omniture

Xinhua Silk Road: Pertandingan Perancangan dan Reka Bentuk Jianhu Shaoxing bermula di Shaoxing, Zhejiang

Xinhua Silk Road
2021-12-13 09:38 265

BEIJING, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Daerah Keqiao Bandar Shaoxing di Wilayah Zhejiang, timur China dan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pusat Peranginan Pelancong Jianhu, Pertandingan Perancangan dan Reka Bentuk Jianhu Shaoxing dengan tag "Beyond YUE, Jianhu Revival" ("Melangkaui YUE, Kebangkitan Jianhu"), dilancarkan secara rasmi pada hari Rabu untuk menerima pendaftaran pesaing yang layak.

Foto udara menunjukkan Tasik Jianhu
Foto udara menunjukkan Tasik Jianhu

Menurut pengumuman dalam talian rasmi pertandingan ini, tarikh tutup pendaftaran ditetapkan jam 16:00 pada 18 Februari 2022.

Projek aktiviti ini terletak di tengah-tengah Daerah Keqiao, Bandar Shaoxing, merentas kedua-dua tebing Tasik Jianhu yang merupakan bahagian penting kawasan bandar Keqiao. Dikenali sebagai ibu tasik tamadun Cina purba Yue, Tasik Jianhu merupakan bahagian pembangunan utama Daerah Keqiao.

Pertandingan ini melibatkan dua bahagian, iaitu perancangan konseptual dan reka bentuk bandar. Bagi bahagian perancangan konseptual, iaitu Pusat Peranginan Pelancong Jianhu, menjadikan Tasik Jianhu sebagai terasnya, di dalam kawasan tapak berkeluasan kira-kira 35.4 kilometer persegi, pesaing harus mengemukakan konsep perancangan keseluruhan daripada peringkat makro dan tampil dengan rancangan pelaksanaan panduan ruang keseluruhan, penciptaan ruang terbuka awam, pembinaan sistem pengangkutan terpelbagai.

Bahagian reka bentuk bandar memerlukan pesaing untuk tampil pada kedudukan setiap kawasan dan melaksanakan reka bentuk bandar dan membentuk ruang budaya untuk setiap kawasan. Sementara itu, bagi memanifestasikan ciri-ciri Tasik Jianhu, digabungkan dengan keperluan susun atur ruang dan pembentukan landskap, pesaing harus memilih tapak untuk melaksanakan reka bentuk konsep "The Jianhu Eye" sebagai bangunan mercu tanda pintu masuk.

Bagi kelayakan pula, semua peserta yang mempunyai pengalaman reka bentuk yang berkaitan di seluruh dunia boleh mendaftar untuk menyertai pertandingan ini. Satu konsortium hendaklah terdiri daripada tidak lebih daripada 3 ahli dan setiap pihak konsortium tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini secara berasingan dengan namanya sendiri atau dengan membentuk konsortium dengan institusi reka bentuk yang lain. Jumlah himpunan bonus adalah sehingga 9.5 juta yuan sebelum cukai dengan 6 finalis termasuk 1 Hadiah Tempat Pertama, 1 Hadiah Tempat Kedua, 1 Hadiah Tempat Ketiga dan 3 Anugerah Finalis.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Construction/Building Publishing/Information Service