omniture

Yili Adakan Mesyuarat Tahunan Dalam Talian - Lebih RMB 1.2 Bilion Nilai Insentif Pekerja Disediakan pada 2021

Yili Group
2022-01-30 12:46 219
  • Tahun lalu, Yili memulakan perjalanan baharu dan mencapai prestasi operasi yang terbaik seumpamanya
  • Yili telah mencapai pembangunan berkualiti tinggi dan memberi ganjaran kepada pekerjanya, rantaian industri serta masyarakat 

HUHHOT, China, 30 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pada 25 Januari 2022, Yili mengadakan mesyuarat tahunan 2021 secara dalam talian. Lebih daripada 100,000 peserta berhimpun di mesyuarat dalam talian futuristik berasaskan XR ini termasuk pekerja Yili, keluarga mereka dan rakan kongsi dari serata dunia.

Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group, berkata, "Dengan rasa cinta terhadap kehidupan yang sihat, kami akan terus membawakan lebih banyak produk pemakanan dan kesihatan kepada pelanggan di seluruh dunia dengan inovasi yang berterusan dan membawa kemesraan dan kasih sayang kepada orang ramai yang memerlukan dengan perbuatan yang baik. Dengan rasa cinta kepada kerjaya kami, kami akan membuatkan kakitangan kami berasa lebih tercapai keinginan diri dan gembira dengan membantu mereka berkembang maju, kami akan berganding bahu bersama rakan kongsi kami dalam rantaian industri ini untuk membuka era kemakmuran yang lebih hebat dengan terus melangkah ke hadapan."

Pan Gang berucap di mesyuarat tahunan 2021 secara dalam talian
Pan Gang berucap di mesyuarat tahunan 2021 secara dalam talian

Pertumbuhan pesat Yili memberi manfaat kepada pekerjanya 

Melalui usaha berterusan untuk menyokong pembangunan profesional pekerjanya, Yili telah menubuhkan sistem yang meliputi pemupukan bakat dan penjagaan pekerja. Ini menyediakan platform yang berkesan untuk pembangunan pekerja individu, sumber latihan yang luas dan mekanisme ganjaran yang dibangunkan dengan baik.

Lebih 100 anugerah disampaikan di mesyuarat ini kepada pekerja dan pasukan cemerlang bagi mengiktiraf pencapaian mereka dalam pemupukan bakat, pembinaan proses, pengeluaran yang selamat, pengurusan berkualiti dan inovasi. Di samping bayaran asas dan bayaran merit, Yili menyediakan insentif pekerja sebanyak lebih daripada RMB 1.2 bilion sepanjang tahun 2021.

Yili turut berdedikasi untuk menawarkan laluan kerjaya yang pelbagai kepada pekerjanya. Ia menyediakan peluang pertumbuhan dan pembangunan kepada lebih 2,000 pekerja pada tahun lepas sahaja.

Yili meningkatkan kemakmuran bersama dalam seluruh rantaian industri 

Sebagai salah satu daripada lima penggiat teratas dalam industri tenusu global, Yili telah memajukan penaiktarafan teknologinya dan memupuk rantaian nilai dalam industri ini untuk memudahkan pembangunan berterusan rakan kongsi huluan dan hilirannya, baik dari segi teknologi mahupun kewangan.

Yili juga membantu lebih lima juta penternak tenusu untuk menambah sumber pendapatan mereka dan meningkatkan mata pencarian mereka. Setakat 31 Disember 2021, Yili melabur sebanyak RMB 90 bilion bagi membiayai 8,590 rakan kongsi huluan dan hilirannya dalam rantaian industri dengan RMB 7.596 bilion ditambah pada tahun 2021.

Dengan matlamat untuk bersama-sama membina Ekosistem Kesihatan Global dan menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia, Yili melabur kira-kira RMB 100 juta bagi memberi ganjaran kepada wakil penjualnya yang cemerlang di Persidangan Rakan Kongsi Terunggul 2022. Ketika ini, Yili berganding bahu dengan rakan kongsi di 33 negara merentas lima benua.

Yili menyokong kebajikan awam untuk membantu memperbaiki kehidupan rakyat

Selama bertahun-tahun, Yili sentiasa memenuhi tanggungjawab sosialnya. Menjelang penghujung tahun 2021, projek "Yili Nutrition 2030" telah meliputi 12,000 buah sekolah Cina dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih daripada RMB 92 juta, dan memberi manfaat kepada hampir 700,000 orang kanak-kanak. Selain itu, dengan tujuan untuk memastikan keselamatan kanak-kanak, projek "Yili Ark" telah meliputi 25 wilayah dan bandar di seluruh negara ini, memberi manfaat kepada 300,000 orang kanak-kanak, guru dan ibu bapa.

Yili juga komited untuk mendorong pembangunan rantaian industri hijau. Baru-baru ini, Yili menerima kenyataan pengesahan neutral karbon daripada Bureau Veritas, yang merupakan pengesahan pertama yang sedemikian dalam industri tenusu tempatan. Amalannya yang utama dalam industri ini sekitar pencapaian emisi puncak dan keneutralan karbon turut diketengahkan sebagai satu-satunya kajian kes daripada sektor makanan dan pertanian dalam Corporate Net Zero Pathway United Nations Global Compact.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Agriculture Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Corporate Social Responsibility