omniture

Saramonic Blink900: Sistem Mikrofon Tanpa Wayar Dwi-Saluran 2.4GHz Takrifkan Semula Industri

Saramonic
2022-01-12 19:00 122

SHENZHEN, China, 12 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Saramonic secara rasminya melancarkan mikrofon tanpa wayar serba baharu: Sistem mikrofon tanpa wayar dwi-saluran 2.4GH Blink900 yang berpotensi menakrifkan semula industri ini.

Sistem Mikrofon Tanpa Wayar Dwi-saluran 2.4GHz Blink900
Sistem Mikrofon Tanpa Wayar Dwi-saluran 2.4GHz Blink900

Ciri-ciri luar biasa mengenai Saramonic Blink900

Dibina dengan teknologi DSP baharu, Blink900 menyampaikan bunyi yang luar biasa jelas dengan kependaman ultra-rendah 6ms pada jarak sehingga 200m.

Dibina dengan dwi-saluran, ia menawarkan lebih banyak penyelesaian rakaman kepada pengguna, mereka boleh menggunakan pemancar tunggal atau berganda dan boleh memilih mod mono atau stereo bagi merakam setiap saluran secara berasingan demi kefleksibelan yang hebat dalam pasca-penghasilan.

Sistem ini didatangkan dengan skrin LCD warna terang yang mengagumkan yang terbina dengan sensor cahaya, agar kecerahan skrin dapat bertindak balas secara automatik kepada perubahan dalam persekitaran supaya pengguna sentiasa memperoleh pengalaman menonton yang luar biasa jelas atau mereka dapat menukar kecerahan secara manual antara paras 1-10.

Didatangkan dengan berbilang aksesori yang berguna menjadikan sistem ini penyelesaian satu untuk semua untuk jenis senario keadaan penggunaan yang berbeza seperti 'Vlog', penstriman, membuat audio siar, temu bual, pengajaran dalam talian dan banyak lagi. Menerusi pelbagai jenis kabel dalam pakej, Blink900 dapat disambungkan ke kamera, telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.

Fungsi-fungsi yang menjadikan pengalaman merakam audio jauh lebih baik 

Hayat bateri: direka bentuk dengan bateri ion-litium boleh dicas semula sehingga 6 jam hayat bateri untuk pemancar dan penerima serta kotak pengecasan dapat menyediakan 3 kali ganda pengecasan penuh untuk penggunaan selama 18 jam.

Kawalan Perolehan Fleksibel: Kawalan perolehan paras 0-6 membolehkan anda menyesuaikan dengan tepat output ke peranti anda. Blink900 dapat membantu anda menormalkan output isyarat yang diperoleh dengan fungsi "Perolehan Auto".

Aksesori premium: Mikrofon lavalier berklip semua arah profesional SR-DK3G premium yang disertakan dapat menyediakan anda dengan bunyi yang sangat jelas sama seperti mikrofon terbina dalam pada pemancar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Saramonic Blink900, kunjungi di sini.

Latar Belakang Saramonic 

Saramonic terkenal sebagai sebuah syarikat yang kreatif dan inovatif dengan rangkaian luas mikrofon dan peralatan audio yang berkualiti dan bernilai untuk digunakan bersama kamera, telefon pintar, tablet dan peranti lain. Ia terus membangunkan produk yang inovatif dan kreatif bagi menyokong jurugambar video dan pencipta kandungan pada setiap tahap bermula daripada amatur kepada profesional untuk menghasilkan kandungan dengan audio yang sebaik mungkin.

Hubungi
Diana Wu 
Pengarah Jualan
info@saramonic.com

Source: Saramonic
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services