omniture

Seniman Baharu Timur Tengah Mereka Bentuk Karya Seni Asli Livery Kereta Lumba

BAT
2021-12-09 01:26 55

VUSE* DAN McLAREN RACING MENJADI YANG PERTAMA DI DUNIA MENJELANG GRAND PRIX ABU DHABI 2021

ABU DHABI, UAE, 8 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Seorang seniman baharu telah menghasilkan karyanya yang ditampilkan untuk tatapan dunia dengan dipaparkan pada salah sebuah kanvas bergerak yang paling pantas di bumi.

Middle Eastern artist, Rabab Tantawy, designs original artwork race car livery in partnership with Vuse and McLaren Racing
Middle Eastern artist, Rabab Tantawy, designs original artwork race car livery in partnership with Vuse and McLaren Racing

McLaren Racing hari ini telah menampilkan sebuah livery yang hanya dihasilkan sekali sahaja, menjelang GRAND PRIX FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI 2021, melalui kerjasama dengan rakan kongsinya yang telah lama terjalin iaitu Vuse, jenama rokok elektronik nombor satu di dunia** untuk memberikan kawalan kreatif livery tersebut kepada seniman wanita yang berpangkalan di UAE dan sedang meningkat naik. 

Reka bentuk livery McLaren Racing untuk perlumbaan Abu Dhabi 2021 ini menandakan sebagai kali pertama sebuah karya seni asli ditampilkan pada sebuah livery semasa Grand Prix™ dan meraikan kali pertamanya seorang seniman wanita dari Timur Tengah telah diberi peluang sedemikian. Seniman tersebut, Rabab Tantawy, telah menggunakan minat beliau dalam penyatuan, komuniti dan warisan untuk memberi inspirasi dan maklumat dalam karya seninya untuk livery tersebut dengan menggabungkan Siri Nubian*** beliau dengan gabungan warna betik dan biru ikonik milik McLaren Racing.

Didorong oleh minat beliau terhadap seni, Rabab mengajar dirinya dengan pelbagai teknik kesenian yang merangkumi daripada medium tradisional seperti lukisan minyak kepada pendekatan moden seperti cat semburan. Dengan menampilkan figura Nubian daripada Rabab, karya seni livery ini mewakili kebersamaan dan 'penyatuan dunia' – dua tema yang menjadi minat Rabab untuk meneroka dalam hasil karyanya di atas dan juga di luar kanvas.

Melalui kerjasama dengan bantuan pereka media automotif, Davide Virdis, hasil karya Rabab pada livery ini membentuk sebahagian daripada inisiatif Driven by Change yang diumumkan oleh Vuse baru-baru ini, yang menyaksikan bakat kreatif dari peringkat akar umbi diberi peluang yang tiada tandingan dalam sukan permotoran untuk mempamerkan hasil karya mereka.

Rabab Tantawy mengulas: "Saya tidak pernah membayangkan saya akan diberi peluang seperti ini. Berasal daripada sebuah keluarga peminat perlumbaan, ia merupakan salah satu perkara yang paling luar biasa yang berlaku dalam kerjaya saya apabila melihat salah sebuah karya seni asli saya berlumba di trek – dan pencapaian yang lebih menakjubkan ialah menjadi seniman wanita Timur Tengah yang pertama melakukannya." 

"Menyediakan peluang dan platform untuk para seniman baharu di Timur Tengah merupakan sesuatu yang saya minati. Dengan dinobatkan sebagai bakat kreatif pertama dalam inisiatif Driven by Change oleh Vuse ini, diharapkan ia menandakan contoh pertama kepada ramai lagi bakat kreatif yang sedang meningkat naik untuk terlibat dalam sukan permotoran dengan mempamerkan hasil karya, minat dan nilai-nilai mereka ke pentas dunia. Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada detik-detik ini untuk orang lain." 

Melalui inisiatif Driven by Change ini, akan menyaksikan Vuse menggunakan kerjasamanya dengan McLaren Racing dalam menyediakan peluang kepada bakat kreatif lain yang kurang diwakili bagi memperjuangkan hasil karya dan minat mereka di pelbagai platform. Para pencipta dari seluruh dunia ini akan ditawarkan peluang seperti yang diperolehi Rabab di Abu Dhabi yang membolehkan mereka membantu memacu perubahan dalam dunia sukan permotoran.

John Beasley, Ketua Pembangunan Jenama Kumpulan BAT mengulas: "Kami ingin benar-benar memberi tumpuan dalam menyediakan sokongan dan peluang kepada bakat ketika kami terus memperjuangkan kepelbagaian pekerja dan kemahiran dalam dunia kreatif. Rabab merupakan seorang bakat luar biasa yang bekerjasama untuk pelancaran program ini, dengan minat beliau terhadap kepelbagaian dan kebersamaan serta kemahiran seni yang akan mengubah trek di Abu Dhabi. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Rabab seterusnya sambil beliau membantu kami untuk terus mempengaruhi perubahan bukan sahaja dalam bidang sukan permotoran tetapi juga industri kreatif secara keseluruhan."

Inisiatif ini membentuk sebahagian daripada hasrat Vuse yang berterusan untuk meraikan bakat kreatif yang belum ditemui, melalui kerjasama dengan McLaren Racing bagi mengenal pasti peluang dalam merealisasikan hasil karya mereka, membantu memperkenalkan bakat kreatif dari pelbagai latar belakang kepada orang ramai. Karya seni Rabab akan ditampilkan pada perlumbaan akhir bagi tahun ini, GRAND PRIX FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI 2021 yang akan berlangsung pada hari Ahad, 12 Disember, yang akan menyaksikan Lando Norris dan Daniel Ricciardo berlumba dengan membawa karya seni Rabab di sekitar trek akhir musim ini yang terkenal itu.

Sebelum ini, Vuse telah bekerjasama dengan bakat kreatif dalam sukan permotoran, termasuk seniman St. Petersburg iaitu Ya La'ford yang melukis pada sebuah kereta IndyCar bagi Cabaran Rekaan Vuse di Firestone Grand Prix™ pada awal tahun ini.

Vuse turut bekerjasama dengan jenama pakaian kasual, Undefeated yang telah mereka bentuk livery khas bagi Chevrolet Arrow McLaren SP Vuse No.7 semasa Indianapolis 500 2021.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah Rabab, sila kunjungi saluran sosial Vuse dan Rabab. Maklumat lanjut tentang inisiatif Driven by Change dan cara bakat kreatif boleh turut terlibat akan dikongsi pada tahun 2022.

Nota kepada Editor:

Tentang BAT 

BAT ialah perniagaan barangan pengguna berbilang kategori terkemuka yang bermatlamat untuk membina A Better Tomorrow (Masa Depan yang Lebih Baik) dengan mengurangkan kesan kesihatan perniagaannya melalui tawaran produk yang lebih banyak pilihan, menyeronokkan dan kurang berisiko kepada pengguna dewasa. Syarikat ini kekal telus bahawa rokok mudah terbakar menimbulkan risiko kesihatan yang serius dan satu-satunya cara untuk mengelakkan risiko ini adalah dengan tidak mula merokok atau berhenti merokok. BAT menggalakkan mereka yang mahu terus merokok untuk beralih sepenuhnya kepada alternatif yang kurang berisiko dan dibuktikan secara saintifik*. Untuk menyampaikan perkara ini, BAT berubah menjadi perniagaan produk pengguna pelbagai kategori yang benar-benar berpusatkan pengguna. BAT mempunyai lebih 53,000 orang pekerja dan beroperasi di lebih 180 buah negara dengan 11 juta pusat jualan dan 45 buah kilang di 43 buah pasaran. Portfolio Strategik syarikat itu terdiri daripada jenama rokok globalnya dan pelbagai produk tembakau dan nikotin Kategori Baharu yang kurang berisiko* serta produk tembakau tidak mudah terbakar tradisional. Ini termasuk wap, produk pemanasan tembakau, produk oral moden termasuk kantung nikotin bebas tembakau serta produk oral tradisional seperti 'snus' dan sedutan lembap. Pada tahun 2020, kami mempunyai seramai 13.5 juta pengguna bagi produk tidak mudah terbakar kami, iaitu peningkatan sebanyak 3 juta orang berbanding pada tahun sebelumnya. Kumpulan BAT menjana pendapatan sebanyak £25.8 bilion pada tahun 2020 dengan keuntungan operasi sebanyak £9.9 bilion.

*Berdasarkan kepada beratnya bukti dan dengan mengandaikan peralihan sepenuhnya daripada menghisap rokok. Produk-produk ini adalah tidak bebas risiko dan menyebabkan ketagihan.

** Berdasarkan saham nilai anggaran Vype/Vuse daripada RRP dalam runcit terukur untuk wap (iaitu jumlah nilai kategori wap dalam jualan runcit) di AS, Kanada, Perancis, UK, Jerman. 5 pasaran ini meliputi anggaran 77% daripada sistem tertutup wap global NTO yang dikira pada bulan Jun hingga Julai 2021.

Tentang McLaren Racing 

McLaren Racing diasaskan oleh pemandu kereta lumba New Zealand, Bruce McLaren pada tahun 1963. Pasukan itu memasuki perlumbaan Formula 1 pertamanya pada tahun 1966, dan sejak itu McLaren telah memenangi 20 kejuaraan dunia Formula 1, lebih daripada 180 Grand Prix Formula 1, Le Mans 24 Hours pada percubaan pertama dan Indianapolis 500 sebanyak tiga kali. McLaren Racing kini bersaing dalam perlumbaan Formula 1 di seluruh dunia dan INDYCAR di AS. Z

Pasukan tersebut bertanding dalam Kejuaraan Dunia Formula 1 FIA 2021 bersama Lando Norris dan Daniel Ricciardo serta dalam Siri INDYCAR 2021 bersama pemandu Arrow McLaren SP, Pato O'Ward dan Felix Rosenqvist. McLaren merupakan pasukan F1 pertama yang diperakui neutral karbon sejak sepuluh tahun yang lalu dan telah berjaya mengekalkan Anugerah Carbon Trust Standard dengan yang terbaharu pada bulan Februari 2021. Mereka juga merupakan pasukan pertama yang dikurniakan Anugerah Alam Sekitar FIA Institute pada tahun 2013, yang mereka kekalkan secara konsisten pada tahap tiga bintang.

Pada tahun 2022, McLaren Racing akan menyertai satu kategori baharu bagi sukan permotoran apabila ia memasukkan sebuah pasukan ke dalam Extreme E, siri perlumbaan kenderaan elektrik sepenuhnya di luar jalan raya yang inovatif yang menekankan kesan perubahan iklim.

Tentang Rabab Tantawy 

*** Dalam siri ini, Rabab Tantawy meneroka keperluan sifat semula jadi manusia untuk berhubung dengan warisan dan komuniti dengan menjadikan budaya Nubia sebagai teras.

Dilahirkan pada tahun 1971 di Kaherah, Rabab Tantawy membesar dengan melihat ibunya melukis dan mencipta. Walaupun beliau tidak mengejar minatnya dalam kerjaya seni sejak dari awal, Rabab sentiasa meminati seni dan mengajar dirinya pelbagai teknik yang merangkumi daripada medium yang sangat tradisional seperti cat minyak kepada seni moden seperti cat semburan.

Apabila Tantawy membuat keputusan untuk mendedikasikan dirinya kepada seni, beliau menyertai beberapa pameran di samping turut melakukan seni jalanan secara aktif.

Seniman ini yang berkarya dengan pelbagai medium, mewujudkan pendekatan yang menyeronokkan bagi konsep yang sepatutnya serius, yang menjadi asas hasil karya beliau. Fokus terbesar beliau adalah terhadap penyatuan, komuniti dan warisan.

Walaupun kita sering melihat pendekatan para seniman terhadap subjek-subjek ini dari sudut pandangan politik, Rabab berusaha untuk merapatkan jurang ini dan menyampaikan subjek-subjek ini melalui lensa kesejagatan.

Rabab merupakan seorang seniman yang intuitif. Beliau tidak berkarya dengan lakaran awal; tetapi beliau menggunakan kanvas sebagai sokongan untuk muat turun secara langsung. Tiada sebarang jangkaan boleh dibuat terhadap produk akhirnya. Dengan kata lain, produk tersebut merupakan proses penciptaannya sendiri.

Garisan dan warna adalah tonggak hasil karya Tantawy. Sama ada berbentuk abstrak atau figuratif, karya seniman ini bermula dari garisan. Garisan ini berfungsi sebagai rangka yang memaklumkan keseluruhan proses pembuatan karya seni tersebut. Sama ada ia merupakan garisan terus yang lembut atau garisan berbucu yang terang, langkah ini menetapkan rentak karyanya. Walaupun ramai seniman memilih untuk bekerja dengan pelet warna yang terhad, Tantawy bertukar daripada warna-warna tanah klasik kepada warna-warna neon yang terang dalam siri yang sama ini semudah beliau bertukar-tukar di antara medium lukisan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1702135/BAT_Rabab_Tantawy.jpg?p=medium600

Source: BAT
Related Stocks:
Bloomberg:BATS@LN Bloomberg:BMT@GR ISIN:GB0002875804 LSE:BATS NYSE:BTI RICS:BATS.L
Keywords: Art Auto Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Sporting Events Sports Tobacco Transportation Joint ventures MAT (Mature Audience)