omniture

Next.e.GO Mobile menjadi pengeluar BEV bebas pertama untuk membolehkan para pelanggannya memperdagangkan sijil CO2 (kuota GHG) mereka

Next.e.GO Mobile SE
2022-01-12 19:44 12

- Penyelesaian ini akan dapat diakses melalui aplikasi atau laman sesawang e.GO Connect yang membolehkan para pelanggan e.GO untuk memperdagangkan sijil CO2 (kuota GHG) mereka.

- Pelanggan e.GO Life boleh mendapatkan manfaat kewangan sehingga EUR 300 setahun.

- e.GO Mobile telah memilih Fairnergy sebagai rakan kongsi rasmi pertamanya.

- e.GO Mobile akan menggunakan kredit kewangan daripada perdagangan sijil CO2 kenderaan syarikat sedia adanya untuk menyokong projek lestari.

AACHEN, Germany, 12 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Next.e.GO Mobile SE, pengeluar bebas Jerman bagi kenderaan elektrik bandar yang inovatif dan lestari, hari ini mengumumkan bahawa ia akan membolehkan para pelanggannya memperdagangkan kuota GHG (sijil CO2) mereka. Bersama-sama dengan rakan kongsinya Fairnergy, e.GO Mobile menawarkan pemprosesan yang mudah dan pantas bagi penjualan kuota GHG melalui aplikasi atau laman sesawang e.GO Connect. Para pemilik e.GO Life kini boleh mendapat sehingga 300 Euro setahun daripada penjualan kuota GHG mereka. Manfaat daripada penjualan sijil tersebut akan dikreditkan kepada pelanggan. Selain itu, e.GO bersama-sama Fairnergy menawarkan kepada pelanggan peluang untuk menggunakan kesemua atau sebahagian daripada kredit ini secara terus melalui platform untuk menyokong projek lestari terpilih yang seterusnya memberikan sumbangan yang sebenar dan berkekalan kepada peralihan tenaga bebas pelepasan.

Next.e.GO Mobile enables its customers to trade their CO2 certificates (GHG quota)
Next.e.GO Mobile enables its customers to trade their CO2 certificates (GHG quota)

Beberapa arahan dan inisiatif telah ditumpukan kepada menangani objektif pengurangan pelepasan di seluruh benua dengan mempromosikan penyelesaian yang menjimatkan kos dan cekap dari segi ekonomi. ETS EU telah menjadi sistem 'had dan pasar' peringkat pemasangan yang pertama di dunia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG). Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui (RED II) EU telah diperkenalkan untuk menangani sasaran pengurangan GHG. Dan rangka kerja kawal selia ETS Kebangsaan (nETS) Jerman yang berkuat kuasa pada tahun 2021 bertujuan untuk melengkapkan ETS EU yang membuka laluan kepada kuota pengurangan gas rumah hijau (kuota GHG) yang diperuntukkan secara sah di sisi undang-undang kepada kenderaan elektrik yang dikuasakan bateri tulen yang boleh didagangkan dan dijual.

Untuk memudahkan proses dan membolehkan para pelanggan mendapat manfaat daripada pembelian dan penggunaan e.GO Life - iaitu kenderaan elektrik yang dikuasakan bateri tulen kami - e.GO Mobile telah bergabung tenaga dengan Fairnergy dan menjadi pengeluar kenderaan elektrik bateri bebas pertama yang menawarkan penyelesaian bersepadu, digital dan lancar kepada para pelanggannya di Jerman.

"Memanfaatkan teknologi dan inovasi kami untuk memacu mobiliti bandar yang bebas pelepasan telah menjadi agenda utama kami. Dengan memilih untuk menjadi salah satu BEV bandar yang paling lestari, memasukkan pelanggan kami ke dalam perjalanan ini dan membolehkan mereka mendapat manfaat daripada pilihan mereka yang bertanggungjawab ini adalah sesuatu yang kami titik beratkan di e.GO. Dengan menjadi BEV bebas pertama yang menawarkan perdagangan kuota GHG kepada pelanggannya, kami mengambil satu lagi langkah penting ke arah menjadikan mobiliti elektrik lebih menarik. Bersama-sama dengan rakan kongsi kami yang benar-benar lestari, kami menjadikan proses itu selancar dan secekap yang mungkin untuk pelanggan kami," kata Ali Vezvaei, Pengerusi Lembaga Pengarah Next.e.GO Mobile SE.

Next.e.GO Mobile akan mendermakan manfaat berbentuk kewangan daripada perdagangan kuota GHG kenderaan sedia ada syarikat untuk menyokong projek lestari.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1724464/ghg.jpg?p=medium600

Source: Next.e.GO Mobile SE
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Transportation Environmental Issues New products/services