HONG KONG, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, mengumumkan semasa CES 2022 bahawa ia akan memperkenalkan TV Mini LED 144Hz pada tahun 2022 bagi menyampaikan pengalaman permainan video yang lebih responsif dan lancar. Keluaran pertama daripada generasi paparan TV baharu ini, TV Mini LED 144Hz TCL dapat membantu pengguna mengalami sepenuhnya daripada permainan video yang terkini dengan kadar bingkai sesaat (FPS) yang tinggi.
Konsol yang terkini ini menawarkan semakin banyak permainan video yang dapat dimainkan pada kadar 120 FPS dan telah mengoptimumkan banyak permainan lebih lama yang popular untuk turut dimainkan pada kadar 120 FPS. TV Mini LED TCL dengan kadar segar semula setinggi 144Hz dapat memberi kelebihan yang penting kepada pemain terutamanya untuk permainan berbilang pemain kompetitif yang mana masa tindak balas sekelip mata adalah sangat penting untuk meraih kemenangan, manakala pemain kasual akan turut menghargai kegerakbalasan tambahan dalam corak permainan.
Dikuasakan oleh teknologi Mini LED TCL, generasi TV baharu ini akan meningkatkan keseronokan visual dalam permainan dan kandungan yang padat dengan aksi lain. Dengan lebih 1,000 zon pemalapan setempat, TV Mini LED TCL 2022 menawarkan prestasi kecerahan yang mengagumkan, mencapai kontras yang menarik dan menonjolkan lebih banyak perincian demi pengalaman tontonan yang benar-benar imersif.
Dengan mengambil langkah yang berani untuk mengaplikasikan paparan kadar segar semula 144Hz kepada model TV Mini LED premium 2022, TCL memperkukuh komitmennya dalam teknologi Mini LED dan akan terus melabur di dalamnya serta menawarkan TV yang mengujakan dan memberi dorongan.
TCL menyasarkan untuk menjadi pengusaha utama dalam sektor TV Mini LED dalam tahun-tahun akan datang dengan standard pengeluaran yang lebih tinggi, kecekapan tenaga yang lebih tinggi dan prestasi imej yang premium.
Butiran lanjut mengenai TV Mini LED TCL 2022 akan didedahkan tidak lama lagi dalam suku tahun ini.
Ikuti kami di saluran media sosial TCL menerusi #TCLInspireGreatness #TCL_MiniLED #CES2022 untuk perkembangan terkini semasa CES 2022.
Twitter: @TCL_TV_Global
Facebook: @TCLElectronicsGlobal
Instagram: @tclelectronics
YouTube: @TCL Electronics
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.