omniture

PENJUAL ONLINE ASIA TENGGARA KEKAL OPTIMIS KETIKA MEREKA BERSEDIA MENDEPANI ERA BAHARU RUNCIT OMNISALURAN

Indeks Keyakinan Perdagangan Digital dari Lazada mendedahkan bahawa keyakinan penjual masih kekal tinggi sepanjang tahun 2021, menandakan tahun yang hebat di hadapan untuk industri perdagangan digital
Lazada Group
2022-01-27 10:00 192

Untuk melihat infografik penemuan ini, sila klik di sini.

SINGAPURA, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Para penjual Asia Tenggara sedang menyesuaikan diri dengan era runcit omnisaluran baharu, menurut penemuan daripada Indeks Keyakinan Perdagangan Digital (DCCI) Suku Keempat 2021 Lazada. Walaupun ketika suku terakhir tahun tersebut menyaksikan mobiliti[1] yang lebih tinggi dan kembalinya trafik kaki ke kedai fizikal apabila sekatan pergerakan COVID-19 dilonggarkan, hampir separuh (47%) daripada penjual dalam talian berkata mereka telah mengalami lebih daripada 10% peningkatan dalam jualan mereka pada tempoh yang sama.

"Kami menyaksikan bahawa pada suku terakhir tahun 2021, orang ramai kurang meluangkan masa di rumah dan semakin mengunjungi outlet runcit dan rekreasi fizikal. Trend ini, apabila dilihat berbanding kejayaan musim festival membeli-belah dalam talian akhir tahun, menunjukkan bahawa pengguna hari ini mengambil pendekatan yang lebih berkombinasi terhadap jualan runcit berbanding sebelum ini, membuat pembelian secara dalam talian dan luar talian dengan cara yang dapat memenuhi keperluan mereka, menambah nilai dan memberi kemudahan," kata Magnus Ekbom, Ketua Pegawai Strategi Lazada Group.

Kajian ini, kini memasuki edisi ketiganya, turut menunjukkan bahawa di kala pandemik dan ketidaktentuan yang masih berterusan ini, para penjual kekal yakin selama tahun 2021, dan optimis terhadap prestasi jualan mereka. 70% responden dalam separuh pertama tahun 2021 menjangkakan bahawa sekurang-kurangnya 10% peningkatan dalam jualan pada suku tahun berikutnya, diikuti oleh 76% dalam suku ketiga tahun 2021 dan 74% dalam laporan suku keempat 2021 yang terkini. Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun tanpa adanya festival membeli-belah yang besar, penjual dalam talian terus dapat berdaya tahan.

Indek Keyakinan Perdagangan Digital terbaru ini dilaksanakan dalam suku keempat tahun 2021 yang melibatkan 1,126 penjual dalam talian dari seluruh Asia Tenggara mengambil bahagian. Hasil laporan terkini turut mendapati bahawa 76% penjual berkata mereka akan menambah lagi inventori mereka sekurang-kurangnya sebanyak 10% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2022.

Di samping itu, tatkala pengguna menyesuaikan tabiat membeli-belah mereka untuk menggabungkan campuran kunjungan ke outlet fizikal, serta membeli-belah dalam talian bagi tujuan kemudahan dan nilai, terdapat keyakinan daripada penjual dalam kategori-kategori produk yang berbeza mengenai sejauh mana usaha ini akan menghasilkan peningkatan hasil jualan mereka. Terutamanya, memandangkan kebanyakan penduduk yang bekerja di wilayah ini mengandaikan persediaan kerja hibrid, menggabungkan urusan kerja dari rumah dan perjalanan ke pejabat, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila penjual dalam kategori fesyen (75%) dan barangan elektronik (73%) merupakan penjual yang paling optimis mengenai jangkaan peningkatan jualan mereka di sepanjang tiga bulan akan datang.

Perniagaan-perniagaan menyedari keperluan untuk berusaha menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli-belah secara dalam talian sekali gus memastikan produk mereka kekal pada harga yang kompetitif. Ramai penjual juga menyedari faedah-faedah platform dalam talian apabila melibatkan hal untuk menarik, mengekalkan dan berinteraksi dengan pengguna melalui inisiatif seperti shoppertainment. Selaras dengan sentimen terdahulu mereka pada tahun 2021, dalam kajian suku keempat tahun 2021 ini, 59% daripada penjual yang disoal selidik memetik untuk menarik lebih banyak trafik dalam talian daripada pembeli-belah dan 54% menyatakan persaingan harga yang semakin meningkat sebagai dua peluang utama untuk mencapai pertumbuhan dalam suku pertama tahun 2022.

Chong Hin Ng, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Insight, berkata: "Hari ini, perjalanan membeli-belah pelanggan adalah jauh lebih rumit: Pelanggan semakin membeli-belah secara berkombinasi antara saluran fizikal dan dalam talian. Trend yang sama ini turut terpakai kepada semua kategori produk termasuk membeli-belah kosmetik, fesyen, malah makanan dan barang runcit. Meskipun tingkah laku ini bukan sesuatu yang baharu, tingkah laku ini ditingkatkan oleh stay-home economy semasa pandemik ini. Justeru itu, agar mendapat peluang yang lebih tinggi bagi memenangi hati pelanggan, jenama-jenama perlu menyepadukan pengalaman dalam talian dan luar talian merentas pelbagai titik sentuh dan memanfaatkan teknologi bagi mencipta semula 'sentuhan manusia' dalam ruang digital."

DCCI ialah kajian yang pertama seumpamanya yang berusaha untuk memetakan trend dalam perdagangan digital dengan mengindeks sentimen serta tahap keyakinan penjual dalam talian Asia Tenggara. Ia mengukur tahap keyakinan perniagaan berdasarkan kepada tinjauan dan pendapat daripada penjual dalam talian di Asia Tenggara (Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Singapura). Dalam suku keempat tahun 2021, Lazada menyoal selidik 1,126 penjual mengenai prestasi jualan dalam talian semasa dan jangkaan mereka terhadap perniagaan perdagangan digital pada masa akan datang. Indeks ini berjulat daripada 0 hingga 100, dengan 0 adalah "sangat pesimis" dan 100 adalah "sangat optimis" pada spektrum.

Latar Belakang Lazada Group 

Ditubuhkan pada tahun 2012, Lazada Group ialah platform eDagang yang terkemuka di Asia Tenggara. Kami mempercepatkan kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian logistik dan pembayaran terbesar di rantau ini, Lazada merupakan sebahagian daripada kehidupan harian pengguna kami di rantau ini dan kami menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan kepada 300 juta pembeli-belah menjelang tahun 2030. Sejak tahun 2016, Lazada merupakan platform unggulan Asia Tenggara daripada Alibaba Group yang dikuasakan oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.

[1] Trend Mobiliti COVID-19 Google

 

Source: Lazada Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail