omniture

TCL Pameran TV Mini LED 8K 85-inci Paling Nipis di CES 2022 Berserta Inovasi Paparan

TCL Electronics
2022-01-11 18:46 46

Prototaip TV Mini LED paling nipis akan dipamerkan bersama-sama monitor e-sukan Mini LED Berprestasi Tinggi dan peranti boleh pakai pintar yang terkini  

HONG KONG11 Januari 2022 /PRNewswire/ -- TCL, jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, telah kembali ke CES di mana ia akan mendedahkan prototaip TV Mini LED 8K paling nipis, monitor Mini LED WQHD 165Hz R1500 34-inci, TCL LEINIAO AR dan cermin mata TCL NXTWEAR AIR. TCL juga mempamerkan teknologi paparan yang terkini, TV Mini LED dan QLED, peranti mudah alih terbaharu dan rangkaian penuh perkakas rumah pintar di Dewan Tengah #17017, Pusat Konvensyen Las Vegas mulai 5-7 Januari 2022.


"Kami teruja dapat kembali ke tapak pameran di CES menerusi reruai interaktif yang hebat dan berbangga dapat menjadi sebahagian daripada industri yang dinamik ini," kata Juan Du, Pengerusi TCL Electronics. "Tahun ini, kami melancarkan tema baharu yang digelar sebagai #TCLInspireGreatness dan akan mendemonstrasikan bagaimana produk dan perkhidmatan kami dapat membantu orang ramai menjalani kehidupan, bekerja dan bermain dengan lebih baik setiap hari."

Selama bertahun-tahun, TCL telah memberi tumpuan untuk membangunkan teknologi Mini LED dan telah menjadi peneraju sebenar dalam industri paparan TV. Di CES 2022, TCL akan memaparkan lebih awal prototaip TV Mini LED 8K 85-inci, TV Mini LED paling nipis yang hanya berukuran 3.9mm dengan kontras yang tinggi daripada lebih 2,000 zon pemalapan setempat dan gamut warna yang amat luas. 

Di reruai CES 2022 TCL juga akan terdapat paparan interaktif yang menampilkan peranti boleh pakai pintar yang terkini dan monitor e-sukan berprestasi tinggi TCL termasuk yang berikut:

  • TCL LEINIAO AR – paparan Mikro-LED berwarna penuh binokular yang pertama dalam industri ini yang dikuasakan oleh teknologi pandu gelombang optik holografik yang terkini. Peranti ini juga merupakan paparan berwarna penuh yang pertama dalam industri ini yang ditawarkan dengan sepasang cermin mata pintar yang nipis dan ringan oleh TCL.
  • TCL NXTWEAR AIR – pengalaman sinematik mudah alih dengan skrin setara 140-inci dari jarak empat meter. Peranti ini meningkatkan pengalaman menonton untuk tontonan filem, permainan mudah alih, kerja pejabat secara jarak jauh dan untuk pengulang-alik. Dengan berat hanya 75g, dengan kanta standard, NXTWEAR AIR didatangkan dengan dua kanta depan yang boleh ditukar demi keselesaan dan gaya.
  • Monitor Mini LED WQHD 165Hz R1500 34-inci TCL CSOT – monitor yang direka khas untuk e-sukan. Dengan 1,152 zon pemalapan setempat paling banyak dalam industri, monitor 34-inci ini menyediakan kontras yang mengagumkan dan penghasilan semula perincian dan dengan kadar segar semula 165Hz, ia dapat menyediakan pemain yang serius dengan kegerakbalasan yang pantas, imejan yang tajam dan corak pemainan yang lancar.

TCL akan turut menawarkan demonstrasi Matter di reruai CES 2022. Matter ialah standard yang menyatukan industri, tanda kelulusan bahawa peranti pintar akan berfungsi dengan lancar bersama-sama.

Ikuti #TCLInspireGreatness #TCL_MiniLED #CES2022 untuk perkembangan terkini di CES 2022.

Twitter: @TCL_TV_Global & @TCL_USA
Facebook: @TCLElectronicsGlobal & @TCLUSA
Instagram: @tclelectronics & @TCL_USA
YouTube: @TCL Electronics & @TCL USA

Latar Belakang TCL

TCL ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.

Source: TCL Electronics
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news