omniture

Hengtong Hadiri Sidang Kemuncak Angin Dalam Pesisir dan Luar Pesisir Vietnam ke-4

Jiangsu Hengtong Optic-Electric Co., Ltd.
2021-12-17 06:42 220

SUZHOU, China, 17 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Mulai 8 hingga 9 Disember, Sidang Kemuncak Angin Dalam Pesisir dan Luar Pesisir Vietnam ke-4 telahpun diadakan di Intercontinental Hanoi Landmark 72 Exhibition di Hanoi. Sidang Kemuncak ini melibatkan pelbagai pengusaha, dari dalam dan luar negara, dalam industri kuasa angin luar pesisir. Hengtong menghadiri Sidang Kemuncak ini, mempersembahkan penyelesaian dan prestasi sistem kabel bawah laut terkini kami.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Hengtong terus meneroka pasaran Vietnam dan dianugerahkan beberapa projek kabel bawah laut ladang angin luar pesisir (OWF) di negara ini, sebagai kontraktor PC. Menjelang penghujung tahun 2021, Hengtong berjaya menyerahkan sistem kabel bawah laut OWF kepada Ladang Angin Luar Pesisir VPL Bến Tre, Loji Janakuasa Angin Luar Pesisir Trà Vinh V1-2 48MW dan Loji Janakuasa Angin Luar Pesisir Hiệp Thành 78MW. Keupayaan kejuruteraan luar pesisir milik Hengtong, CLB 'Hengtong Lan 1', juga telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan kabel di sana. Dengan menyiapkan projek-projek berkenaaan selain penerokaan yang selanjutnya, Hengtong memantapkan kedudukan yang utama dalam pasaran sistem kabel bawah laut Vietnam.

Dengan penyelesaian OWF komprehensif, perkhidmatan profesional dan pengalaman projek yang luas Hengtong, mereka menarik minat pelbagai pengunjung di Sidang Kemuncak ini dan menyedari satu lagi kehadiran yang menarik dalam pasaran Vietnam. Bersama-sama rakan kongsi huluan dan hiliran Hengtong, mereka berharap dapat berusaha lebih giat lagi untuk penjanaan kuasa tenaga bersih dan pembangunan rendah karbon yang mesra alam Vietnam serta rantau Asia-Pasifik.

Source: Jiangsu Hengtong Optic-Electric Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news