omniture

Sidang Kemuncak BloombergNEF: 100% kebolehterimaan bank Trina Solar dan modul Vertex dibuktikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa antarabangsa

Trina Solar Co., Ltd
2021-12-10 14:05 179

SHANGHAI, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada 30 November 2021, Bloomberg New Energy Finance (BloombergNEF) mengadakan Sidang Kemuncak Shanghai BloombergNEF 2021. Pengerusi Trina Solar Gao Jifan membincangkan inovasi dalam teknologi tenaga dan laluan pembangunan untuk industri PV dengan organisasi antarabangsa dan pengeluar PV.

Di sidang kemuncak tersebut, BloombergNEF, makmal ujian PV bebas yang terkemuka di dunia PVEL, organisasi penilaian DNV dan Nextracker mendalami selanjutnya untuk meneliti alasan untuk 100% kebolehterimaan bank Trina Solar: prestasi unggul modul PV berkuasa tinggi yang inovatif telah diiktiraf sepenuhnya.

Gao mengambil maklum bahawa penjanaan kuasa PV, penyimpanan tenaga, voltan tinggi tambahan dan pendigitan dalam seluruh industri tenaga merupakan empat kunci bagi mencapai keneutralan karbon dan inovasi dalam teknologi fotovolta merupakan laluan yang penting. Sejak tahun 2020, Trina Solar telah menjadi peneraju dalam membangunkan modul kuasa ultra tinggi siri 210 yang inovatif; generasi produk PV baharu yang menggabungkan keandalan tinggi, penjanaan kuasa tinggi dan nilai tinggi. Setakat 30 Jun 2021, modul fotovolta Trina Solar yang dihantar ke seluruh dunia dapat menghasilkan 103.95 bilion kilowatt jam tenaga bersih sepanjang hayatnya, mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak sejumlah 103.64 juta tan, bersamaan dengan menanam 5.7 bilion batang pokok. Dengan nilai jenama yang cemerlang dan keandalan produk, Trina Solar mendapat 100% mata dalam tinjauan kebolehterimaan bank BloombergNEF selama enam tahun berturut-turut setakat ini.

Gao Jifan, Pengerusi Trina Solar
https://www.trinasolar.com/sites/default/files/2021120701.png

BloombergNEF, salah satu institusi penyelidikan pihak ketiga paling boleh dipercayai dalam pasaran tenaga baharu global, menjalankan tinjauan antara bank, dana, EPC dan loji kuasa di seluruh dunia pada setiap tahun mengenai kebolehterimaan bank jenama-jenama modul dan mengeluarkan laporan yang dilihat sebagai rujukan yang tidak ternilai untuk kredit perniagaan di banyak institusi kewangan. Pada tahun 2021, Trina Solar, salah satu daripada hanya tiga jenama modul, sekali lagi dianugerahkan sebagai 100 kebolehterimaan bank oleh semua responden soal selidik, menandakan bahawa modul Trina Solar lebih berkemungkinan dapat membantu pembangun memperoleh pembiayaan bank dan pasaran kewangan global serta industri solar yakin dengan keandalan dan nilai sistem modul berprestasi tinggi Trina Solar.


PVEL mengiktiraf prestasi unggul modul berkuasa tinggi Trina Solar

PV Evolution Labs (PVEL), makmal keandalan modul PV dan pengujian prestasi yang terkemuka di dunia, mempunyai Program Kelayakan Produk (PQP) yang dikhususkan untuk peniaian keandalan lanjutan modul PV. Di sidang kemuncak ini, Tristan Erion Lorico, ketua perniagaan modul PV PVEL berkata bahawa modul berkuasa ultra tinggi 210 menunjukkan keandalan yang cemerlang dalam PQP PVEL, mengakibatkan sifar retak mikro modul dwimuka dwikaca selepas ujian MSS dan TC, bertindak balas kepada persoalan yang paling mengambil berat mengenai modul format besar. PVEL menerbitkan laporan kad mata mengenai keandalan modul PV setiap tahun yang juga merupakan rujukan utama yang diterima pakai oleh laporan kebolehterimaan bank tahunan BloombergNEF.

Zhang Yingbin, ketua strategi dan pemasaran produk di Trina Solar, mengadakan pembentangan yang terperinci mengenai keandalan dan prestasi penjanaan kuasa modul siri 210. Dengan kerjasama bersama organisasi pihak ketiga, Trina Solar telah menjalankan ujian yang teliti secara bersiri termasuk ujian beban salji tidak seragam, ujian Beban mekanikal suhu rendah melampau, ujian hujan batu, ujian DML yang melampau dan ujian terowong angin yang melampau, lalu mencapai pengesahan menyeluruh bagi keandalan beban mekanikal cemerlang untuk modul Vertex 600W+.

Zhang Yingbin dalam Ekspo Tenaga Bersih China 2021
https://www.trinasolar.com/sites/default/files/2021120703.png

Nextracker telah menyiapkan siri ujian dengan Trina Solar, yang menunjukkan keserasian penuh dan keandalan tinggi. Nextracker mempunyai pelbagai produk penjejak yang serasi sepenuhnya dengan modul siri Vertex 210. Selain itu, modul-modul ini telah menjadi perintis industri berhubung penyeragaman saiz modul yang boleh memberi manfaat kepada rantaian industri hiliran.

Di samping itu, DNV berkongsi kelebihan modul berkuasa tinggi BOS dan LCOE Trina Solar. Pengiraan sebelum ini dilakukan oleh Fraunhofer ISE, institusi penyelidikan solar terbesar di Eropah dan Enertis, perkhidmatan solar bebas global di Amerika Latin dan secara global, kesemuanya menunjukkan bahawa modul siri 600W+ dapat mengatasi generasi baharu modul kuasa ultra tinggi dari segi nilai sistem.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Awards Trade show news