omniture

Cision PR Newswire Berkhidmat sebagai Berita Kawat Rasmi dan Tuan Rumah Pusat Media Pempamer untuk CES 2022

Cision Berkongsi Bagaimana Syarikat-syarikat Boleh Menonjol dalam Acara Hibrid Ini
PR Newswire Asia
2022-01-05 00:44 258

HONG KONG, Jan. 5, 2022 /PRNewswire/ -- Cision PR Newswire dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia merupakan perkhidmatan berita kawat rasmi dan tuan rumah Pusat Media Pempamer bagi CES® 2022, salah satu acara teknologi yang paling berpengaruh di dunia. Dihasilkan oleh Consumer Technology Association (CTA) ®, acara ini akan berlangsung di Las Vegas dan secara digital mulai 5-8 Januari dan menampilkan ucapan dasar daripada individu berwawasan industri dan pameran produk termaju daripada lebih 1,600 pempamer jangkaan.

Cision PR Newswire akan menjadi tuan rumah Pusat Media Pempamer CES 2022 Rasmi dan merupakan perkhidmatan kawat rasmi untuk acara tahun 2022.

"CES merupakan acara penting yang sentiasa mempamerkan pembangunan yang paling menarik dan inovatif dalam sektor teknologi," kata Liam Power, Naib Presiden Kanan Pengedaran Global di Cision. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan CTA sekali lagi untuk membantu pempamer menceritakan kisah mereka kepada audiens yang relevan dan dalam masa yang sama memperkasakan liputan media mereka di acara yang bertaraf dunia ini yang biasanya mencetuskan minat yang tinggi."

Perancangan, Pic dan Penempatan: Menghimpunkan semuanya
Perancangan, Pic dan Penempatan: Menghimpunkan semuanya

Bagi membantu pempamer merancang strategi mereka untuk sebuah acara digital hibrid dan bersemuka ini serta melibatkan rakan media dan audiens sasaran yang lain dengan berkesan di CES 2022, Cision PR Newswire menganjurkan webinar khas yang bertajuk "Planning, Pitching and Placements: Bringing it All Together (Perancangan, Pic dan Penempatan: Menghimpunkan semuanya)," webinar ini membawakan pandangan daripada Caroline Finnell, Pengurus Komunikasi Acara di Consumer Technology Association; Jason Hiner, Pengarah Editorial Kanan di CNET; dan Kristen Sala, Pengarah Kanan Penyelidikan Media di Cision. Webinar ini meliputi topik-topik mengenai:

  • Kembalinya perancangan acara bersemuka di tengah-tengah "kebiasaan baharu"
  • Mencipta pemesejan yang relevan dan berada di hadapan audiens yang tepat
  • Amalan terbaik untuk menarik perhatian media dan individu berpengaruh

Tonton webinar atas-permintaan di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian Cision PR Newswire dengan CTA dan melihat berita pempamer CES serta kit media, kunjungi Pusat Media Pempamer CES 2022 Rasmi.

Latar Belakang PR Newswire

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd., ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik. Kunjungi www.prnasia.com untuk maklumat lanjut.

Source: PR Newswire Asia
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Future Events