omniture

Fahami Budaya Hehe dan Komuniti yang Berkongsi Masa Depan Manusia di Taizhou

Hehe Cultural
2021-12-15 23:39 70

TAIZHOU, China, 15 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada 9 Disember, "Forum Global Budaya Hehe 2021" yang bertemakan "Budaya Hehe dan Komuniti yang Berkongsi Masa Depan Manusia" diadakan di daerah Tiantai, bandar Taizhou, provinsi Zhejiang. Forum yang bertemakan "Budaya Hehe dan Komuniti yang Berkongsi Masa Depan Manusia" ini mempunyai tiga sub topik, iaitu "Menegaskan keharmonian dan kemakmuran bersama, mencapai pembangunan yang bersifat inklusif", "Menegaskan semangat saling membantu, membentuk kerjasama dan mencapai situasi menang-menang" dan "Menegaskan kewujudan bersama yang harmoni, membina tamadun ekologi". "Budaya Hehe" yang mempunyai daya tarikan berterusan akan membawa manfaat kepada penambahbaikan pemerintahan global dan penyelesaian cabaran bersama yang dihadapi oleh umat manusia.

The 2021 Hehe Culture Global Forum (HCGF) was held in Taizhou, Zhejiang.
The 2021 Hehe Culture Global Forum (HCGF) was held in Taizhou, Zhejiang.

Dalam majlis perasmian, Bernard Hamilton, Konsul Jeneral Republik Malta di Shanghai menunjukkan bahawa dalam era pasca pandemik, menggalakkan pemulihan yang mampan dan adil di dunia ialah matlamat bersama kami. Dalam hal ini, keharmonian dan kerjasama merupakan kuncinya. Dengan berdasarkan situasi yang sentiasa berubah pada hari ini, kami perlu membina rangka kerjasama yang baharu, di samping mewujudkan mekanisme kerjasama yang sesuai dalam bidang-bidang yang  diberikan keutamaan, antaranya ekonomi, alam sekitar, keselamatan, teknologi dan sebagainya.

Li Yueqi, Setiausaha Agung Jawatankuasa Perbandaran Taizhou Parti Komunis China mengatakan bahawa Budaya Hehe merupakan gen terunggul tamadun China yang merangkumi pandangan semula jadi tentang keharmonian antara alam semula jadi dan manusia, nilai-nilai seperti mencari titik persamaan sambil menyimpan perbezaan, serta pandangan pembangunan yang menegaskan keharmonian dan kemakmuran bersama. Dengan menghadapi perjalanan baharu demi mencapai pembangunan pemodenan dan mewujudkan kemakmuran bersama, kami akan lebih bergiat untuk mengembangkan dan menyebarkan Budaya Hehe, membawa Budaya Hehe ke luar negara dan mempromosikannya di pentas dunia. Dengan berbuat demikian, Budaya Hehe akan memberi kekuatan dalam menghapuskan perselisihan antara pelbagai tamadun dan membina sebuah dunia yang harmoni.

Dalam forum utama, Kim Won-soo, mantan Timbalan Setiausaha Agung PBB menegaskan bahawa Budaya Hehe bukan sahaja mempunyai kepentingan budaya yang positif dalam menggalakkan pembinaan masyarakat harmoni, tetapi juga berperanan penting dalam menggalakkan pertukaran dan komunikasi antara pelbagai negara, kaum, agama dan tamadun. Selain itu, Budaya Hehe juga mempunyai nilai teori dan kepentingan praktikal yang mustahak dalam mendorong perkembangan harmoni di seluruh dunia. Wu Weishan, Pengarah Muzium Seni Negara China berpendapat bahawa pandangan hidup tentang keharmonian antara alam semula jadi dan manusia adalah bertujuan untuk mencapai kewujudan harmoni antara manusia dan alam semula jadi, pandangan antarabangsa tentang kewujudan harmoni antara pelbagai negara adalah bermatlamat untuk menggalakkan pembinaan komuniti yang berkongsi masa depan manusia, pandangan masyarakat yang mewujudkan keharmonian sambil menyimpan perbezaan pula adalah memberikan keutamaan kepada hubungan yang harmoni dan mesra sesama manusia.

Dalam sesi penyampaian ucapan yang seterusnya, para pakar dan cendekiawan sama ada di dalam atau di luar negara telah memberikan pandangan mereka mengenai cara untuk memanfaatkan kebijaksanaan Budaya Hehe dalam membina komuniti yang berkongsi masa depan manusia. Dalam sub forum pula, tetamu dari China dan luar negara mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan mengenai tiga sub tajuk yang telah ditetapkan, iaitu "Menegaskan keharmonian dan kemakmuran bersama, mencapai pembangunan yang bersifat inklusif", "Menegaskan semangat saling membantu, membentuk kerjasama dan mencapai situasi menang-menang" dan "Menegaskan kewujudan bersama yang harmoni, membina tamadun ekologi".

"Forum Global Budaya Hehe" merupakan persidangan antarabangsa yang dianjurkan dalam bentuk forum. Matlamat forum ini adalah dengan memperkenalkan, memahami dan mengaplikasikan Budaya Hehe tradisional, mempromosikan cadangan membina komuniti yang berkongsi masa depan manusia sehingga ia menjadi kesepakatan umum kepada masyarakat antarabangsa dalam menghadapi dan menangani cabaran global.

Signing ceremony of the Framework Agreement on HCGF.
Signing ceremony of the Framework Agreement on HCGF.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1708537/Hehe_Cultural_Logo.jpg?p=medium600  
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1710498/Hehe_Cultural_1.jpg?p=medium600  
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1710499/Hehe_Cultural_2.jpg?p=medium600

Orang Hubungan:Zhou Biye
No. Telefon:0086576—88510329
Amalat E-mel:tzswwxb001@163.com

Source: Hehe Cultural
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel