omniture

107 PENDAYUNG DARI SELURUH DUNIA MEMULAKAN CABARAN ATLANTIK TALISKER WHISKY 2021

Talisker Whisky
2021-12-15 19:54 14

SAN SEBASTIÁN DE LA GOMERA, Sepanyol, 15 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Semalam, seramai 107 orang pendayung dari seluruh dunia memulakan pelayaran merentasi lautan bagi memulakan Cabaran Atlantik Talisker Whisky – sebuah perlumbaan mendayung sejauh 3,000 batu merentasi Lautan Atlantik yang luar biasa.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: 
https://www.multivu.com/players/uk/8996351-107-rowers-around-the-world-talisker-whisky-atlantic-challenge-2021/

Pelayaran yang mendebarkan dan cabaran seumur hidup ini menyaksikan para pesaing bermula dari pelabuhan di Sepanyol iaitu San Sebastian di La Gomera, Kepulauan Canary yang memakan masa antara 29 hingga 60 hari di lautan secara purata, dengan penamat di Limbungan Nelson di Antigua-Barbuda bermula pada bulan Januari dan seterusnya. Anak-anak kapal ini akan terdedah kepada semua unsur alam semula jadi – berhadapan dengan pelbagai keadaan cuaca, ombak setinggi 40 kaki dan pengalaman melihat hidupan liar yang jarang ditemui.  

36 buah pasukan antarabangsa – termasuk pasukan dengan anak kapal yang terdiri daripada lima individu, semua wanita dan solo – dari negara-negara seperti Belanda, Amerika Syarikat dan Great Britain yang mengambil bahagian dalam perlumbaan ini setelah membuat persediaan selama bertahun-tahun.

Pada tahun ini, tiga pasukan daripada armada – Anna Victorious (GB), Migaloo (NL) dan Foar From Home (AS) – mendayung untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana bagi membantu menyokong ikrar Talisker untuk perlindungan dan pemeliharaan hutan laut dengan organisasi alam sekitar iaitu Parley for the Oceans.

Pasukan-pasukan ini akan mendayung untuk One For The Sea, sebuah inisiatif yang dilancarkan oleh jenama wiski Scotch iaitu Talisker bagi membantu menyokong perlindungan dan pemeliharaan hutan laut seluas 100 juta meter persegi menjelang tahun 2023, bersama-sama Parley. One For The Sea bermatlamat untuk memperkasakan orang ramai di seluruh dunia supaya berhubung semula dengan keindahan dan kerapuhan laut serta mengiktiraf tanggungjawab kolektif kami dalam mengambil tindakan.

Anna Victorious ialah sekumpulan empat orang rakan dari UK yang memilih untuk berdayung One For The Sea sebagai memperingati mendiang isteri salah seorang anak kapal serta meneruskan minat beliau terhadap laut dan keazamannya untuk melindungi laut bagi generasi akan datang. Turut menyertai mereka ialah Migaloo – sebuah pasukan dengan dua orang anak kapal dari Belanda – yang mendayung One For The Sea bagi menyokong usaha berterusan mereka dalam menangani pemuliharaan lautan. Pasukan duta ketiga, Foar From Home, merupakan empat orang veteran dari Amerika Syarikat yang memilih untuk berdayung One For The Sea kerana kepercayaan asas mereka terhadap kuasa lautan dan manfaatnya yang mengatasi keindahan visual.

Bagaimanakah anda boleh menyertainya?

  • Sumbangan boleh dibuat dengan mengunjungi oneforthesea.com/donate. Setiap derma akan menyokong usaha impak langsung oleh Parley untuk membantu melindungi dan memelihara hutan laut.

Anda boleh menyokong pasukan-pasukan ini dengan mengikuti saluran sosial mereka:

  • Anna Victorious (GB): IG @doitforanna | TW: @AnnaVictorious2 | FB: @doitforanna
  • Migaloo (NL): IG: @team_migaloo | FB: @TeamMigaloo2021
  • Foar From Home (USA): IG: @foar_from_home | TW: @FFH2021 | FB: @foarfromhome

Ikuti: @atlanticcampaigns untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perlumbaan sepenuhnya

Pasukan duta One For The Sea ini menyertai 33 orang anak kapal lain mendayung dalam Cabaran Atlantik Talisker Whisky pada tahun ini.

Rob Murray dari Anna Victorious, berkata:

"Kami teruja untuk memulakan pelayaran kami merentasi Lautan Atlantik bagi membantu meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk pemeliharaan lautan bagi One For The Sea. Sebagai sebuah pasukan, kami mempunyai minat yang mendalam terhadap lautan. Pelayaran kami merentasi lautan ini adalah sempena memperingati mendiang isteri anak kapal, Ed iaitu Anna yang memperjuangkan pemeliharaan lautan. Kami berharap dapat meneruskan semangat beliau terhadap lautan melalui usaha kami dengan Talisker dan Parley for the Oceans sepanjang pelayaran kami dan untuk tahun-tahun yang akan datang." 

Aidan Scherpbier dari Migaloo, berkata:

"Kami telah berkempen secara aktif bagi perlindungan dan pemeliharaan lautan selama beberapa tahun. Kami teruja untuk meneruskan usaha tersebut untuk One For The Sea sebagai sebahagian daripada pelayaran Cabaran Atlantik Talisker Whisky kami – kami percaya bahawa pendidikan dan mewujudkan kesedaran merupakan asas dalam membantu menangani pemuliharaan lautan."

Paul Lore dari Foar From Home, berkata:

"Kami yang tinggal di pantai timur di Amerika Syarikat, memahami secara peribadi kepentingan untuk melindungi lautan dunia kita. Kami berharap pelayaran kami merentasi Lautan Atlantik untuk One For The Sea akan menginspirasikan kesedaran dan tindakan di seluruh dunia serta di tempat asal kami di Pulau Amelia. Kami percaya dengan kuasa lautan yang luar biasa dan manfaatnya yang meluas – kami tidak sabar untuk mengalami hubungan yang erat dengan lautan dan hidupan liarnya serta menyalurkan pengalaman tersebut ke dalam peranan kami sebagai duta One For The Sea." 

Setakat ini, kerjasama Talisker dan Parley ini telah membantu memulihara ekosistem marin seluas 40 juta meter persegi. Hutan laut kelpa meliputi lebih 25% daripada pinggiran pantai di dunia dan ditemui di pinggir setiap benua kecuali Antartika. Hutan ini memainkan peranan penting dalam kesihatan lautan dengan mengasingkan karbon dioksida, mengawal pH, melindungi mikroorganisma dan menyediakan habitat serta makanan untuk kehidupan marin dan spesies baji batu. 

Kilang penyulingan pertama di Isle of Skye di Scotland iaitu Talisker Whisky telah dibina di pinggir laut. Selama hampir 200 tahun, semangat dan tenaga lautan yang luas yang mengelilingi kilang penyulingan ini telah mewujudkan dan membentuk nota maritim dan rasa masin laut yang istimewa yang boleh anda rasakan dalam wiski buatannya pada hari ini.  Melalui kerjasama mereka, Talisker Whisky dan Parley for the Oceans bersatu dalam minat yang dikongsi terhadap lautan dan komitmen bersama untuk menyokong pemeliharaan lautan bagi generasi akan datang.

Talisker Whisky telah menaja Cabaran Atlantik selama lapan tahun dan berkongsi minat yang sama terhadap pengembaraan dan lautan di dunia. Talisker memiliki sejarah yang kaya dengan lautan – pada tahun 1830, Talisker Whisky ditubuhkan oleh MacAskill bersaudara yang mendayung dari Eigg ke Isle of Skye untuk mencari tempat yang sempurna bagi kilang penyulingan mereka di Scotland. Sama seperti Kilang Penyulingan Talisker, dayungan ini mewakili maksud buatan di pinggir laut.

Lieke Hompes, Ketua Pemasaran Global Talisker berkata:

"Disebabkan wiski yang diperbuat di pantai Isle of Skye di Scotland, kami mempunyai hubungan peribadi dengan kuasa dan keindahan lautan. Kempen One For The Sea kami bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia bagi merasakan hubungan yang luar biasa dengan lautan dan mendorong mereka mengambil tindakan bagi membantu melindungi dan memeliharanya untuk generasi akan datang. 

Kami teruja dapat bekerjasama dengan pasukan One For The Sea kami pada tahun ini bagi membantu mereka mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran tentang pemeliharaan lautan sebagai sebahagian daripada pelayaran mereka dan kami mendoakan mereka serta keseluruhan armada untuk memperoleh pengalaman pelayaran yang tidak dapat dilupakan seumur hidup!" 

Carsten Heron Olsen, Ketua Pegawai Eksekutif Atlantic Campaigns berkata:

"Kami sangat teruja untuk melihat armada kami dengan Pendayung Cabaran Atlantik Talisker Whisky 2021 memulakan pelayaran dari pantai San Sebastien, La Gomera. Para pendayung dari seluruh dunia ini sedang memulakan sebuah pelayaran luar biasa yang bermula beberapa bulan dan beberapa tahun lalu ketika mereka memulakan kempen pengumpulan dana mereka. Pasukan-pasukan ini telah berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk mengumpul dana bagi beberapa tujuan yang luar biasa dan permulaan perlumbaan menandakan kemuncak semua kerja keras tersebut ketika mereka memulakan pelayaran merentasi Lautan Atlantik. Pelayaran ini menawarkan peluang unik yang jarang dialami oleh orang lain. Kami berharap dapat mengalu-alukan kedatangan mereka dengan selamat ke pantai Antigua dalam masa beberapa minggu dan beberapa bulan lagi." 

Untuk maklumat lanjut, sila layari oneforthesea.com

NOTA KEPADA EDITOR 

Untuk maklumat AKHBAR lanjut tentang Talisker, sila hubungi:

Victoria.monk@csm.com

Untuk maklumat lanjut tentang Atlantic Campaigns dan Cabaran Atlantik Talisker Whisky, sila hubungi: media@atlanticcampaigns.com

Untuk maklumat AKHBAR lanjut tentang Parley, sila hubungi:

Sara Jaurequi di Parley: sara@parley.tv

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Talisker, Parley dan Atlantic Campaigns serta senarai armada Cabaran Atlantik Talisker Whisky 2021 yang lengkap, sila ikuti pautan INI.   

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1708413/Talisker_Whisky.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1708417/Talisker_One_for_the_Sea_Logo.jpg?p=medium600

Foar From Home_Paul Lore, Cameron Hansen, Alan Huppman, William Cimino
Foar From Home_Paul Lore, Cameron Hansen, Alan Huppman, William Cimino

 

 

Source: Talisker Whisky
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Maritime/Shipbuilding Sporting Events Sports Transportation Travel Broadcast feed announcements