omniture

UnionPay International dan Platform Penghantaran Makanan EASI Bekerjasama Menjadikan Kehidupan Lebih Mudah untuk Warga Australia

UnionPay International
2021-12-13 10:09 165

SYDNEY, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- UnionPay International dan aplikasi penghantaran makanan popular di Australia, EASI, telah mengukuhkan kerjasama mereka dengan berganding bahu untuk menyumbang semula kepada pemegang kad UnionPay secara aktif, terus menjadikan kehidupan semudah yang mungkin untuk mereka yang bekerja dari rumah semasa sekatan pergerakan pandemik yang masih berterusan.

Pada 10 Disember 2021, UnionPay International akan melancarkan kad maya bersama EASI di Australia dan New Zealand, yang menyediakan pelbagai faedah promosi dalam talian dan di kedai yang ditawarkan oleh UnionPay. Kad boleh digunakan untuk laman web e-dagang serta kedai. Ia adalah lebih mudah untuk memohon kad di APP EASI, tanpa proses yang rumit dan maklumat peribadi yang sedikit. Apabila anda memohon untuk kad ini buat pertama kali, anda akan mendapat baucar bernilai AUD100 untuk promosi Pelanggan Baharu, juga menikmati lebih banyak faedah apabila anda membayar menggunakan kad ini.

Jian Jiangtao, pengurus besar Serantau UnionPay International Cawangan Pasifik Selatan, berkata, "Menjelang akhir tahun 2020, EASI mempunyai 90% bahagian pasaran penghantaran makanan dalam kalangan etnik Cina di pasaran Australia dengan lebih 1.5 juta pengguna bawa pulang dan 25,000 peniaga yang bekerjasama, meliputi penghantaran makanan, pasaraya dan bidang lain. Model perkhidmatan yang selamat, mudah, dan tanpa sentuh platform EASI ini amat sesuai untuk keperluan pemegang kad UnionPay terutamanya ketika UnionPay menyediakan rangkaian penuh alat pengeluaran kad daripada pemprosesan, pengurusan kad dan platform berasaskan SaaS untuk menyesuaikan pertumbuhan pesat untuk syarikat-syarikat Teknologi Kewangan seperti EASI. Dengan mengeluarkan kad bersama UnionPay, syarikat-syarikat seperti EASI akan dapat mengembangkan perniagaan mereka daripada dalam talian ke luar talian dengan memanfaatkan rangkaian penerimaan, sumber pemasaran dan kelebihan teknologi yang baik daripada UnionPay."

Penggunaan dalam talian telah membangun dengan pesat dan menurut laporan terbaru oleh Australia Post, kira-kira 9.1 juta penduduk Australia mempunyai pengalaman membeli belah dalam talian dalam tahun kewangan 2020/21, meningkat sebanyak 5.4% berbanding tahun sebelumnya. Dengan sekatan pergerakan di Sydney baru-baru ini yang mendorong 36% peningkatan dalam urus niaga dalam talian dalam hanya 20 hari, yang paling patut diberikan perhatian ialah makanan dan keperluan harian lebih daripada dua kali ganda berbanding dengan tahun fiskal sebelumnya, UnionPay dan EASI komited untuk bekerjasama memberi perkhidmatan kepada pemegang kad UnionPay, membawakan lebih banyak pilihan dan kemudahan tambahan kepada kehidupan seharian mereka.

Latar Belakang UnionPay International 

UnionPay International (UPI) memberi tumpuan kepada pertumbhan dan menyokong perniagaan global UnionPay. Melalui jalinan kerjasama dengan lebih 2400 institusi di seluruh dunia, UnionPay International telah mengaktifkan penerimaan kad di 180 negara dan wilayah dengan pengeluaran di 70 negara dan wilayah, meliputi lebih 61 juta peniaga. UnionPay International memberikan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan yang berkualiti tinggi, berkesan kos dan terjamin kepada kumpulan pemegang kad terbesar di dunia dan memastikan perkhidmatan setempat yang mudah untuk pemegang kad UnionPay global dan peniaga yang semakin bertambah.

Pautan Berkaitan: 

UnionPay Australia  

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce