omniture

Elitecore Memperkenalkan "Kerangka Pengewangan Wi-Fi" untuk Pengendali Telekomunikasi

Elitecore Technologies
2013-09-13 13:11 168

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 13 September 2013 /PRNewswire/ --

Perkhidmatan Berpusat di Lokasi dan Analisis Pelanggan untuk merangsang pemerolehan Pelanggan, penggunaan data dan Kualiti pengalaman merentasi rangkaian Wi-Fi

Elitecore Technologies, penyedia global untuk Platform Pengurusan Perkhidmatan (SMP) Wi-Fi mengumumkan pelancaran kerangka pengewangan Wi-Fi yang terdiri daripada Keterhubungan Pintar, Perkhidmatan Berpusat di Lokasi, Analisis Pelanggan dan Penjana Hasil. Kerangka itu boleh didapati sebagai sebahagian daripada tawaran SMP Wi-Fi standard bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan, penggunaan data dan pemerolehan pelanggan yang membawa kepada pertumbuhan hasil dalam perniagaan Wi-Fi untuk pengendali telekomunikasi.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Kata Dhaval Vora, Naib Presiden, Pengurusan Produk, Elitecore, "Kerangka ini mempunyai kelenturan yang boleh diaplikasikan merentasi semua model WiFi untuk memenuhi strategi hasil Wi-Fi pengendali. Ia menyediakan maklumat pelanggan bagi melancarkan perkhidmatan premium, mengoptimumkan rangkaian Wi-Fi dan menyokong senarai langkah keperluan sistem yang tersuai khusus seperti pengiklanan, peranti, profil pelanggan, lokasi, rakan kongsi dan perniagaan perayauan."

Keterhubungan Pintar -- Menangani halangan terbesar untuk akses Wi-Fi, SMP Wi-Fi Elitecore meringkaskan keterhubungan pengguna kepada Wi-Fi melalui penemuan rangkaian, pemilihan dan pengesahan pengguna yang cekap untuk kedua-dua pengguna lepas beban data dan pengguna jumpa terus. Ia menyokong pengguna SIM EAP dan bukan SIM EAP, pengesahan berasaskan gerbang tawanan, sokongan Android/ iOS dan Wi-Fi dengan pelanggan perayauan baucar.

Perkhidmatan Berpusat di Lokasi -- Perkhidmatan dan app mudah alih berpusat lokasi SMP Wi-Fi Elitecore boleh menangkap, mengenal pasti dan mengkategorikan lokasi pengguna berdasarkan pelbagai kaedah untuk mempertingkatkan kemampuan perkhidmatan pengendali. Pengendali boleh menentukan lokasi pengguna hingga pada tahap yang paling asas serta menjana data pada ketibaan, pemergian dan tempoh sesi pengguna hujung berpandukan lokasi yang dikenal pasti oleh app.

Analisis Pelanggan -- Membantu mendapat maklumat dan arah aliran tentang destinasi dengan kadar ulang-alik tinggi dengan masa akses, laporan kapasiti rangkaian dan kelakuan pengguna yang menghubungkaitkan input ini bagi melancarkan pelan data baharu. Ia juga boleh menyokong penetapan sempadan geografi untuk liputan Wi-Fi dengan menarik dan mengekang pengguna bernilai tinggi pada lokasi yang ditetapkan oleh pengendali. Pengendali juga boleh menganalisis titik panas prestasi rakan kongsi dalam destinasi dengan kadar ulang-alik tinggi.

Penjana Hasil -- Para pengendali boleh melancarkan model hasil baharu melalui pemberitahuan tekan yang tersuai khusus untuk Wi-Fi menggunakan iklan Flash, kupon diskaun barangan percuma, acara yang dikehendaki ramai, klik pada gerbang, perayauan (iPass, Boingo) serta pelan 3G+Wi-Fi.

Elitecore membawa kepakaran tambahan melalui kumpulan perkhidmatan profesional jenamanya sendiri.

Tentang SMP Elitecore

SMP Wi-Fi Elitecore mempunyai saling kendali yang menyeluruh dengan ekosistem vendor yang mengoptimumkan prasarana rangkaian dan menyokong model perniagaan inovatif melalui senarai langkah keperluan sistem lambak berbilang yang membolehkan pengendali menerokai peluang hasil baharu dalam senario rangkaian heterogen.

http://www.elitecore.com/telecompractices/service-provider-wifi.html

Hubungi:
LK Pathak
Naib Presiden Bersekutu -- Komunikasi Korporat, Elitecore
Tel: +91-9925012059

Sumber: Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Telecommunications New products/services