omniture

Jenama Ikonik M&M'S(R) Mengumumkan Komitmen Global untuk Mewujudkan Dunia Di Mana Semua Orang Merasakan Diri Mereka Diterima

M&M'S, yang dengan bangganya merupakan sebahagian daripada Mars, Incorporated, melancarkan platform global untuk meningkatkan semangat kekitaan bagi sepuluh juta orang menjelang tahun 2025, di mana platform ini dapat membantu untuk menghubungkan dan meraikan satu sama lain
Mars
2022-01-20 14:05 139

NEWARK, NJ, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- M&M'S®, sebahagian daripada portfolio jenama Mars, Incorporated, telah mengumumkan komitmen global untuk mencipta dunia di mana semua orang merasakan diri mereka diterima, dan masyarakat yang bersifat inklusif. Pengumuman oleh jenama gula-gula ikonik itu dibina setelah lebih daripada 80 tahun menyatukan orang ramai dengan gula-gula yang berperisa dan berwarna-warni bersaiz gigitan yang merupakan sebahagian daripada strategi jenama M&M'S yang berkembang dengan tujuan yang jelas, iaitu menjanjikan untuk menggunakan kuasa keseronokan untuk melibatkan semua orang dengan matlamat untuk meningkatkan semangat kekitaan untuk 10 juta orang di seluruh dunia menjelang 2025.

 

 

"M&M'S telah lama komited untuk mencipta keseronokan yang berwarna-warni untuk semua, dan tujuan ini berfungsi sebagai komitmen yang lebih konkrit kepada perkara yang selalu kami percaya sebagai jenama: bahawa setiap orang berhak menikmati detik-detik kebahagiaan dan keseronokan di mana ia  adalah cara yang paling berkuasa untuk membantu orang ramai merasakan bahawa mereka diterima," kata Cathryn Sleight, Ketua Pegawai Pembangunan di Mars Wrigley. "Sebagai salah satu jenama gula-gula yang paling ikonik di dunia, siapa yang lebih baik untuk komited kepada dunia dengan lebih banyak detik kebahagiaan dengan meningkatkan rasa kekitaan di seluruh dunia berbanding M&M'S?"

Kajian[1] menunjukkan keinginan kita untuk diterima adalah sama kuatnya dengan keinginan kita untuk disayangi dan keinginan itu adalah perkara biasa bagi semua orang tanpa mengira budaya, bangsa, etnik, geografi atau lokasi. M&M'S menggunakan persepsi ini untuk mencipta M&M'S FUNd untuk menjejaki kesan jenama terhadap misi kami, yang akan menawarkan sumber, bimbingan, peluang dan bantuan kewangan dalam bidang seni dan hiburan untuk membantu memastikan orang ramai mendapat akses kepada pengalaman yang dapat dirasakan oleh semua orang dan menjadikan mereka rasa diterima.

Tahun ini, peminat jenama ikonik M&M'S juga akan melihat perubahan dalam rupa dan rasa jenama itu sebagai sebahagian daripada evolusinya yang masing-masing bertujuan untuk mencerminkan komitmen baharunya iaitu:

  • Pandangan yang segar dan moden pada karakter kesayangan kami dan personaliti yang lebih diperhalusi untuk menekankan kepentingan ekspresi diri dan kuasa komuniti melalui penceritaan
  • Tumpuan yang dipertingkatkan pada palet warna ikonik jenama dan penggunaan pelbagai bentuk dan saiz lentil M&M'S merentas semua titik sentuh untuk membuktikan bahawa bersama-sama, kita lebih menyeronokkan
  • Penekanan tambahan pada '&' – elemen tersendiri dalam logo M&M'S yang berfungsi untuk menghubungkan kedua-dua 'M' – akan digunakan dengan lebih jelas untuk menunjukkan tujuan jenama itu untuk menyatukan orang ramai
  • Nada suara yang dikemas kini yang lebih inklusif, mengalu-alukan dan menyatukan, sambil mengekalkan elemen jenaka pintar dan lucu melalui tukang lawak kami yang terkenal.

"Kami teruja untuk mendedahkan rupa dan rasa jenama M&M'S baharu kami, yang akan menjadi kenyataan dan dapat dilihat oleh peminat di semua titik sentuh M&M'S di seluruh dunia," kata Jane Hwang, Naib Presiden Pemasaran Global, Mars Wrigley. "Daripada inovasi produk baharu kepada kempen jenama, karakter kami yang berkembang dan kedai runcit kami yang berpengalaman, kami akan menggabungkan visual berwarna-warni, mesej yang inklusif dan tujuan kami ke dalam semua yang kami lakukan untuk membuktikan bahawa dengan gabungan semua, kami lebih menyeronokkan. Malah, tujuan ini sudah pun dipamerkan sepenuhnya di kedai baharu M&M'S di Berlin, yang menampilkan pelbagai bahasa pada papan tanda sebagai jemputan kepada semua dan meraikan rakan sekerja kami yang terdiri daripada pelbagai budaya, latar belakang dan generasi yang berbeza."

Komitmen global yang baharu daripada M&M'S hanyalah salah satu daripada banyak tindakan yang diambil dari Mars, Incorporated untuk mewujudkan dunia di mana masyarakatnya yang bersifat inklusif. Ini termasuk komitmen kepada keseimbangan jantina di dalam pasukan kepimpinan, menjalankan audit kepelbagaian tahunan bebas bagi pengiklanannya (dijalankan oleh Institut Geena Davis) dan peranannya sebagai Pengerusi Unstereotype Alliance, yang juga sebahagian daripada Wanita PBB, antara lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tujuan jenama baharu M&M'S atau untuk melihatnya menjadi kenyataan, peminat boleh melawati M&M'S di Facebook, InstagramTwitter atau di MMS.com.

LATAR BELAKANG MARS, INCORPORATED

Selama lebih seabad, Mars, Incorporated telah didorong oleh kepercayaan bahawa dunia yang kita inginkan esok bermula dengan cara kita menjalankan perniagaan pada hari ini. Idea ini adalah tumpuan kepada tujuan kami sebagai perniagaan global, milik keluarga. Hari ini, Mars sedang bertransformasi, berinovasi dan berkembang dengan cara yang mengesahkan komitmen kita untuk memberi kesan positif kepada dunia di sekeliling kita.

Di seluruh portfolio kami yang pelbagai dan berkembang bagi produk dan perkhidmatan konfeksionari, makanan dan penjagaan haiwan, kami mempunyai 133,000 rakan sekerja yang berdedikasi di mana semuanya bergerak ke arah yang sama: ke hadapan. Dengan jualan tahunan $40 bilion, kami menghasilkan beberapa jenama yang paling digemari di dunia termasuk DOVE®, EXTRA®, M&M's®, MILKY WAY®, SNICKERS®, TWIX®, ORBIT®, PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, SKITTLES®, BEN'S ORIGINAL™, WHISKAS®, COCOAVIA®, dan 5™; dan menjaga separuh daripada haiwan peliharaan dunia melalui perniagaan pemakanan, kesihatan dan perkhidmatan kami, termasuk AniCura, Banfield Pet Hospitals™, BluePearl®, Linnaeus dan VCA™.

Kami tahu kami hanya boleh benar-benar berjaya jika rakan kongsi kami dan komuniti tempat kami beroperasi juga berjaya. Lima Prinsip Mars – Kualiti, Tanggungjawab, Kebersamaan, Kecekapan dan Kebebasan – memberi inspirasi kepada rakan sekerja kami untuk mengambil tindakan setiap hari untuk membantu mencipta dunia esok di mana planet ini, manusia dan haiwan peliharaannya boleh berkembang maju. The Mars Compass, yang diilhamkan oleh Economics of Mutuality (Kebersamaan Ekonomi), digunakan untuk mengukur kemajuan syarikat dalam melaksanakan tujuannya; Dunia yang kita inginkan esok bermula dengan cara kita menjalankan perniagaan pada hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mars, sila kunjungi mars.com. Sertai kami di Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.

[1] Maslow and the Motivation Hierarchy: Measuring Satisfaction of the Needs;
Coqual: The Power of Belonging


Source: Mars
Keywords: Food/Beverages Retail New products/services Future Events