omniture

Risen Energy capai rekod baharu 23.65% dalam kecekapan modul heterosimpang

Risen Energy Co., Ltd
2021-12-23 08:52 111

NINGBO, China, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd ("Risen Energy") baru-baru ini mengumumkan bahawa TÜV Rheinland, sebuah organisasi pengujian dan pensijilan pihak ketiga yang terkemuka di dunia, mengesahkan bahawa siri modul heterosimpangnya yang berkecekapan tinggi telah mencapai kuasa maksimum 721.016W dan kecekapan modul 23.65 peratus, sekali lagi memecahkan rekodnya sendiri iaitu 23.08 peratus yang dicatatkan pada bulan Julai 2021. Sebagai peneraju dalam teknologi heterosimpang (HJT), Risen Energy telah memecahkan rekod dunia HJTnya sendiri sebanyak tiga kali dalam setahun, sentiasa mencabar had dan mencapai inovasi baharu dalam teknologi.

Modul ini menggabungkan sel heterosimpang terkini dan teknologi pempakejan canggih dengan sel HJT berkecekapan ultra tinggi dan kehilangan pempakejan modul ultra rendah, seraya mencapai peningkatan yang mantap dalam kecekapan. Di samping itu, syarikat ini mengeluarkan sel dan modul heterosimpang dengan kadar dwimuka melebihi 80%, pekali suhu yang sangat baik dan tiga kali ganda keperluan keandalan IEC, lalu menjadi komponen yang amat diperlukan dari segi transformasi bagaimana tenaga dicipta dan disampaikan. Dengan kelebihan kecekapan yang tinggi dan penjanaan kuasa yang tinggi, proposisi HJT dalam pasaran fotovolta sentiasa meningkat.

Liu Yafeng, Pengarah Kanan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Risen Energy berkata "Kami di Risen Energy berdedikasi kepada penyelidikan dan pembangunan teknologi modul sel berkecekapan tinggi untuk mencipta produk yang lebih cekap dan andal serta menyediakan pelanggan kami dengan faedah penjanaan kuasa yang lebih tinggi dan kos kuasa elektrik yang lebih rendah. Semua keputusan yang telah kami capai merupakan penjelmaan kekuatan teknikal kami yang meningkatkan lagi keyakinan kami dalam pembangunan teknologi dan produk yang inovatif. Memandang ke hadapan, Risen Energy akan terus membuat pelaburan R&D yang memudahkan penyelidikan dan pembangunan penyelesaian sel dan modul lebih cekap yang memenuhi keperluan transformasi tenaga mesra alam dan membantu membuka era karbon sifar global."

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities