omniture

Kebolehkesanan Sarine Diamond Journey(TM) dan Penggredan Berpandukan AI Diterima Pakai oleh High Jewellery Maison Boucheron

Sarine Technologies Ltd.
2022-01-27 13:54 198

HOD HASHARON, Israel, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Sarine Technologies Ltd. (U77:SI; SARN.TA) yang disenaraikan di Singapore Exchange Mainboard dan Tel Aviv Exchange, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa High Jewellery Maison Boucheron Perancis, dimiliki oleh Kering Group (KER.PA), melancarkan barisan barang kemas pengantin baharu yang boleh dikesan sepenuhnya, Etoile de Paris, yang mana ia bekerjasama dengan Sarine untuk memberi laporan berlian berjenama Boucheron "dikuasakan oleh Sarine".


Laporan yang dijenamakan bersama ini merangkumi maklumat komprehensif yang menjejaki berlian bermula daripada bentuk kasar semula jadinya melalui transformasi menjadi permata akhir, mendokumentasikan perlombongan dan pemprosesan oleh ekosistem rantaian bekalan yang dipilih dengan teliti oleh Boucheron dengan persembahan visual berlian sepanjang proses dan dalam bentuk gilap akhirnya, berserta penggredan 4C terperinci menggunakan teknologi AI Sarine yang utama dalam industri ini. Laporan boleh didapati hanya dalam format digital, lantas memperlihatkan komitmen berterusan oleh Boucheron terhadap industri barang kemas lestari dan direka bentuk dengan teliti menerusi bahasa digital dan visual Boucheron, meningkatkan hubungan antara berlian fizikal dan representasi digitalnya. Contoh laporan boleh dilihat di https://api.sarine.com/viewer/v2/0H8235TRVID.

Boucheron, selaras dengan strategi keseluruhan Kering's Group berada di barisan hadapan industri ini menerusi pendekatan proaktif tanpa kompromi terhadap kelestarian, lantas berusaha untuk menerima pakai penyelesaian kebolehkesanan berlian yang paling komprehensif dan canggih yang tersedia. Ia memilih Sarine Diamond Journey™ kerana ia merupakan satu-satunya penyelesaian yang boleh diskala berdasarkan kepada data sebenar yang boleh disahkan yang dihasilkan oleh proses yang menjejaki berlian dalam seluruh perjalanannya, bukan sahaja melalui bahagiannya yang terpecah-pecah. Aplikasi AI, didayakan oleh teknologi baharu Sarine yang menggredkan 4C berlian, memastikan tahap ketepatan tertinggi maklumat yang didokumentasikan dengan menghapuskan subjektiviti dan kesilapan manusia.

Sijil Berlian Boucheron dalam format digital yang menarik dan selamat, mencipta representasi digital sepenuhnya untuk berlian. Representasi ini disesuaikan untuk mempersembahkan data dalam bahasa jenama Boucheron, memastikan agar berlian bukan sekadar satu lagi komoditi, sebaliknya tawaran unik daripada Boucheron. Kebolehannya untuk memberi laporan berlian dijenamakan bersama, memaparkan nama Maison di atasnya, merupakan evolusi penting yang membolehkan mereka mengukuhkan keeksklusifannya dalam pasaran jualan yang sesak.

Hélène Poulit-Duquesne, Ketua Pegawai Eksekutif Boucheron, menyatakan, "Visi kami adalah untuk menerajui pasaran barang kemas dalam usahanya menuju dunia yang lebih lestari. Ini dapat dicapai hanya melalui data yang andal dan selamat serta ketelusan yang menjadi komitmen kami. Ekosistem rakan kongsi kami membolehkan kami menyediakan produk kepada pelanggan kami yang bukan sahaja memiliki kualiti dan reka bentuk tertinggi, tetapi juga mematuhi etika yang kami percayai. Kami gembira dengan adanya Sarine untuk menyertai ekosistem kami; berkongsi nilai yang sama dari segi inovasi, kejujuran dan penambahbaikan yang sentiasa dicari. Akhirnya, menyediakan pelanggan kami dengan representasi digital terhadap berlian yang mengandungi semua maklumat mengenai parameter dan sejarahnya, dalam bahasa jenama kami, merupakan langkah yang penting untuk kami dan juga akan menjadi penting dalam dunia di mana fizikal dan digital wujud."

David Block, Ketua Pegawai Eksekutif Sarine Technologies, mengulas, "Kami berbesar hati dan gembira dengan adanya Boucheron sebagai jenama mewah pertama yang telah memilih untuk bekerjasama dengan Sarine dalam penggredan dan kebolehkesanan berlian. Kami percaya bahawa kelestarian adalah sangat penting dan berasa sukacita kerana kami dapat menyumbang untuk memastikan industri kami dapat menunjukkan bahawa ia mendukung standard yang amat diperlukan. Kami yakin bahawa ini akan meningkatkan lagi nilai berlian semula jadi. Keperluan jenama dalam bidang ini berkembang pantas pada waktu yang tidak menentu ini; saya gembira kerana Sarine berkeupayaan untuk menyokong banyak keperluan mereka yang semakin berkembang. Kami mengharapkan tahun yang menarik, ketika teknologi kami mencapai pengiktirafan pasaran yang semakin meningkat."

Source: Sarine Technologies Ltd.
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail