omniture

Vaksin Oral COVID-19 dan Penggalak Antibodi: Spora B. Subtilis, Kejayaan Bioteknologi oleh DreamTec

DreamTec Research Limited
2022-01-05 10:00 225

HONG KONG, 5 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Vaksin telah menjadi topik sohor kini sejak penularan wabak coronavirus dua tahun yang lalu. DreamTec Research Limited (DreamTec, http://www.dreamtec.hk) telah mencapai kejayaan besar dalam membangunkan vaksin oral COVID-19. Dalam kertas kajian berwasit yang diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal perubatan antarabangsa Vaccines, yang menunjukkan spora Bacillus subtilis (B. Subtilis), mengekspreasikan domain pengikat reseptor protein pepaku SARS-CoV-2 (sRBD) pada permukaannya selanjutnya dapat menghasilkan antibodi peneutralan. DreamTec menjalankan kajian perintis untuk vaksin oral COVID-19 baharu ini yang mampu mencetuskan tindak balas imun dalam tikus dan sukarelawan manusia tanpa menimbulkan kesan buruk (Pengenal ClinicalTrials.gov: NCT05057923).

 

"Kami merancang untuk menghasilkan vaksin oral COVID-19 agar ia selamat, berkesan dan mudah diberikan," kata Dr. Kwong, Ketua Pegawai Saintifik DreamTec. Penggunaan penggalak antibodi B. Subtilis telah menarik perhatian seluruh dunia kerana ia boleh disimpan pada suhu bilik dan kekal stabil sekurang-kurangnya selama enam bulan, seperti yang dipetik dalam media British Clinical Trials Arena. Dr. Kwong menambah bahawa protein pepaku tidak masuk ke dalam aliran darah.

A: Spora Bacillus subtilis dihasilkan oleh DreamTec; B: Kajian rintis manusia: tahap antibodi peneutralan terhadap protein pepaku meningkat dengan ketara selepas 42 hari; C: Penerbitan dalam Vaccines
A: Spora Bacillus subtilis dihasilkan oleh DreamTec; B: Kajian rintis manusia: tahap antibodi peneutralan terhadap protein pepaku meningkat dengan ketara selepas 42 hari; C: Penerbitan dalam Vaccines

B. Subtilis dipilih berdasarkan kepada keupayaannya yang mampu bertahan dalam keadaan mikrobiom usus manusia dengan membentuk spora. Ia juga diiktiraf oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. sebagai Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS). Memandangkan keupayaan vaksin tradisional dilemahkan apabila terdapat varian, Dr. Kwong mendedahkan bahawa, "Kami menghasilkan ciptaan semasa kami dalam tempoh beberapa bulan, maka jika perlu kami boleh melakukan hal yang sama pada masa akan datang dengan varian SARS-CoV-2 lain yang mungkin, seperti Omicron."

"Kami merancang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi industri bagi menjalankan kajian praklinikal untuk menilai kebimbangan berhubung keselamatan untuk kegunaan manusia," kata Dr. Kwong. DreamTec membayangkan penggalak antibodi oral dihasilkan dalam bentuk kapsul yang mengandungi berbilion-bilion spora B. Subtilis. Spora transgenik kemudiannya dibebaskan ke dalam usus kecil yang mana tindak balas imun-khusus mukosa dihasilkan. Ini memberikan pendekatan yang selamat dan berkesan untuk individu yang diberi vaksin bagi menambah perlindungan imun terhadap SARS-CoV-2.

DreamTec: Dr. Kwong, Dr. Sung dan Dr. Wu dan HKMU: Prof. Sze
DreamTec: Dr. Kwong, Dr. Sung dan Dr. Wu dan HKMU: Prof. Sze

Ditubuhkan oleh Dr. Kwong Wai Yeung, DreamTec ialah sebuah syarikat bioteknologi yang membangunkan bioteknologi canggih termasuk ekspresi protein rekombinan yang berharga, RNA dan pertumbuhan sel dasar.

Source: DreamTec Research Limited
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries