omniture

WIWYNN UMUM KILANG INTEGRASI PELAYAN RAK LUAR NEGARA PERTAMANYA DI JOHOR, MALAYSIA

Ditubuhkan di Johor untuk memenuhi peningkatan permintaan pusat maklumat di rantau Asia Tenggara dengan lebih daripada 500 peluang pekerjaan dicipta untuk penduduk tempatan
Wiwynn
2021-12-21 19:38 59

BANDAR BAHARU TAIPEI, Taiwan, 21 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Wiwynn, penyedia infrastruktur IT awan inovatif yang berpangkalan di Taiwan untuk pusat data hiperskala, hari ini memperluaskan jejaknya secara rasmi ke Asia Tenggara melalui pengumumannya mengenai pembinaan kilang integrasi rak pelayan di Johor, Malaysia, sebagai stesen luar negara bangun sendiri yang pertama oleh mereka di rantau APAC. Upacara pecah tanah telahpun diadakan di bandar lapangan terbang Senai, Johor.

Perniagaan Wiwynn telah berkembang dengan pesat dan telah menjalin kerjasama yang erat bersama penyedia perkhidmatan awan yang terkemuka di dunia. Ia telah mencapai pertumbuhan mengagumkan sebanyak USD 1 bilion pada tahun 2016 dan mencatatkan USD 6.3 bilion yang selanjutnya pada tahun 2020, lalu menunjukkan prestasinya yang mantap. Sebagai penyepadu sistem rak untuk pusat data hiperskala, Wiwynn menghantar rak pelayan kepada lebih daripada 350 pusat data di seluruh dunia. Pengembangan kilang integrasi rak pelayan di Johor ini menunjukkan langkah penting kehadiran luar negara bangun sendiri yang pertama oleh syarikat ini.

Pada masa depan, kilang Malaysia ini bukan sahaja akan memenuhi permintaan daripada pusat data yang berdekatan tetapi juga akan diberi kedudukan sebagai pusat perkhidmatan Wiwynn di rantau APAC. 'Permintaan terhadap perkhidmatan awan di Asia Tenggara berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak penyedia perkhidmatan awan telah membina pusat data di sini dan membawa peluang yang sangat besar untuk infrastruktur IT awan. Penambahan baharu kilang Malaysia kami bukan sahaja kerana kami mengenal pasti potensi perniagaan di sini, tetapi juga kejayaan strategi pembuatan global kami. Kami akan mengikuti piawaian Emas tertinggi teknologi Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan melaksanakan teknologi pembuatan pintar di tapak baharu bagi menunjukkan komitmen kami kepada persekitaran dan operasi mampan,' kata Robin Wang, Naib Presiden Rantaian Bekalan dan Pembuatan Wiwynn.

GBI ialah alat penarafan hijau yang diiktiraf oleh industri Malaysia untuk bangunan hijau yang dapat memberi penjimatan tenaga dan pembangunan perniagaan yang mampan. Kilang baharu Wiwynn ini akan dibina dengan piawaian Emas diperakui tertinggi yang dipercayai akan menjadi penanda aras tertinggi yang ditetapkan dalam pasaran ini. Pelaksanaan sistem kilang pintar akan terus membentuk kedudukan utama Wiwynn, antara lain dalam industri ini.

Pelancaran kilang ini akan mencipta lebih daripada 500 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di Johor. 'Kami gembira dengan adanya Wiwynn melabur di Senai, Johor. Menerusi kilang baharu ini, bakat tempatan di sini akan mendapat manfaat daripada peluang pekerjaan yang dicipta, terutamanya apabila lebih ramai penduduk Malaysia yang mengambil keputusan untuk berpindah dari Singapura selepas sekatan pergerakan,' kata Tuan Haji Natazha Bin Hariss, Yang Dipertua MPKU (Majlis Perbandaran Kulai).

'Kami gembira kerana Wiwynn telah memilih Senai Airport City sebagai hentian pertama mereka untuk pengembangan Asia Pasifik berdasarkan kepada lokasi yang strategik dan pemanfaatan model pembangunan pasang dan pakai kami yang akan membolehkan Wiwynn mempercepatkan garis masa pembangunan mereka,' kata Gan Seng Keong, Ketua Pegawai Eksekutif di Senai Airport City.

Kilang integrasi rak pelayan dijadualkan siap pada tahun 2023. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.wiwynn.com 

Latar Belakang Wiwynn 

Wiwynn ialah penyedia infrastruktur IT awan yang inovatif bagi produk pengkomputeran dan storan yang berkualiti tinggi, berserta penyelesaian rak untuk pusat data yang terkemuka. Kami melabur secara agresif dalam teknologi generasi seterusnya untuk pengoptimuman beban kerja dan TCO (Jumlah Kos Pemilikan) terbaik. Sebagai penyedia penyelesaian OCP (Projek Pengkomputeran Terbuka) dan anggota platinum, Wiwynn mengambil bahagian dengan aktif dalam pengkomputeran termaju dan reka bentuk sistem storan sambil melaksanakan dengan berterusan faedah-faedah OCP ke dalam pusat data tradisional.

Ikuti Wiwynn di Facebook dan Linkedin.

Source: Wiwynn
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Expansion New products/services