omniture

Industri perlombongan memasuki dekadnya yang paling penting

Ministry of Industry and Mineral Resources of Saudi Arabia
2021-12-21 00:15 46

Mineral kritikal merupakan bahan penting untuk kitaran ekonomi karbon masa hadapan 

LONDON, 20 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Industri perlombongan antarabangsa berhadapan dengan "dekadnya yang paling penting" ketika dunia memulakan peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh baharu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Antarabangsa Perlombongan dan Logam (ICMM), Rohitesh Dhawan dalam satu temu bual pada minggu lepas yang merupakan sebahagian daripada siri perbincangan Sidang Kemuncak Mineral Masa Hadapan.

Dhawan menekankan bahawa perlombongan akan menjadi amat penting dalam peralihan ini kerana permintaan yang semakin meningkat terhadap logam yang digunakan dalam kuasa solar dan angin serta dalam bateri yang diperlukan untuk menguasakan kenderaan elektrik.

Selain mengesahkan penyertaan beliau dalam Sidang Kemuncak Mineral Masa Hadapan di Riyadh, Dhawan menekankan mesej ringkas ICMM iaitu "perlombongan dengan prinsip" untuk memaksimumkan manfaat perlombongan sambil meminimumkan bahayanya kepada orang ramai dan alam sekitar. Dhawan berkata bahawa ICMM berusaha untuk memastikan kehidupan semua orang yang terlibat dengan perlombongan menjadi lebih baik serta operasinya adalah selamat, adil, saksama, seimbang dan lestari.

28 ahli korporat ICMM mewakili satu pertiga daripada industri perlombongan di seluruh dunia dan melalui ahli persatuannya ini, pihak majlis mempunyai pengaruh tidak langsung terhadap kebanyakan sektor ini.

Isu-isu ini adalah antara perkara yang akan ditangani pada Sidang Kemuncak Mineral Masa Hadapan (FMS) di Riyadh pada 11-13 Januari 2022. Sidang Kemuncak ini yang dianjurkan oleh Kerajaan Arab Saudi (KSA) akan disertai oleh para pemimpin kanan politik dan perniagaan serta akan membincangkan isu-isu penting yang dihadapi oleh industri perlombongan di seluruh dunia. Dengan lebih 150 buah syarikat Perlombongan, Penerokaan dan Pembangunan yang dijangka hadir dan lebih 2,000 peserta secara bersemuka, program sidang kemuncak ini akan membentuk masa depan perlombongan dengan fokus kepada tiga tema utama: sumbangan perlombongan terhadap masyarakat, pembaharuan kepada perlombongan dan pelaburan dalam kawasan perlombongan baharu dan yang baru muncul.

Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika mempunyai sumber mineral dan kawasan geografi yang tepat untuk menjadi pusat bagi rantaian nilai mineral dan memainkan peranan penting dalam memenuhi pertumbuhan pesat dalam permintaan global terhadap mineral kritikal yang diperlukan dalam masyarakat rendah karbon.

Sidang Kemuncak Mineral Masa Hadapan ini telah mengesahkan penyertaan beberapa pemimpin syarikat perlombongan antarabangsa dan Ketua Pegawai Operasi organisasi seperti Barrick Gold dan Alcoa iaitu Mark Bristow dan Roy Harvey; serta Pengerusi Ivanhoe Mines dan Fortescue Metals iaitu Robert Friedland dan Andrew Forrest. Beberapa pemimpin industri yang lain termasuk Ketua Pegawai Operasi Trafigura dan Komatsu Mining iaitu Jeremy Weir dan Jeffrey Dawes.

Sidang Kemuncak di Riyadh yang akan diadakan pada awal tahun hadapan ini akan memainkan peranan penting dalam membawa mesej ke negara masing-masing bahawa perlombongan merupakan sebahagian daripada penyelesaian kepada masalah pelepasan karbon di dunia dan kawasan mineral baharu boleh dan mesti dibuka untuk menghasilkan bahan mentah yang diperlukan.

Tentang Sidang Kemuncak Mineral Masa Hadapan: 
Tarikh Acara: 11-13 Januari 2022, Riyadh, Arab Saudi

Sidang Kemuncak Mineral Masa Hadapan ini merupakan sebuah inisiatif antarabangsa yang dianjurkan oleh Arab Saudi dan khusus untuk memajukan perlombongan serta membuka peluang di seluruh Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika.

Di bawah naungan Penjaga Dua Buah Masjid Suci, Raja Salman Bin Abdul Aziz Al Saud, Sidang Kemuncak Mineral Masa Hadapan ini akan menyatukan industri perlombongan global dan mereka yang melabur pada masa depan sektor ini dalam sebuah perbincangan tentang Timur Tengah, Afrika dan Asia Tengah serta potensi kawasan-kawasan ini untuk menarik pelaburan dan mengembangkan sektor ini selaras dengan piawaian kelestarian antarabangsa.

Sidang Kemuncak Perlombongan Masa Hadapan ini merupakan gerbang anda ke pusat perlombongan baharu dan baru muncul di seluruh negara yang mempunyai potensi besar untuk para pelabur perlombongan.

Acara selama tiga hari ini dijangka akan menarik lebih 2,000 orang peserta dari lebih 95 buah negara, 150 pelabur, 100 orang penceramah global, 100 buah syarikat perlombongan korporat dan 15 orang menteri dan ketua negara.

www.FutureMineralsSummit.com 

 

Source: Ministry of Industry and Mineral Resources of Saudi Arabia
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Mining Mining/Metals Oil/Energy Utilities Trade show news Future Events