omniture

Suruhanjaya Diraja AlUla menandatangani empat perjanjian strategik sempena lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke KSA

The Royal Commission for AlUla (RCU)
2021-12-07 19:03 21

Arab Saudi bekerjasama dengan Perancis untuk membina Vila Hegra di AlUla

Sebuah kompleks budaya bagi menandakan ketibaan model 'vila Perancis' di Timur Tengah

Perjanjian dengan Ferrandi Paris, Dassault Systèmes dan RATP DeV Saudi Arabia untuk membangunkan AlUla menjadi sebuah bandar pintar global kepada para penduduk dan pelawat 

JEDDAH, Arab Saudi, 7 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) hari ini mengumumkan bahawa empat perjanjian strategik ditandatangani – termasuk salah satunya untuk Vila Hegra yang memperkenalkan model 'vila Perancis' ikonik di Timur Tengah.

Villa Hegra Signing by H.H. Prince Badr bin Farhan Al Saud, Governor of the Royal Commission for AlUla and H.E. Jean-Yves Le Drian, Minister for Europe and Foreign Affairs
Villa Hegra Signing by H.H. Prince Badr bin Farhan Al Saud, Governor of the Royal Commission for AlUla and H.E. Jean-Yves Le Drian, Minister for Europe and Foreign Affairs

 

Pemeteraian perjanjian ini sempena dengan lawatan rasmi Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Jeddah pada hari Sabtu lepas dan perjumpaan beliau dengan Duli Yang Teramat Mulia, Putera Mohammad bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Suruhanjaya Diraja Wilayah AlUla.

Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada program pembangunan bersepadu RCU untuk mengubah AlUla menjadi sebuah destinasi warisan alam semula jadi dan budaya global serta bandar pintu masuk yang menawarkan kualiti kehidupan yang luar biasa buat para penduduk dan pelawat.

Vila Hegra di AlUla akan menjadi sebuah tempat yang unik untuk para seniman, penulis dan pelukis berkumpul bagi mewakili kesinambungan legasi AlUla sebagai sebuah pusat pertukaran komersial dan budaya. Ia akan menghormati alam sekitar dan sejarah serta merangkumkan penduduk tempatan. Pada masa ini terdapat 11 lelaran "Vila" ini di seluruh dunia, dengan tujuh di Perancis dan empat di luar negara dari Mexico ke Rom, yang setiap satunya mempamerkan budaya Perancis dan global yang terbaik.

Vila Hegra seluas 15,100 meter persegi ini akan menempatkan sekumpulan entiti termasuk Kolej Pelancongan & Hospitaliti Antarabangsa AlUla yang eksklusif, sebuah apartmen-hotel gaya hidup seluas 6,600 meter persegi, pusat kebudayaan, kuarters kediaman seni dan kelab sosial.

Perjanjian Vila Hegra ini ditandatangani oleh YAM Putera Badr bin Farhan Al Saud, Gabenor Suruhanjaya Diraja AlUla dan TYT Jean-Yves Le Drian, Menteri Hal Ehwal Eropah dan Luar Negeri.

"Perhubungan antara Perancis dan Arab Saudi dibina berdasarkan pengiktirafan bersama tentang kepentingan pertukaran dan pembangunan budaya. Sejak menandatangani perjanjian pertama kami pada tahun 2018, kami telah bekerjasama untuk mewujudkan contoh baharu bagi diplomasi budaya – yang menitikberatkan perkongsian pengetahuan, kepakaran dan sumber dan membuka peluang baharu kepada komuniti tempatan. Kedatangan Vila Hegra di AlUla menambah satu lagi lapisan warisan AlUla sebagai tempat perhimpunan seluruh dunia," kata Amr AlMadani, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Diraja AlUla.

RCU turut menandatangani sebuah perjanjian eksklusif dengan Institut Seni Kulinari dan Hospitaliti Ferrandi Paris untuk bersama-sama mewujudkan Kolej Pelancongan & Hospitaliti Antarabangsa AlUla berjenama Ferrandi untuk mempercepat visi jangka panjang bagi menjadikan AlUla sebagai pusat perhotelan, pelancongan dan seni kulinari serantau.

Kerjasama eksklusif yang ditandatangani oleh Amr AlMadani, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Diraja AlUla dan Bruno de Monte, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrandi ini akan menyumbang kepada strategi AlUla untuk menjadi pusat latihan dan pengetahuan utama bagi pelancongan, hospitaliti dan seni kulinari di Kerajaan Arab Saudi. Melalui kerjasama dengan institusi bertaraf dunia, ia bermatlamat untuk menarik dan meningkatkan bakat tempatan dan antarabangsa menjadi para profesional industri bagi menerajui pertumbuhan sektor ini di AlUla.

Selain daripada Vila Hegra dan Institut Seni Kulinari Ferrandi Paris, RCU juga menandatangani perjanjian dengan Dassault Systèmes dan RATP DeV Saudi Arabia yang memberi tumpuan kepada penyampaian sebuah bandar yang sesuai untuk masa hadapan – menyediakan kualiti kehidupan yang luar biasa dengan memperkemas dan mendigitalkan proses serta menyampaikan operasi mobiliti dan pengangkutan awam kepada rakyat, penduduk dan pelancong.

RCU telah bekerjasama dengan Dassault Systèmes dalam penciptaan sebuah kembar digital – salinan digital AlUla yang akan berfungsi sebagai alat penting untuk perancangan, pembangunan, operasi perbandaran, komuniti serta rakyat pelabur dan pelabur. Perjanjian ini terhasil berdasarkan usaha RCU dalam membangunkan pangkalan data geospatial bersepadu.

Kerjasama dengan RATP DeV Saudi Arabia ini juga turut memanfaatkan operasi pengangkutan organisasi ini dalam pembangunan sistem pengangkutan awam bertaraf dunia di AlUla selama 120 tahun. Kerjasama ini akan menyaksikan RCU mengakses inovasi mobiliti dan amalan terbaik mobiliti terkini dalam operasi dan penyelesaian mobiliti termasuk kenderaan berautonomi, kenderaan elektrik dan kenderaan hibrid yang memenuhi keperluan penduduk tempatan dan juga pelancong.

"AlUla ialah sebuah makmal eksperimen untuk masa depan pelancongan. Melalui kerjasama dengan entiti terkemuka industri seperti Institut Seni Kulinari dan Hospitaliti Ferrandi Paris, Dassault Systèmes dan RATP DeV Saudi Arabia, kami dapat mengakses gedung pengetahuan, pengetahuan industri serta penyelidikan dan inovasi mereka yang luas untuk membangunkan sebuah destinasi yang bukan sahaja merupakan perlindungan kepada kebudayaan dan keseniaan serta penanda aras bagi pembangunan lestari tetapi merupakan sebuah enjin ekonomi untuk industri," tambah Amr AlMadani, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Diraja AlUla.

Perjanjian ini merupakan lanjutan daripada operasi bersama yang kukuh antara kedua-dua buah negara meliputi pelbagai sektor AlUla, susulan daripada perjanjian antara kerajaan yang telah ditandatangani pada 10 April 2018 bagi membangunkan aset budaya, pendidikan dan seni baharu di AlUla. Perjanjian ini telah membawa peranan Perancis yang kukuh di AlUla dalam bidang arkeologi hingga infrastruktur bandar raya pintar dan hospitaliti dengan arkitek Jean Nouvel merancang untuk membina sebuah pusat peranginan mewah yang akan diukir pada batu pasir AlUla, yang seterusnya menghidupkan semula kerja pemahatan batu tradisional oleh tukang batu Nabata purba kawasan itu.

Di samping lawatan Presiden Perancis ini, RCU turut mengambil bahagian dalam forum pelaburan Arab Saudi-Perancis di Jeddah bagi meneroka lebih banyak peluang untuk manfaat bersama.

Untuk melihat gambar acara menandatangani perjanjian, sila klik di sini.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi pasukan Perhubungan Awam RCU di publicrelations@rcu.gov.sa

Nota kepada editor:

Ia sentiasa dieja sebagai AlUla / bukan Al-Ula

Tentang Suruhanjaya Diraja AlUla 

Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) ditubuhkan oleh dekri diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, sebuah wilayah yang mempunyai alam semula jadi yang luar biasa dan budaya yang signifikan di barat laut Arab Saudi. Pelan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, lestari dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang mengekalkan warisan semula jadi dan bersejarah di kawasan ini serta menjadikan AlUla sebagai lokasi yang menarik untuk didiami, bekerja dan dilawati. Ini mencakupi pelbagai inisiatif yang merangkumi arkeologi, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan seni yang mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan dari program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1702745/Villa.jpg?p=medium600

 

 

Source: The Royal Commission for AlUla (RCU)
Keywords: Art Entertainment Travel Contracts New products/services