omniture

Pengerusi Trina Solar Gao Jifan: Solar lebih baik, dunia lebih baik

Trina Solar Co., Ltd
2022-01-24 15:08 201

CHANGZHOU, China, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Dengan pelancaran modul kuasa ultra tinggi 670W+ pada bulan Mac 2021, Trina Solar memimpin industri ini menuju era 600W+ dan menyerlahkan nilai penuh teknologi 210mm, membawa bersamanya rangsangan yang mendadak dalam kecekapan PV dan penurunan dalam LCOE. Penghantaran global kumulatif bagi modul 210mm daripada Trina Solar ini kini melebihi 16GW.

Jadi, bagaimana caranya untuk kami meningkatkan prestasi PV yang sudahpun hebat ini dan menjadikannya lebih baik? Berucap sempena bermulanya tahun 2022, Pengerusi Trina Solar Jifan Gao mendedahkan mengenai idea-idea asal beliau di sebalik pembangunan teknologi modul 210mm berserta hala tuju masa depannya.

Berikut merupakan petikan terpilih daripada ucapan persidangan beliau.

Pencapaian besar: teknologi canggih 210mm ialah masa depan, era 600W+ telahpun tiba

Dalam pembikinan selama lebih daripada dua tahun dan menerusi penglibatan bersama dan usaha daripada syarikat-syarikat dalam seluruh industri dan pelanggan global kami, teknologi 210mm telah menjadi penanda aras untuk produk bersaiz besar yang membawa peluang yang besar untuk seluruh industri ini. Hasil daripada kerja keras dan sumbangan besar yang diberikan dalam setiap aspek dalam industri solar inilah kami mampu mencapai ke tahap ini.

Modul 210mm Trina Solar kini merupakan produk kami yang paling terkini dengan penghantaran kumulatif melebihi 16GW dan ia tidak diragukan lagi menduduki kedudukan pertama dalam kalangan kesemua jenama modul bersaiz besar. Ini bukan sekadar satu pencapaian untuk Trina Solar, tetapi juga kejayaan yang besar bagi pihak semua ahli Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka Fotovolta 600W+ (600W+ Photovoltaic Open Innovation Ecological Alliance).

Kini, kami dapat menyaksikan bekalan bahan-bahan mentah yang mengalir dengan lancar, modul 210mm pula menjadi peneraju dalam mencapai pempiawaian modul, penyesuaian penyongsang dan penjejak yang komprehensif dalam seluruh rantaian bekalan 600W+, peningkatan yang sangat besar dari segi keselamatan dan kecekapan sistem stesen janakuasa dan pengurangan yang signifikan dalam LCOE. Selain itu, kapasiti pengeluaran dalam rantaian bekalan terus bertambah dengan teknologi 210mm, sementara keahlian Perikatan 600W+ kini melonjak kepada 95 buah syarikat, kesemuanya didorong oleh penerimaan dan keyakinan mereka terhadap teknologi ini. Dua tahun kemudian, modul 210mm kini merupakan hala tuju ke hadapan yang telahpun disahkan dan jelas untuk industri PV.

Rasa bersyukur: Ekosistem yang subur melahirkan teknologi 210mm

Penyelesaian perintis yang baharu dan juga kemajuan besar dalam modul dan teknologi 210mm telah memulakan era berkuasa tinggi 600W+. Hal ini disebabkan oleh sumbangan besar yang dibuat di setiap peringkat dalam rantaian bekalan selain usaha bersama dalam seluruh industri untuk membawa penemuan baharu. Ia merupakan hasil daripada Perikatan 600W+ atas penerokaan tanpa jemu mereka. Bermula daripada semikonduktor kepada sel, modul, penyongsang, penjejak dan kaca, bahagian yang berbeza dalam rantaian bekalan telah bergabung untuk memberi kesan kepada perubahan yang besar dalam industri PV. Teknologi 210mm telah berupaya untuk menerajui jalan bagi menjadikan modul bersaiz besar sebagai standard industri.

Trina Solar sendiri juga telah mencatatkan kemenangan berturut-turut dalam bidang-bidang khusus seperti prestasi beban, penghantaran kontena, penyimpanan, pengangkutan dan pemasangan. Sebagai contoh, rintangan beban angin modul 210mm. Keputusan daripada satu kajian oleh sebuah syarikat terowong angin global yang terkemuka menunjukkan bahawa modul 210mm, menerusi reka bentuk strukturnya yang padu, bukan sahaja setanding dengan mana-mana produk lain, ia benar-benar dapat mengatasi produk-produk lain.

Perkara ini menunjukkan kepentingan adanya pendekatan terbuka dalam inovasi syarikat dan kemajuan industri. Kini, ketika kita memasuki era 600W+, teknologi dan produk 210mm bersedia untuk berkembang pesat dan menyerlahkan lebih banyak kuasa.

Memberi manfaat kepada orang lain: Motif di sebalik modul 210mm

Di dunia ini, hanya terdapat satu model perniagaan yang dapat membawa kejayaan yang sebenar: memberi manfaat kepada orang lain. Motif ini mendorong setiap keputusan dan setiap langkah yang diambil oleh Trina Solar. Didorong oleh keinginan untuk memberi manfaat kepada orang lain, terdapat dua sebab asas mengapa Trina Solar memilih teknologi 210mm:

1. Untuk melambatkan susut nilai dan mendepani masa depan

Bermula daripada sel dan modul 125mm kepada 156mm dan daripada 158.75mm kepada 166mm, setiap kali industri ini melonjak ke hadapan, ia turut membawa bersama sejumlah besar susut nilai peralatan baharu. Namun begitu, industri ini menginginkan pariti grid dan pengurangan kos pengeluaran. Jadi, bagaimana kami dapat meminimumkan keperluan untuk lelaran barisan produk baharu secara berturut-turut pada masa depan dan memaksimumkan nilai kapasiti pengeluaran industri baharu dalam tempoh yang tertentu? Masalah inilah yang telah lama difikirkan oleh saya dan Trina Solar.

Apabila kami mengeluarkan modul 210mm, kami tidak menyasarkan untuk menggantikan sebarang produk tertentu, sebaliknya kami memikirkan mengenai saiz yang akan menjadi hala tuju masa depan dalam industri PV. Kami ingin melihat masa kini dari sudut pandang masa depan, bagi mengenal pasti saiz yang akhirnya dapat berkekalan sepanjang tempoh masa yang ditetapkan. Modul 210mm diilhamkan dengan mendepani hala tuju pertumbuhan masa depan dan kemudiannya membentuk teknologi "platform" berdasarkan kepada sifat-sifat sedia ada dan pelbagai faktor penyumbang. Ini akan dapat membantu semua syarikat mencapai pertumbuhan yang berterusan, seraya dapat mewujudkan industri yang lebih baik.

Selepas hampir dua tahun bekerja keras, jelas bahawa teknologi 210mm mendapat keyakinan daripada industri ini. Menurut anggaran oleh PVinfoLink, lebih 50% kapasiti pengeluaran kini serasi dengan saiz 210mm. Keputusan oleh pengeluar sel dan modul untuk menggunakan teknologi 210mm sebagai asas untuknya memperluaskan kapasiti pengeluaran dapat mengelakkan kapasiti pengeluaran mereka menjadi ketinggalan zaman tidak lama lagi. Ini bermakna kitaran hayat pengeluaran yang lebih lama secara menyeluruh.

2. Untuk mendorong pembangunan industri melalui inovasi teknologi 

Industri PV mempunyai keupayaan inovatif yang mengagumkan. Apabila 600W+ ditemui, semua orang memberi tindak balas positif kepada cadangan tersebut dan berminat untuk terlibat meskipun besar cabarannya. Suasana baharu terhasil antara pengusaha huluan dan hiliran. Mereka membina budaya inovasi bersama, faedah bersama dan pertumbuhan secara bersama. Melalui gabungan usaha daripada seluruh industri ini, kepantasan yang membolehkan teknologi 210mm membangun jauh melangkaui jangkaan asal kami.

Semua syarikat berusaha untuk mencapai pertumbuhan yang lebih baik. Namun begitu, Trina Solar menyedari bahawa apabila anda memberi manfaat kepada orang lain, anda membawa manfaat kepada diri sendiri. Kami akan terus berkembang hanya jika kami memberi manfaat kepada pelanggan kami dan ekosistem industri ini yang lebih luas.

Masa depan: Mengikuti landasan yang betul menerusi inovasi dan kelestarian 

Daripada asas yang telahpun diletakkan, kami harus berpegang kepada cara yang betul dan dalam masa yang sama sentiasa mencari ruang lingkup yang baharu. Trina Solar berpegang teguh kepada nilai-nilai terasnya sambil tekal menerobos sempadan penyelesaian produknya. Masa depan hanyalah permulaan; teknologi ini mempunyai banyak jalan yang masih belum diterokai dan terdapat banyak tugas yang masih belum diselesaikan. Trina Solar akan terus mendukung misinya iaitu "Tenaga solar untuk semua". Kami berharap dapat bekerjasama dengan anda semua, secara berterusan namun pastinya, bagi menjadikan PV lebih baik lagi.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Semiconductors Utilities