omniture

Memecut sepantasnya! Susun Atur Global Tenaga Baharu GWM Berkembang Pesat

GWM
2022-01-10 09:29 224

BAODING, China, 10 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2021, GWM mencadangkan matlamat untuk mencapai emisi karbon sifar dalam beberapa tahun akan datang dan melancarkan pelbagai produk tenaga baharu dalam pasaran luar negara untuk mempercepatkan susun atur tenaga baharunya.

GWM melancarkan pelbagai model tenaga baharu
GWM melancarkan pelbagai model tenaga baharu

Dipacu oleh industri dan pasaran kenderaan tenaga baharu, GWM telah menjadi perintis dalam menyusun atur kenderaan elektrik hibrid dan melancarkan HAVAL H6 HEV dan HAVAL JOLION HEV terutamanya di Thailand. Disokong oleh teknologi HEV, kedua-dua kenderaan ini dapat mengekalkan penggunaan bahan api yang rendah di bawah keadaan jalan raya yang berbeza. Bagi kes kesesakan lalu lintas, model seperti ini dapat bertukar terus daripada enjin bahan api kepada enjin elektrik, menjimatkan bahan api sebanyak 35% hingga 50%.

Menurut laporan rasmi, HAVAL H6 HEV telah disenaraikan di kedudukan dua teratas dalam segmen SUV kelas-C di Thailand selama lima tahun berturut-turut manakala kenderaan lain juga mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh pengguna atas prestasi produknya yang cemerlang.

Bermatlamat untuk menembusi pasaran kereta matang Eropah, GWM turut melancarkan model PHEV dan BEV serta mempamerkan SUV WEY COFFEE 01 PHEV yang canggih di Internationale Automobil-Ausstellung 2021 yang diadakan di Munich, Jerman. Model ini membawakan kuasa dan kefleksibelan yang hebat yang dapat menghasilkan output kuasa gabungan antara bahan api dan tenaga elektrik dengan cepat bagi memastikan keselamatan pengguna apabila memotong terutamanya dalam senario pemanduan berkelajuan tinggi.

GWM sentiasa menjadikan inovasi teknologi sebagai terasnya dalam pembangunan tenaga baharu. Selepas persiapan selama lima tahun, syarikat ini melancarkan sistem DHT L.E.M.O.N. dengan pelaburan sebanyak CNY 20 bilion. Sistem ini boleh diserasikan dengan HEV, PHEV dan "PHEV+P4" serta model kuasa lain yang menyediakan suatu tahap kemudahan teknikal yang tertentu untuk seluruh industri ini.

Dari segi penyelidikan dan pembangunan tenaga baharu, GWM telah meneroka laluan pembangunan teknikal yang lain termasuk HEV, Kenderaan Elektrik Bateri dan sel bahan api hidrogen. Ketika ini, syarikat ini telah memulakan teknologi tenaga hidrogen dan menyiapkan projek operasi pertama dunia yang terdiri daripada 100 trak berkuasa hidrogen tugas berat 49-tan pada bulan Ogos 2021.

Seperti yang didedahkan dalam laporan jualan tahun 2021, jualan model tenaga baharu GWM berjumlah 136,953 buah kenderaan, menyumbang sebanyak 10.7% daripada jumlah jualannya (1.28 juta). Dalam tempoh empat tahun akan datang, syarikat ini akan terus memperluaskan susun atur kenderaan tenaga baharu dan berusaha lebih giat untuk mencapai matlamat strategik bagi membolehkan kenderaan tenaga baharu menguasai 80% daripada jumlah jualan global.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, GWM dijangka melabur sehingga sejumlah CNY 100 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya dalam bidang tenaga baharu dan kecerdasan untuk mengekalkan kedudukan utama secara teknikalnya dan mempercepatkan pencapaian matlamat emisi karbon sifar," kata Mu Feng, Presiden Bergilir GWM di Persidangan Pelancaran Global Strategi 2025.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services