omniture

Kajian menunjukkan kapsul Lianhua Qingwen memberi kesan pencegahan terhadap mereka yang terdedah kepada COVID-19

Yiling Pharmaceutical
2021-12-13 09:59 114

SHIJIAZHUANG, China, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- "Kapsul Lianhua Qingwen memberi kesan pencegahan terhadap mereka yang terdedah kepada COVID-19", seperti yang didakwa oleh sebuah artikel yang bertajuk "Efficacy and Safety of Lianhuaqingwen Capsules for the Prevention of Coronavirus Disease 2019: A Prospective Open-Label Controlled Trial" ("Keberkesanan dan Keselamatan Kapsul Lianhuaqingwen untuk Pencegahan Penyakit Coronavirus 2019: Percubaan Terkawal Label-Terbuka Prospektif"), diterbitkan pada bulan November dalam jurnal Evidence-based Complementary and Alternative Medicine.

Menurut artikel tersebut, ini merupakan percubaan klinikal pertama yang menunjukkan keselamatan dan keberkesanan kapsul LH dalam subjek yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit COVID-19 yang disahkan. Secara keseluruhan, rawatan dengan kapsul LH selama 14 hari menghasilkan kadar ujian asid nukleik positif yang jauh lebih rendah daripada calitan hidung dan farinks semasa tempoh pemantauan perubatan kuarantin. Di samping itu, kapsul LH memiliki profil keselamatan yang menggalakkan untuk pencegahan COVID-19.

"Kami merangkumkan 1976 pesakit, termasuk 1101 dalam kumpulan rawatan dan 875 dalam kumpulan kawalan. Kadar ujian asid nukleik positif dalam kumpulan rawatan adalah jauh lebih rendah berbanding dalam kumpulan kawalan (0.27 % lwn. 1.14%)", menurut artikel tersebut.

Seperti yang didakwa oleh artikel tersebut, Lianhua Qingwen, TCM yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Yiling Pharmaceutical digunakan untuk rawatan influenza semasa wabak selesema H1N1. Dalam satu kajian ubat-ubatan profilaktik antara 20,553 kontak rapat dan orang ramai di sekeliling mereka di Langfang, Wilayah Hebei, China, kadar kejadian gejala dalam kumpulan LH ialah 1.2%, sementara peserta yang mengambil ubat-ubatan lain ialah 6.8% dan mereka yang tidak mengambil ubat-ubatan ialah 8.8%, menunjukkan bahawa LH memiliki kesan profilaktik yang baik. LH juga menunjukkan keberkesanan klinikal yang baik untuk rawatan COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh SARS-CoV-2. LH dimasukkan ke dalam Program Diagnosis dan Rawatan untuk COVID-19 (daripada edisi keempat hingga kelapan) yang dirumuskan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China yang diterbitkan dengan tujuan untuk mencegah dan merawat influenza virus.

Source: Yiling Pharmaceutical
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals