omniture

Triple Ring Technologies dan Woods Hole Oceanographic Institution bekerjasama dalam penderiaan mikroplastik dalam air dengan geran EPA

Triple Ring Technologies
2022-01-12 13:44 16

NEWARK, California, 12 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Triple Ring Technologies dan Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI) bekerjasama untuk memenuhi keperluan yang tidak dipenuhi dalam penderiaan alam sekitar – menyediakan sensor mikroplastik mudah alih yang boleh dibawa ke lapangan yang mengukur bilangan zarah plastik dalam air. Pemahaman yang komprehensif tentang pencemaran mikroplastik amat terjejas disebabkan ketiadaan teknik analisis yang murah, mantap, tepat dan pantas. Terdapat keperluan mendesak untuk maklumat pengukuran sedemikian bagi memaklumkan pembuat dasar dan orang awam serta membangunkan dan menguruskan strategi pengurangan pencemaran plastik yang berkesan di badan-badan pengurusan air di seluruh dunia. Dengan bacaan yang tersedia dalam beberapa minit, sensor ini akan memastikan bahawa masa pensampelan lapangan adalah sangat produktif serta ia juga boleh digunakan dalam persekitaran makmal untuk mempercepatkan ujian sampel secara signifikan. 

Teknologi teras ini telah dibangunkan di dalam makmal di WHOI oleh Dr. Anna Michel, Saintis Bersekutu, Jabatan Kejuruteraan dan Fizik Lautan Gunaan, dengan mahasiswa kedoktoran, Beckett Colson. Membangunkan pembuktian konsep ke dalam sebuah unit tahan lasak yang boleh dibawa ke lapangan oleh Triple Ring Technologies di bawah kepemimpinan Dr. Sheila Hemami, Pengarah Kanan Inisiatif Pertumbuhan. Untuk mengembangkan lagi teknologi tersebut, Triple Ring Technologies telah dianugerahkan geran SBIR Fasa I oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar yang bertajuk "A fieldable, portable, reagent-free microplastic sensor enabling rapid readout and modular operation" (Sensor mikroplastik bebas reagen, mudah alih dan boleh dibawa ke lapangan membolehkan bacaan dengan pantas dan operasi modular) serta akan bekerjasama dengan WHOI untuk melaksanakan geran tersebut. 

Dr. Hemami dan Dr. Michel percaya bahawa alat baharu ini akan membolehkan penilaian yang mudah dan meluas terhadap pencemaran mikroplastik dalam laluan air, air buangan, air hujan dan penggunaan lain yang kehadiran mikroplastik menjadi kebimbangan. "Gabungan teknologi teras penderiaan WHOI dengan pengalaman Triple Ring dalam menyampaikan produk bersepadu akan memberikan pemahaman tentang pencemaran mikroplastik dengan ketara dan akan mendorong penyelesaian pengurangan berasaskan data," kata Dr. Hemami.

Dr. Michel menambah "Makmal saya amat berminat untuk membangunkan teknologi yang membolehkan kami mengira jumlah mikroplastik dalam air minuman, kolam, tasik dan lautan dengan mantap. Kami memerlukan sensor yang boleh digunakan di lapangan yang memberikan maklumat ini kepada kami supaya kami memahami pencemaran mikroplastik."

Tentang Triple Ring Technologies
Triple Ring Technologies ialah sebuah syarikat pembangunan bersama yang beribu pejabat di Silicon Valley serta mempunyai pejabat di Boston, Toronto dan Copenhagen. Syarikat ini bekerjasama dengan pelanggan dalam bidang teknologi perubatan, sains hayat dan kelestarian & alam sekitar untuk mencipta teknologi baharu, melancarkan projek inovatif serta memulakan usaha sama baharu. Keupayaan syarikat ini merangkumi R&D awal, pembangunan produk, pembuatan, kelulusan kawal selia, akses pasaran, pelaburan strategik dan inkubasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tripleringtech.com.

Tentang Woods Hole Oceanographic Institution
Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI) ialah sebuah organisasi swasta dan bukan berasaskan keuntungan di Cape Cod, Massachusetts yang dikhususkan untuk penyelidikan marin, kejuruteraan dan pendidikan tinggi. Penemuan rintis WHOI bermula daripada gabungan sains dan kejuruteraan yang ideal. WHOI terkenal dengan pendekatan pelbagai disiplin, operasi kapal yang unggul dan keupayaan robotik laut dalamnya yang tiada tandingan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.whoi.edu.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1426255/Triple_Ring_Technologies_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Triple Ring Technologies
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Environmental Issues Joint ventures New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)