omniture

RS Components Membawa Kemampuan Rekaan 3D kepada Semua Jurutera dengan DesignSpark Mechanical

RS Components
2013-09-17 11:00 200

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 September 2013 /PRNewswire/ --

Perisian rekaan percuma, pantas dan intuitif membuka kemungkinan baharu untuk jurutera daripada rekaan konsep sehinggalah ke proses pengeluaran

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), peneraju pengedar perkhidmatan tinggi dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, hari ini mengumumkan kemajuan signifikan dalam sejarah perisian rekaan 3D dengan pelancaran DesignSpark Mechanical, alat pemodelan dan pemasangan penuh 3D yang boleh didapati oleh semua – secara percuma.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/09/09/20130909192224209346.html )
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/09/09/20130909192319293275.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Dibangunkan bersama dengan SpaceClaim, penyedia yang meneraju untuk perisian pemodelan 3D yang fleksibel dan mampu milik untuk jurutera, DesignSpark Mechanical baharu yang mudah digunakan akan membawa faedah besar kepada jurutera rekaan seluruh dunia dan boleh didapati dalam beberapa bahasa. Ia merupakan langkah signifikan dalam evolusi hab sumber dalam talian DesignSpark untuk komuniti kejuruteraan.

Mengatasi halangan untuk inovasi

Ketersediaan DesignSpark Mechanical mengatasi dua halangan utama untuk kemasukan yang dihadapi oleh pengguna berpotensi yang tidak mempunyai akses untuk penyelesaian rekaan 3D dan boleh mendapat faedah daripada pemodelan 3D bagi membangunkan konsep dan produk canggih dengan pantas. Halangan yang dimaksudkan ialah kos yang tinggi dan pelaburan masa pembelajaran yang agak lama dengan alatan rekaan berbantu komputer (CAD) 3D tradisional. DesignSpark Mechanical bukan sahaja percuma, kemudahan penggunaannya bermakna jurutera dan orang lain yang terlibat dalam pembangunan produk boleh fasih sepenuhnya menggunakan perisian itu dalam masa beberapa minit sahaja, berbanding berminggu-minggu atau berbulan-bulan yang diperlukan untuk menjadi berkemahiran tinggi dengan alatan CAD 3D tradisional.

"Pelancaran DesignSpark Mechanical merupakan kali pertama satu alat rekaan 3D dengan tahap kecanggihan begini disediakan dengan mudah. Jurutera tentu akan suka menggunakan perisian pemodelan yang sangat intuitif dan fleksibel," kata Mark Cundle, Ketua Global Pemasaran Teknikal di RS Components. "Penggunaan DesignSpark Mechanical dalam kitaran awal rekaan boleh menyingkirkan banyak pengulangan semua kerja memakan masa yang sering dikaitkan dengan proses pembangunan produk tradisional. Ini merupakan inisiatif yang sangat signifikan yang membantu jurutera membawa produk inovatif ke pasaran dengan pantas kerana format output Pustaka Templat Standard (STL) DesignSpark Mechanical membolehkan eksport rekaan terus ke pencetak 3D." 

Memperkasakan rekaan hujung ke hujung

Dengan akses kepada lebih 38,000 model 3D dalam pustaka komponen dalam talian yang menyeluruh DesignSpark, DesignSpark Mechanical memberikan semua jurutera kemampuan untuk melaksanakan rekaan hujung ke hujung dengan pantas menggunakan alatan pemodelan gred profesional dengan kos sifar. RS Components juga telah berkolaborasi dengan syarikat kandungan 3D yang meneraju dunia TraceParts untuk menyediakan akses kepada jutaan model daripada gerbang CAD dalam talian tracepartsonline.net dalam format DesignSpark Mechanical.

"RS Components bekerjasama dengan SpaceClaim bagi melancarkan DesignSpark Mechanical, yang menggabungkan kuasa dan kemudahan penggunaan teknologi pemodelan terus daripada SpaceClaim dengan akses kepada pustaka bahagian standard RS yang besar, dipercayai oleh jutaan jurutera seluruh dunia," kata Rich Moore, naib presiden pembangunan perniagaan untuk SpaceClaim. "CAD yang berasaskan ciri adalah lebih sukar dipelajari, dibandingkan dengan DesignSpark Mechanical. Kini pengguna boleh mencipta dengan pantas model 3D bagi memecutkan rekaan kejuruteraan dan memperbaiki kelebihan daya saing mereka."

Tapak aktif untuk pengguna CAD 3D seluruh dunia kini dianggarkan sebanyak kira-kira 1.5 juta. Namun, dianggarkan juga terdapat tambahan 20 juta jurutera seluruh dunia yang tidak menggunakan 3D CAD sekarang, tetapi boleh mendapat manfaat signifikan daripada alatan seperti DesignSpark Mechanical. Ia akan membolehkan jurutera rekaan bukan sahaja menjadi lebih kreatif, tetapi ia akan menyokong proses pembangunan produk yang lebih cekap, membenarkan pengeluaran konsep profesional sehinggalah dapat menghasilkan cetakan biru berdimensi yang sangat terperinci.

Kaedah pemodelan terus

DesignSpark Mechanical menggunakan kaedah yang berkuasa bernama 'pemodelan terus', yang jauh berbeza daripada ciri tradisional – atau perisian CAD 3D yang berasaskan parameter. Alat itu menggunakan gerakan mudah yang membolehkan penyuntingan masa sebenar dan maklum balas serta-merta lalu memungkinkan semua jurutera dan yang lain mencipta geometri dan dengan mudahnya menerokai idea dan konsep produk dalam 3D. Semua rekaan asas boleh didapati dengan mudah dan pantas melalui penggunaan empat alatan asas perisian itu – Tarik, Gerak, Isi dan Gabung – ditambah dengan penggunaan jalan pintas papan kekunci Windows yang sudah biasa digunakan seperti potong/tampal, padam/buat semula, yang membuatkannya sangat intuitif untuk pengguna baharu.

Perisian ini boleh juga digunakan sebagai alat 3D pelengkap dalam proses pembangunan produk untuk ciptaan rekaan konsep awal, contohnya, di samping alatan CAD 3D yang sudah digunakan hari ini. Alat itu boleh menyingkirkan sekatan cerutan dalam proses rekaan awal dengan membenarkan perubahan dan tambahan dibuat dengan pantas, dan tidak perlu menunggu jabatan CAD menggunakan alatan 3D tradisional untuk melakukan semula rekaan itu.

Rekaan 3D juga boleh dieksport dalam STL, format fail standard bagi membolehkan pembinaan prototaip pantas dan pengeluaran berbantu komputer, ditambah dengan kemampuan untuk mendapat sebut harga Bil Bahan-bahan (BOM) dengan pantas melalui laman web RS Components. Alat ini juga boleh mengimport fail reka letak litar dalam Format Data Pertengahan (IDF) dari apa-apa alat rekaan Papan Litar Bercetak (PCB), termasuk perisian PCB DesignSpark yang memenangi anugerah.

DesignSpark Mechanical boleh didapati untuk muat turun percuma melalui www.designspark.com/mechanical. Sokongan untuk alat itu boleh didapati daripada komuniti DesignSpark di www.designspark.com.

Tentang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju dunia untuk pengedaran perkhidmatan tinggi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang meneraju, termasuklah barangan elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrikal dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.rs-components.com

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Relevan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

Hubungan Media:

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam, Asia Pasifik
E: soochun.tan@rs-components.com  
T: +65-6391-5745

Perhubungan Awam Edelman
Yvette Yeo
Pengurus
E: yvette.yeo@edelman.com  
T: +65-6347-2355

SUMBER: RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services