omniture

MISS UNIVERSE INDIA, HARNAAZ SANDHU, DINOBATKAN SEBAGAI MISS UNIVERSE KE-70 DENGAN MAHKOTA "POWER OF UNITY" MOUAWAD YANG IKONIK DALAM SEBUAH ACARA TELEVISYEN ULANGTAHUN GLOBAL

Mouawad
2021-12-16 21:15 73

Penyimpan Bersama generasi keempat Mouawad iaitu Fred, Alain dan Pascal Mouawad mengulas tentang kemenangan tersebut

DUBAI, UAE,, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Miss Universe India Harnaaz Sandhu dinobatkan sebagai pemenang Miss Universe secara langsung di FOX dan Telemundo malam ini dari Eilat, Israel. Harnaaz akan menggunakan gelarannya sebagai Miss Universe untuk penggal ini bagi memperjuangkan kesaksamaan tentang menstruasi melalui pentadbiran awam. 

Power of Unity Crown - Mouawad
Power of Unity Crown - Mouawad

Miss Universe India dinobatkan dengan Mahkota "Power of Unity" Mouawad yang ikonik, yang dipakaikan oleh penyandang gelaran Miss Universe sebelum ini iaitu Andrea Meza. Harnaaz akan berpindah ke Bandar Raya New York pada tahun baharu ini untuk mewakili jenama tersebut serta pelbagai organisasi dermawan sepanjang memegang gelaran Miss Universe.

"Ini merupakan pengalaman sekali seumur hidup!" kata Miss Universe Harnaaz Sandhu. "Tiga minggu yang lalu adalah impian saya, dengan sisi perkenalan bersama wanita-wanita yang hebat ini dan saya berbesar hati kerana dipilih dalam kalangan mereka untuk mewakili organisasi yang memberi inspirasi ini. Saya berharap dapat berkhidmat kepada masyarakat global dengan sebaik mungkin pada tahun akan datang."

Miss Universe India Harnaaz Sandhu, memuji ibunya yang memecahkan tradisi patriarki generasi demi generasi untuk menjadi pakar sakit puan yang berjaya sekali gus memberi inspirasi kepadanya untuk mengikuti impiannya sendiri. Berdasarkan dorongan untuk membantu kaum wanita dengan cara yang sama, Harnaaz membesar dengan bekerja bersama ibunya di kem kesihatan yang mendidik kaum wanita tentang kesihatan dan kebersihan menstruasi mereka. Dengan kesedaran yang mendalam tentang keistimewaan yang diilhamkan oleh perjuangan ibunya, Harnaaz menjadi penyokong kuat dalam pemerkasaan wanita pada hari ini, terutamanya tentang hak perlembagaan mereka terhadap pendidikan, kerjaya dan kebebasan untuk memilih. Beliau kini sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana dalam Pentadbiran Awam. Harnaaz juga merupakan seorang pelakon dan menggemari aktiviti yoga, tarian, masakan, tunggangan kuda dan permainan catur pada waktu lapangnya.

"Perkenalan dengan para peserta pada dua minggu lalu yang turut sama mengagumi sejarah dan keindahan negara tuan rumah adalah sangat istimewa," kata Paula M. Shugart, Presiden Pertubuhan Miss Universe. "Saya sangat gembira kerana Miss India Harnaaz Sandhu dipilih mewakili Miss Universe pada tahun ini kerana semangatnya untuk membantu mendidik kaum wanita dan memperjuangkan kebebasan mereka telah merangkumi falsafah di sebalik mahkota ini."

Pada pertandingan Miss Universe ke-70 yang disiarkan secara langsung di lebih 160 negara dan wilayah di seluruh dunia, generasi keempat Penyimpan Bersama Mouawad iaitu Fred, Alain dan Pascal Mouawad mengulas, "Melihat Mahkota Mouawad MISS UNIVERSE® Power of Unity sewaktu ia dipakaikan sentiasa memberi inspirasi kerana ia menandakan lembaran baharu tentang kisahnya dan menyegarkan semula harapan terhadap dunia. "Kami pasti Miss Universe yang baharu, Harnaaz Sandhu akan membawakan seri dan bakatnya yang unik kepada peranannya, menggunakan kuasanya untuk menyokong aktiviti amal dan menyatukan masyarakat dengan cara yang mempesonakan sebagaimana beratus-ratus berlian yang ditatahkan pada mahkota tersebut."

Untuk  mengetahui  lebih lanjut  tentang  pemenang  MISS  UNIVERSE  pada tahun  ini  dan  para peserta  lain,  sila layari: www.missuniverse.com/contestants

Temui MISS UNIVERSE® di Facebook dan YouTube, serta ikuti perkembangan di Twitter dan Instagram.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1710467/Power_of_Unity_Crown___Mouawad.jpg?p=medium600 

 

Source: Mouawad
Keywords: Entertainment Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards