan akan memberikan maklumat tambahan tentang Sidang Kemuncak tersebut.

Source: The Future Minerals Summit
Keywords: Mining Mining/Metals