omniture

coocaa TV x Piala Suzuki AFF 2020: Masa untuk Peminat, Detik untuk Asia

coocaa
2021-12-23 09:45 150

Piala Bola Sepak Asia Tenggara Suzuki AFF 2020 sedang berlangsung secara rasmi dan berjuta-juta peminat Asia Tenggara membawa semangat yang berkobar-kobar ke kejohanan penuh peristiwa ini. Sebagai rakan kongsi rasmi acara yang tidak dapat dilupakan ini, coocaa TV dengan bangganya menyumbangkan beberapa acara yang amat mengujakan untuk semua peminat di seluruh SEA.

MANILA, Filipina, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Menjelang Piala Bola Sepak Asia Tenggara Suzuki AFF 2020, coocaa melancarkan beberapa aktiviti jenama ini untuk peminat bola sepak termasuk acara "Guess the champion for coocaa TV Refunds" ("Teka juara untuk Bayaran Balik TV coocaa") pada awal bulan Disember, memberi kejutan kepada penyokong dengan 100% bayaran balik untuk pesanan TV coocaa mereka. Antara lain, coocaa dengan bangganya menjadi hos kepada peminat yang teruja untuk menikmati persembahan oleh penyanyi The Heros 2021, Quan AP di Cool Bar yang terkenal. Pengaruh coocaa ke atas belia menjadi semakin hebat dalam beberapa aktiviti asal termasuk acara "coocaa Knight - bring back the champion" ("Kesatria coocaa - kembalikan juara") yang tidak dapat dilupakan.

coocaa TV x Piala Suzuki AFF 2020
coocaa TV x Piala Suzuki AFF 2020

Hasil jualan Double Eleven and Double Twelve Coocaa bawa gambaran positif ke atas masa depan jenama. 

Menerusi hasil prestasi yang diperoleh daripada aktiviti suku keempat termasuk festival membeli belah Double Eleven to Double Twelve yang amat dinanti-nantikan, coocaa telah mencapai hasil cemerlang di setiap peringkat. Meraih peningkatan keseluruhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak lebih 100%, kini coocaa merupakan jenama perkakas rumah terunggul di platform e-dagang arus perdana termasuk Lazada dan Shopee.

Hari ini, dengan permulaan Kejohanan Bola Sepak Asia Tenggara AFF yang sedang berlangsung, coocaa TV malah menjadi semakin aktif. Lantaran sokongan yang semakin meningkat dan minat terhadap jenama ini, kini coocaa menyaksikan hasilnya tatkala pasaran Indonesia dan Vietnam mengatasi jangkaan, dengan Indonesia berkembang pada kadar 230% berbanding tahun sebelumnya yang mengagumkan, manakala Vietnam menunjukkan pertumbuhan 288% yang kukuh berbanding tahun sebelumnya berdasarkan kepada carta jualan terkini.

Ikuti coocaa di Facebook (https://www.facebook.com/coocaa2006) dan Instagram (https://www.instagram.com/coocaaglobal/) untuk kesemua perkembangan terkini. 

Latar Belakang coocaa 

coocaa ialah penyedia TV pintar, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sistem dan sistem operasi kandungan terkemuka yang bertujuan untuk membantu pelanggan di seluruh dunia "Menerokai, Menemui dan Mencipta". Ditubuhkan pada tahun 2006, coocaa telah mewujudkan operasi di seluruh Eropah, India dan Asia Tenggara. Menerusi teknologi inovatifnya, coocaa komited untuk membangunkan produk pintar dan bergaya yang menampilkan reka bentuk yang anggun dan menyeronokkan bagi memenuhi keperluan generasi muda.

COOCAA TV – TV Pintar Rasmi PIALA SUZUKI AFF 2020

#RivalriesNeverDie #coocaaTV #AFFSukiCup2020OfficialSmartTV

Source: coocaa
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Television New products/services