omniture

Tokio Marine lantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu untuk rantau Asia

Tokio Marine Asia
2022-01-01 12:00 505

SINGAPURA, 1 Januari 2022  /PRNewswire/ -- Hari ini, Tokio Marine mengumumkan pelantikan En. Masahito Hirai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Asia Pte. Ltd. ("TMA"), ibu pejabat rantau Asianya, berpangkalan di Singapura. Beliau mengambil alih jawatan ini daripada En. Noboru Yamagata, yang telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif interim dan akan meneruskan kapasiti beliau yang lebih luas sebagai pegawai eksekutif pengurusan Tokio Marine Holdings, Inc, yang bertanggungjawab untuk operasi Asia dan pengarah Lembaga TMA.

Baru-baru ini, En. Hirai merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi operasi insurans am Malaysia Tokio Marine yang mana beliau terlibat secara mendalam dalam perancangan perniagaan strategik, pembangunan bakat HR dan pengurusan korporat.

Sebelum bertugas di Malaysia, En. Hirai juga memegang jawatan-jawatan kepimpinan yang penting dalam entiti Tokio Marine di Amerika Utara, Mexico dan Brazil.

Mengulas mengenai pelantikan ini, En. Akira Harashima, Pengerusi Lembaga Pengarah TMA berkata: "Ketika kami terus mengejar pertumbuhan yang menguntungkan dalam pasaran Asia, saya yakin bahawa pengalaman global En. Hirai dalam mengurus operasi dalam pasaran baru muncul dan semakin membangun di Asia, Amerika Utara dan Selatan pastinya akan menyediakan kepimpinan yang diperlukan untuk rantau Asia."

En. Hirai menambah, "Mengembangkan perniagaan kami dalam pasaran baru muncul kekal sebagai salah satu cabaran terbesar untuk Tokio Marine Group. Sambil mengharapkan pemulihan yang kukuh daripada persekitaran pandemik dalam ekonomi Asia, ini memberi peluang kepada kami untuk menyediakan penyelesaian insurans dan perkhidmatan inovatif melalui amalan terbaik Tokio Marine Group kepada pelanggan kami, rakan niaga dan masyarakat di rantau ini ketika kami berusaha untuk memberikan hasil terbaik."

Latar Belakang Tokio Marine Group

Tokio Marine ditubuhkan pada tahun 1879 sebagai syarikat insurans pertama di Jepun dan berkembang selama beberapa dekad, kini menawarkan seleksi luas produk dan penyelesaian insurans Am dan Hayat di 46 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Latar Belakang Tokio Marine Asia

Berpangkalan di Singapura, Tokio Marine Asia ("TMA") ialah ibu pejabat serantau yang bertapak kukuh dan syarikat induk perantaraan. TMA menyelia 8 syarikat Insurans P&C dan 5 syarikat Insurans Hayat di 8 negara (Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, India, Filipina, Vietnam dan Myanmar).

TMA dimiliki sepenuhnya oleh Tokio Marine & Nichido Fire Insurance Co. Ltd., syarikat induknya yang beribu pejabat di Jepun.

 

Source: Tokio Marine Asia
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Personnel announcements