omniture

Xinhua Silk Road: Wuhu Timur China pertimbangkan inovasi teknologi sains dan pembangunan digital

Xinhua Silk Road
2022-01-18 16:20 129

BEIJING, 18 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Bandar Wuhu, Wilayah Anhui, timur China mempertimbangkan usaha untuk meningkatkan inovasi sains dan teknologi serta pendigitalan bagi mendorong penaiktarafan industri.

Wuhu telah menjadi pintu masuk perdagangan sejak zaman dahulu kala dan melahirkan budaya komersial serta semangat pengembaraan, kata Ning Bo, datuk bandar bagi bandar berkenaan.

Photo shows Ning Bo, mayor of Wuhu in east China's Anhui Province.
Photo shows Ning Bo, mayor of Wuhu in east China's Anhui Province.

"Inovasi merupakan pendorong pembangunan perusahaan yang kritikal. Wuhu telah membentuk suasana yang berbeza bagi menyokong inovasi dan menghormati semangat keusahawanan," kata Ning.

Wuhu telah merumuskan pelbagai dasar untuk menggalakkan individu dan perusahaan terlibat dalam inovasi teknologi sains. Ia telah membangunkan sepuluh taman inovasi dengan kawasan berkeluasan lebih daripada 3 juta meter persegi yang sesuai untuk orang muda memulakan perniagaan dan memperuntukkan subsidi sebanyak 1 bilion yuan untuk inovasi bebas setiap tahun.

Wuhu turut melaksanakan rancangan tiga tahun untuk menggandakan bilangan perusahaan berteknologi tinggi dengan pelbagai langkah diamalkan seperti ganjaran prestasi, sokongan projek, subsidi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan insentif ekuiti untuk merangsang inovasi perusahaan.

Pada tahun 2021, pelaburan penyelidikan dan pembangunan Wuhu menyumbang sebanyak 3.34 peratus daripada KDNKnya.

Photo shows the host venue of a cultural festival held in Wuhu, east China's Anhui Province. (Xinhua/Wang Fei)
Photo shows the host venue of a cultural festival held in Wuhu, east China's Anhui Province. (Xinhua/Wang Fei)

Ketika ini, sejumlah 55 pusat inovasi R&D yang penting telah dibina di Wuhu, membentuk satu perempat daripada jumlah keseluruhan di wilayah berkenaan. Sebanyak 580 pasukan bakat teknologi sains tahap tinggi telah dihimpunkan dan 1,276 perusahaan teknologi tinggi serta 1,521 perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) berasaskan teknologi telah ditubuhkan di bandar berkenaan.

Photo shows the Chery Automobile's intelligent workshop.
Photo shows the Chery Automobile's intelligent workshop.

Internet industri dapat memperkasakan transformasi dan penaiktarafan industri bagi menggalakkan pembuatan pintar dalam era digital, tambah Ning.

Wuhu telah mengeluarkan garis panduan bagi memilih 100 perusahaan demonstrasi penanda aras untuk menggalakkan pembangunan Internet industri yang inovatif dan mewujudkan platform perkhidmatan yang komprehensif bagi memberi sokongan teknologi kepada PKS.

Sementara itu, Internet industri dan projek serta perkhidmatan perusahaan digabungkan dengan baik untuk menggalakkan transformasi dan penaiktarafan ekonomi sebenar dengan purata margin keuntungan perusahaan meningkat sebanyak satu peratus.

Menjelang tahun 2023, lebih daripada 3,000 PKS dijangka menggunakan platform awan untuk merealisasikan transformasi digital.

Photo shows an aircraft production workshop of Wuhu Aviation Industrial Park. (Xinhua/Wang Fei)
Photo shows an aircraft production workshop of Wuhu Aviation Industrial Park. (Xinhua/Wang Fei)

Di samping itu, Wuhu turut merancang untuk membina tapak R&D kuasa penerbangan bersaiz kecil dan sederhana serta tapak inovasi pembuatan pintar selain mempercepatkan pembangunan bersepadu penyelenggaraan penerbangan.

https://en.imsilkroad.com/p/325957.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Mining/Metals Publishing/Information Service Telecommunications STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)