omniture

Iyuno-SDI Memuktamadkan Pusingan Pembiayaan Baharu

Iyuno-SDI Group
2022-01-28 20:17 51

IMM Investments Corp melabur dalam Iyuno-SDI dan menyertai barisan Ahli Lembaga Pengarah bagi menyediakan sokongan seterusnya untuk strategi pertumbuhan Iyuno-SDI 

LOS ANGELES, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Iyuno-SDI hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh pelaburan yang besar daripada IMM Investments Corp dalam pusingan pembiayaan Iyuno-SDI yang terkini.

Urus niaga ini mewakili pelaburan kedua yang besar daripada dana pelaburan global terkemuka dalam tempoh 12 bulan yang lalu, setelah memperoleh pelaburan bernilai $160 juta daripada SoftBank Vision Fund 2 pada bulan April 2021. Syarikat teknologi media dan penyetempatan kandungan No.1 di dunia itu kini dinilaikan dengan nilai perusahaan sebanyak $1.2 bilion susulan pelaburan IMM yang merupakan suatu pengesahan yang jelas tentang strategi Iyuno-SDI yang berskala global serta mempunyai teknologi canggih dan perkhidmatan yang luas.

IMM bergabung tenaga dengan pangkalan pelabur institusi Iyuno-SDI yang mengagumkan yang merangkumi Softbank Vision Fund 2, Altor Fund IV, Softbank Ventures Asia dan Shamrock Capital Advisors, LLC. Kumpulan penaja khusus ini menyediakan sumber yang besar kepada Iyuno-SDI bagi meneruskan rancangan pertumbuhannya yang pantas.

"Kami gembira atas penyertaan IMM sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam kisah kejayaan kami. Pelaburan IMM memperkukuhkan lagi asas modal Iyuno-SDI yang sedia kukuh dan keupayaan kami untuk kekal setia terhadap komitmen kepada para pelanggan kami serta industri yang berkembang pesat dengan misi kami untuk menyampaikan inovasi, kualiti dan skala yang amat diperlukan melalui penyelesaian dan pelaburan kapasiti yang dipacu teknologi," kata David Lee, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Iyuno-SDI Group.

Iyuno-SDI mencatatkan pertumbuhan luar biasa pada tahun 2021 dan menjangkakan trajektori pertumbuhan yang kukuh ini akan berterusan susulan pertumbuhan pesat platform penstriman OTT global serta permintaan platform ini yang semakin meningkat terhadap penyetempatan kandungan bahasa Inggeris dan bukan bahasa Inggeris yang berkualiti tinggi. Selain daripada pertumbuhan permintaan penyetempatan media dan hiburan, kemunculan kemajuan berasaskan AI dalam terjemahan teks dan suara akan mewujudkan pengembangan yang ketara dalam pasaran sedia ada untuk perkhidmatan penyetempatan dengan pelbagai aplikasi di beberapa pasaran menegak yang lain. 

"Sektor media dan hiburan sedang mengalami perubahan secara besar-besaran kerana corak agihan dan penggunaan kandungan telah berubah secara dramatik," kata Sungmin Na, Pengarah Urusan IMM. "Kami benar-benar kagum dengan keupayaan teknologi media Iyuno-SDI dan teruja untuk menyokong David Lee serta keseluruhan pasukan Iyuno-SDI dalam memberikan perkhidmatan penyetempatan berkualiti tinggi kepada industri media dan hiburan serta industri lain."  

Iyuno-SDI Group telah ditubuhkan pada tahun 2021 selepas pengambilalihan SDI Media oleh Iyuno Media Group. Dengan memanfaatkan bakat teknikal dan kreatif yang terbaik serta kemudahan canggih dan teknologi generasi seterusnya, syarikat ini kini mempunyai jejak global terbesar dalam industri dengan 67 buah pejabat di 34 buah negara dan semakin berkembang. Pendekatan berskala dan berpusatkan pelanggan oleh Iyuno-SDI memberi tumpuan kepada misinya untuk menghubungkan kandungan dan menghubungkan orang ramai. 

TENTANG IYUNO-SDI GROUP 

Iyuno-SDI Group (www.iyuno-sdi.com) ialah penyedia perkhidmatan penyetempatan terkemuka dalam industri media dan hiburan. Sebagai rakan kongsi global yang dipercayai oleh studio hiburan, platform penstriman dan pencipta di seluruh dunia, ia menawarkan perkhidmatan penyetempatan serba lengkap – daripada perkhidmatan alih suara, sari kata dan akses kepada pengurusan media, transformasi dan perkhidmatan pengedaran – dalam lebih 100 bahasa untuk setiap jenis platform edaran kandungan. Dengan pengalaman yang mendalam dalam industri yang wujud sejak tahun 1974, syarikat ini tiada tandingan dari segi kepakaran operasi, skala, kapasiti dan rangkaian perkhidmatannya. 

Tentang IMM Investment Corp  

IMM merupakan salah sebuah firma pelaburan global terkemuka yang beribu pejabat di Korea dengan aset di bawah pengurusan bernilai USD4.7 bilion. Sejak penubuhannya pada tahun 1999, firma ini telah memperluas produk pelaburannya daripada Modal Teroka kepada Pertumbuhan Ekuiti dan Infrastruktur Swasta. Yang terbaharu, firma ini telah berkembang di seluruh dunia dan berkembang menjadi firma pelaburan Asia yang terkemuka dengan ahli sekutu di Jepun dan Hong Kong serta pelaburan di Jepun, China, Vietnam dan Amerika Syarikat. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.imm.co.kr.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1474653/Iyuno_SDI_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Iyuno-SDI Group
Keywords: Entertainment Financing agreements